You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Dunia/Pendidikan Seni Visual

Kali Pertama (bil 3/2016)


SK KECHOR TUI

Tarikh              : 28 Julai 2016

Hari                 : Khamis

Masa               : 1:45 petang

Tempat            : Bilik Mesyuarat SK Kechor Tui

Kehadiran:
1.    Pn.Arbaayah binti Shaari                                   Penolong Kanan Pentadbiran
2.    Pn. Siti Zuliana binti Husin                                Ketua Panitia
3.    En. Azlan bin Abdul Rahman Setiausaha
4. Pn. Norezeti binti Sayed Mohamed
 
Pengerusi Mesyuarat           : Pn. Arbaayah binti Shaari
                                                 Penolong Kanan Pentadbiran SK Kechor Tui

Agenda Mesyuarat   :

Agenda 1 : PERUTUSAN PENGERUSI


1.1       Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang
dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut
menghadiri Mesyuarat Panitia DSV/PSV Kali Ketiga bagi tahun 2016
 
Tindakan: Semua guru DSV/PSV

Agenda 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1       Dicadang oleh Pn. Siti Zuliana bt Husin

2.2       Disokong oleh En. Azlan bin Abdul Rahman

2.3       Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan sebulat suara tanpa pindaan.
 

Agenda 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1       Waktu pendidikan seni telah diselaraskan dengan pendidikan jasmani bagi sesetengah
kelas. Terdapat kelas lain yang tidak dapat dilaksanakan kerana akan mengganggu jadual
waktu yang lain.

Tindakan: Semua guru DSV/PSV


Agenda 4 : AGENDA PROFESIONAL / ISU YANG DIBINCANGKAN
.
4.1     Isu-isu semasa
- Pembelian barang-barang telah diselesaikan oleh Ketua Panitia
- Panitia menghadapi masalah tempat untuk meletakkan barang-barang seni kerana
ketiadaan almari dan bilik untuk meletakkannnya.

Tindakan : Semu guru DSV/PSV

4.2 Laporan dan perbincangan tentang


4.2.1 Pencerapan pdp
- Diminta semua guru untuk bersedia bagi sesi pencerapan kali kedua oleh pihak
pentadbir sekolah.

Tindakan: Semua guru DSV/PSV


4.2.2 Pelaksanaan PA21 
- Guru-guru diingatkan untuk melaksanakan pdp PA21 di dalam kelas dan juga
RPH yang telah dibuat.
- Lebihkan teknik penyoalan terhadap aktiviti yang dilaksanakan bagi
membolehkan murid mengingati jenis-jenis aktiviti yang telah dilaksanakan.

Tindakan: Semua guru DSV/PSV

4.3 Perancangan Peperiksaan

4.3.1 Pihak sekolah telah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei
yang lalu. Semua guru boleh bersedia untuk peperiksaan akhir tahun yang akan
dilaksanakan pada November nanti.
Tindakan: Semua guru DSV/PSV
Agenda 5 : HAL – HAL LAIN
        5.1   Penulisan refleksi dibuat berdasarkan objektif. Guru-guru perlu menulis angka
bagi setiap refleksi supaya memudahkan untuk semakan.

Tindakan: Semua guru DSV/PSV

Agenda 6 : UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Puan pengerusi majlis mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru ke
mesyuarat panitia kali ke 3. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3 petang

 Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh


 

(AZLAN BIN ABDUL RAHMAN) (SITI ZULIANA BINTI HUSIN)


S/U Panitia DSV/PSV KP Panitia DSV/PSV

You might also like