You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI PERTAMA 2022

TARIKH : 24 Mac 2022

HARI : Khamis

MASA : 1 Petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPJ

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan PK1
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia
6. Penulisan dan penggunaan eRPH
7. PBD/PBS
8. Hal – hal lain

KEHADIRAN : Semua guru muzik

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pn Noorasyiikin selaku Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua
AJK Panitia Sains dan berterima kasih di atas kehadiran semua ahli
panitia.

1.2 Mesyuarat panitia kali pertama ini dijalankan secara bersemuka.

2. Ucapan Penolong Kanan

2.1 PK1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru


hadir ke mesyuarat panitia kali pertama dan tahniah kerana dapat
memberikan komitmen yang begitu tinggi terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan.

2.2 PK1 mengucapkan tahniah kepada Pn Murugeswari di atas lantikan


menjadi Setiausaha Panitia Muzik sesi 2022.

3. Pengesahan minit yang lalu


3.1 Pn. Ummi Kalsom mencadangkan minit mesyuarat yang
lalu disahkan.

3.2 Disokong oleh Pn Noraziza Binti Ishak.

4. Perkara Berbangkit :

4.1 Tiada

5. Perancangan Panitia
5.1 Pelan Strategik dan Perancangan Panitia
Pengerusi memaklumkan panitia perlu menghantar Pelan Strategik
2021- 2023 selewat – lewatnya hujung bulan April.

5.2 Panitia bercadang akan menjalankan beberapa aktiviti seperti:


a) Sambutan bulan kemerdekaan
b) Pertandingan Nyanyian antara kelab/persatuan.
c) Menyediakan speaker mini untuk semua guru muzik.
d) Keceriaan bilik muzik sepanjang tahun.

5.3 Jadual pelaksanaan perancangan aktiviti panitia akan diperincikan dalam


Perancangan Strategik Panitia Muzik 2021-2023

6. Penulisan eRPH – (E-Prema)

6.1 Bermula sesi persekolahan tahun 2021 sehingga hari ini E-RPH akan
digunakan sepenuhnya.Oleh yang demikian semua guru perlu
membina ringkasan mengajar masing – masing menggunakan portal
e-prema.com, rancangan pengajaran tidak lagi menggunakan Buku
Ringkasan Mengajar bermula 20/1/2021.

6.2 Penulisan E- RPH adalah berpandukan DSPK. Contoh penulisan RPH


boleh
dirujuk pada whattsaps Muzik.

Tindakan : Makluman

7. PBD

7.1 Guru-guru boleh menilai murid dengan 3 cara:

 Pemerhatian
 Lisan
 Bacaan
7.3 Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan
dalam PBD.

8. Hal – hal Lain


8.1 Berkaitan Jadual penggunaan Bilik Muzik dalam proses
penyediaan dan akan bermula pada bulan April.

8.2 Makluman kepada semua ahli panitia supaya menghantar jadual waktu
mengajar dan biodata kepada Setiausaha Panitia Muzik.

8.3 Memohon ahli panitia menyenaraikan bahan/peralatan BBM yang


diperlukan dalam borang pesanan dan menyenaraikan juga alatan muzik
yang telah rosak beserta kuantitinya.

8.4 Mengharapkan guru-guru memberi sokongan dan kerjasama agar


semua aktiviti dapat dilaksanakan.

Tindakan : Ahli Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

You might also like