You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA

JALAN DATO, ISMAIL HASHIM, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL 2/2022

Tarikh : 28 Julai 2022 ( Khamis )


Masa : 12.50 tengahari
Tempat : Bilik Muzik

1. Pn. Shazzana Afiqah binti Shamsul


2. Pn. Solihah binti Mohd Saad
3. Pn. Aida Shazeela binti Samsuddin
4. Pn. Renuga A/P Shamugam
5. Pn Shalani A/P Rasasingam
6. Pn. Zurina binti Ahmad Zabidi
7. Pn. Sailah binti Mohd Shariff
8. Pn. Azlita binti Abu Samah

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalukan kedatangan guru dan mengucapkan ribuan terima


kasih kerana guru-guru dapat menghadiri mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-1 SESI 2022/2023

2.1. Minit mesyuarat Kali ke-1 sesi 2022/2023 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : Pn Solihah binti Mohd Saad


Penyokong : Pn. Zurina binti Ahmad Zabidi

3. MINGGU PANITIA MUZIK

3.1. Ketua panitia memaklumkan bahawa sepanjang bulan kemerdekaan ini


panitia muzik akan terlibat dengan minggu panitia.
3.2. Panitia muzik akan bekerjasama dengan panitia sejarah dan panitia seni
dalam menjayakan aktiviti di bulan kemerdekaan ini.
3.3. Minggu panitia muzik akan bermula pada 15 – 19 Ogos 2022 (peringkat
saringan) dan 30 Ogos 2022 untuk peringkat akhir.
4. PERTANDINGAN MINGGU PANITIA MUZIK

4.1 Pertandingan dalam minggu panitia ini melibatkan murid Tahap 1 dan
Tahap 2.
4.2 Pertandingan yanag akan dijalankan ialah:
i. Pertandingan Pakaian Tradisional (Tahap 1) pada 30 Ogos 2022
ii. Pertandingan Bintang Patriotik (Tahap 2) secara saringan dan
pentas akhir.
4.3 Semua pertandingan ini akan dikendalikan oleh semua guru pendidikan
muzik mengikut ahli jawatankuasa yang akan diberikan.

Tindakan : Semua guru muzik

5. PENGURUSAN PERBELANJAAN

5.1. Ketua panitia memaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan sepanjang


aktiviti ini dijalankan akan menggunakan sumber kewangan dari PCG pada
tahun ini.

5.2. Perbelanjaan akan digunakan untuk membeli hadiah kepada setiap


pemenang mengikut pertandingan yang disertai.

Tindakan : Ketua Panitia

6. HAL-HAL LAIN

6.1. Ketua panitia mengingatkan semua guru panitia untuk mula menjalankan
penilaian PBD dari masa ke semasa.
Tindakan : Semua guru Muzik

7. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ......................................................

(ZURINA BINTI AHMAD ZABIDI) (SHAZZANA AFIQAH SHAMSUL)


Setiausaha Panitia Muzik. Ketua Panitia Muzik,
SK Mutiara Perdana SK Mutiara Perdana.

You might also like