You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI

25150 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


BIL 1 / 2022

TARIKH : 13 APRIL 2022 (RABU)


MASA : 12.50 PETANG
TEMPAT : BILIK PBS

KEHADIRAN :

1. Pn. Zaliha Binti Yahaya Ketua Panitia


2. Pn. Wan Nur Surya Binti Wan Rahim
3. Cik Nor Hanie Nadia Kimin
4. Pn. Suhana Binti Jilan
5. Pn. Norhafiza Binti Jamaludin
6. Pn. Nur Hasyyati Binti Arifin
7. Pn. Hawa Binti Mahbob
8. En. Muhd Zamrul Nasri Bin Abdul Kadir
9. Pn. Noor Hadila Binti Jamari
10. En. Zaidi Bin Deraman Setiausaha

Tidak Hadir
- Tiada -

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah.
1.2 Pengerusi memharapkan semua guru subjek muzik terus memberikan
komitmen yang terbaik untuk panitia dan bekerjasama dalam mengatasi
sebarang masalah dan berusaha untuk menjadikan murid mahir dalam
Pendidikan Muzik.

2.0 MANDAT GURU BESAR


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru- guru serta guru
baharu yang masuk ke Panitia Pendidikan Muzik.
2.2 Guru Besar menekankan supaya guru meningkatkan akademik murid
dengan mengutamakan kecemerlangan murid.
2.3 Bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), tahap minimum yang perlu dicapai
oleh murid adalah TP3.
2.4 Guru Besar juga mengharapkan kerjasama ahli panitia untuk menceriakan
dan menaik taraf bilik muzik.
2.5 Semakan buku tulis akan dibuat ketika pemantauan guru.
2.6 RPT dan RPH yang disediakan harus selaras dalam panitia.
2.7 Panitia harus merancang kewangan panitia dengan baik. PCG yang
diperuntukkan harus digunakan dengan efisyen, secara berkala atau
berterusan. Ketua panitia harus menyenaraikan peralatan yang ingin dibeli
dengan mengisi nota minta.
Tindakan : Semua guru
Muzik

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Puan Hawa mencadangkan minit mesyuarat bil 3/2021 disahkan dan disokong
oleh En. Muhd Zamrul Nasri.

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara berbangkit
5.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN
5.1 Program Panitia
Panitia merancang akan melaksanakan beberapa program bagi tahun
2022 adalah seperti berikut :
I. Pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena Bulan Kemerdekaan
II. Penekanan perlu diberikan kepada pengurusan fail supaya lebih
sistematik.
III. PLC (menjemput jurulatih luar untuk melatih guru-guru)

Tindakan : Semua guru


Muzik

5.2 DSKP dan eRPH


5.2.1 DSKP mestilah dimasukkan ke dalam fail panitia (QR Code)
5.2.2 eRPH akan menggunakan tapak erph yang disediakan oleh
penyelaras ICT.
Tindakan : Semua guru
Muzik

5.3 Penggunaan buku teks dan buku tulis


5.3.1 Semua murid menggunakan 1 buah buku tulis sahaja iaitu
1- Buku garis satu bagi tahap 1
2- Buku tulis muzik bagi tahap 2

Tindakan : Semua guru


Muzik

5.4 Penilaian
5.4.1 Tiada ujian bertulis bagi Pendidikan Muzik. Murid dinilai
berdasarkan
ujian amali.
5.4.2 PBD berdasarkan amali dan permerhatian.
- Nyanyian
- Mereka alatan muzik
5.5 Kewangan
5.5.1 Jumlah PCG untuk Panitia Pendidikan Muzik ialah RM 5481.74.
5.5.2 Aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan kewangan yang akan
diberikan.
5.5.3 Cadangan untuk membeli 6 buah speaker mudah alih untuk
kegunaan di dalam kelas.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli Panitia Pendidikan Muzik supaya
membuat semakkan terhadap buku latihan murid.
6.2 Pengerusi meminta guru agar menyenaraikan peralatan muzik yang
diperlukan dalam PDPC untuk dibeli jika tiada di bilik muzik.
6.3 Pengerusi mengharapkan kerjasama ahli-ahli panitia untuk mencerakan
bilik muzik.
Tindakan : Semua guru yang berkenaan

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan berharap mendapat
kerjasama yang baik dalam melaksanakan semua program yang dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan tepat pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(Zaidi Bin Deraman) (Zaliha Binti Yahaya)
Setiausaha, Ketua
Panitia Pendidikan Muzik Panitia Pendidikan
Muzik
SK Sungai Isap Murni SK Sungai Isap Murni

You might also like