You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA 2022

Tarikh : 30/3/2022
Masa : 2.30pm
Kehadiran :
1. Pn. Shirly Lo
2. Cik Josephine Ensuna Anak Jouse
3. Cik Nur Farihah Ain

Catatan Mesyuarat:

1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi


Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kerana kesudian ahli-ahli Panitia Pendidikan Muzik yang dapat
menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia kali pertama.

2. Penubuhan Jawatan Kuasa.


Pengerusi menayangkan slaid jawatan kuasa dan memaklumkan bahawa Puan
Josephine Ensuna kekal sebagai setiausaha seperti tahun sebelumnya. Semua guru
setuju dengan pembentukan jawatan kuasa tersebut.
Tindakan: Untuk
makluman

3. Rancangan Tahunan Dan Borang Biodata Guru


Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan mengikut tahun
yang diajar untuk difailkan. Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan borang
biodata diri dan menghantarnya kepada setiausaha sebelum 8/4/2022 supaya dapat
dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua guru P.
Muzik
4. Perancangan Awal Tahun dan DSKP
Ketua Panitia mengingatkan semua ahli agar menyediakan RPT dan DSKP. Guru-
guru Muzik telah diagihkan tugas untuk memuat turun DSKP mengikut tahun-tahun
yang ditetapkan. DSKP simpanan sendiri boleh disimpan dalam bentuk ‘soft copy’
atau ‘hard copy’.
Tindakan: Semua guru P.
Muzik

5. Perancangan Kewangan.
Semua Guru Panitia diminta mencadangkan peralatan muzik yang patut dibeli
dengan peruntukan untuk tahun 2022 dan baki wang yang ada. Puan Josephine
menyarankan untuk membeli rekoder memandangkan banyak rekoder yang telah
rosak dan hilang. Cadangan tersebut disokong oleh semua guru.
Tindakan : Semua guru P.
Muzik

6. PBD
Guru panitia diingatkan untuk menjalankan PBD dan merekodnya dalam borang
transit sebelum diserahkan kepada guru kelas kemudian.
Tindakan : Semua guru P.
Muzik

7. Aktiviti Tahunan
Rujuk Lampiran (OPPM)

Pengerusi minta jasa baik semua guru P. Muzik untuk bekerjasama bagi
menjayakan Program Tahunan Panitia yang telah dirancang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

........................................ ...............................
(JOSEPHINE ENSUNA JOUSE) (SHIRLY LO)
Setuausaha Panitia P. Muzik Ketua Panitia P. Muzik

You might also like