You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.

1 /2021

Tarikh : 03 Februari 2021

Masa : 2.30 petang

Hari : Rabu

Tempat : Google meet

Kehadiran : 14 /15 orang

Kehadiran :

1. Pn. Jamilah binti Zawawi (GPK Pentadbiran)


2. Pn Noraini bt Md Noor Lamin (PK HEM)
3. Pn. Siti Norfadhilah binti Meor Pendawa (Ketua Panitia)
4. Pn. Noor Nazura binti Hj Mohamed
5. Pn. Suwarni binti Mulyati
6. Pn. Marsidah binti Puteh Ismail
7. Pn. Ruzita binti Jusoh
8. Pn. Norizan binti Mudjir
9. Muhammad Ridhwan b Shamsudin
10. Pn Ummi Ridha bt Abu Bakar
11. Pn Mashitah bt Hj. Abd Rashid
12. Pn. Nabila binti Ismail

13. Pn. Fatin Mahfuzah binti Mohd Yusof


14. Pn. Noraida binti Mat Nasir
Tidak Hadir:

1. Pn. Hajar Ummi Kalsom binti Saliman

1.0 Ucapan wakil Pentadbir – Puan Jamilah binti Zawawi (PK1)


1.1 Puan Jamilah mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua yang dapat
menghadiri mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali-1.
1.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dilantik untuk
membantu Panitia Pendidikan Muzik walaupun bukan opsyen muzik dan baru
pertama kali mengajar subjek ini.
1.3 Puan Jamilah memaklumkan bahawa KPM sedang merangka jadual waktu
PDPR dan berkemungkinan akan ada perubahan jadual waktu sekiranya
diumumkan kelak.
1.4 Mata pelajaran Muzik merupakan subjek elektif yang menjadi medan kepada
murid-murid melepaskan tekanan dan stress setelah seharian belajar. Murid
berasa gembira dan teruja setiap kali belajar mata pelajaran ini.
1.5 Walaupun masa yang diperuntukkan hanya setengah jam, namun guru-guru
diharap dapat mengisi waktu ini dengan perkara yang memberi faedah kepada
mereka.
Tindakan: Makluman
2.0 Ucapan Ketua Panitia – Puan Siti Norfadhilah binti Mior Pendawa
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada wakil pentadbir dan semua guru-
guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat.
2.2 Tujuan diadakan google meet adalah untuk membincangkan perancangan,
pengurusan tahunan fail panitia serta penyebaran maklumat-maklumat
berkaitan panitia.

Tindakan: Makluman
3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Puan Noor Nazura selaku setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Panitia
Pendidikan Muzik kali ke-4 /2020 untuk disemak dan disahkan.

3.2 Puan Jamilah binti Zawawi mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan
disahkan. Puan Noraini bt Md Noor Lamin menyokong cadangan tersebut.
4.0 Agihan Tugas Panitia

4.1 Pada tahun 2021 terdapat pertambahan guru-guru Pendidikan Muzik yang
terdiri daripada guru bukan opsyen berbanding tahun lepas.

4.2 Pertambahan guru muzik akan memeriahkan lagi aktiviti serta perancangan
unit muzik dan diharapkan dapat menggunakan kebolehan memberi idea-idea
baru.

4.3 Puan Siti Norfadhilah binti Meor Pendawa dilantik sebagai Ketua Panitia
manakala Puan Noor Nazura binti Hj Mohamed dilantik sebagai setiausaha.

Tindakan: Makluman

5.0 Pengurusan Belanja dan Kewangan Panitia

5.1 Perbelanjaan PCG belum dilakukan untuk tahun 2021.

5.2 PCG dibelanjakan untuk membeli alatan dan bahan PdP Pendidikan Muzik.

Tindakan: Makluman

5.3 Ketua Panitia meminta pandangan tentang pembelian rekoder memandangkan


murid tidak boleh berkongsi alatan disebabkan pendemik Covid-19. Puan
Jamilah mencadangkan agar pembelian rekoder tetap dibuat sebagai stok alatan
sekolah dan boleh digunakan apabila Covid-19 berakhir kelak.

Tindakan: Ketua Panitia

5.4 Selain itu, set alat-alat perkusi turut akan ditambah melalui PCG Panitia
Muzik .

Tindakan: Ketua Panitia

5.5 Guru muzik Tahap 1 boleh menyenaraikan keperluan alatan untuk menjayakan
projek kesenian yang melibatkan alatan muzik dan memaklumkannya kepada
ketua panitia.
Tindakan: Guru-guru muzik

6.0 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Pendidikan Muzik dan Kesenian

6.1 Panitia Pendidikan Muzik merancang beberapa aktiviti antaranya:

6.1.1 Projek Kesenian Tahap 1 merupakan aktiviti yang perlu dilakukan iaitu
dua kali setahun mengikut penggal persekolahan.

Tindakan: Guru muzik Tahap 1

6.1.2 Menurut Puan Siti Norfadhilah, walaupun dalam PKP, projek kesenian
ini masih dijalankan tanpa melanggar SOP dengan pelbagai cara
menarik berdasarkan pengalaman beberapa buah sekolah lain.

Tindakan: Makluman

6.1.3 Aktiviti SKBB2020 Got Talent dengan kerjasama Panitia Pendidikan


Muzik dan Panitia Sejarah.

6.1.4 Bengkel Rekoder secara online untuk guru dan murid. Latihan akan
diperincikan pada bahagian latihan penjarian rekoder. Tarikh akan
dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Ketua Panitia

6.1.5 Aktiviti sempena Hari Kanak-kanak.

Tindakan: Makluman

6.2 Puan Jamilah mencadangkan penubuhan kumpulan mini orkestra di kalangan


murid. Puan Siti Norfadhilah menyatakan bahawa Kelab Muzik pernah melatih
dan mempunyai kumpulan mini orkestra. Latihan dijalankan setiap kali
perjumpaan koko. Namun, kesemua mereka telah pun melangkah ke sekolah
menengah.

Tindakan: Makluman
6.3 Kelab Muzik akan mencari pelapis-pelapis baru untuk menyertai mini orkestra
apabila sekolah dibuka semula kelak kerana latihan perlu dijalankan secara
bersemuka.

Tindakan: Guru Kelab Muzik

7.0 Penggubalan RPT dan Penjajaran Kurikulum

7.1 Puan Siti Norfadhilah memaklumkan bahawa semua RPT, DSKP dan RPH
telah diberikan kepada semua guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran
Pendidikan Muzik untuk persediaan fail.

Tindakan: Makluman

7.2 Sekiranya ada guru yang masih belum lengkap dokumen yang dinyatakan ini,
diminta berhubung dengan beliau.

Tindakan: Guru-guru muzik

8.0 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

8.1 Cara penulisan RPH sama seperti tahun lepas mengikut format TS25.

Tindakan: Makluman

9.0 Penetapan Jumlah Buku Latihan Pendidikan Muzik

9.1 Terdapat sebuah buku latihan bergaris baluk yang akan digunakan untuk
Pendidikan Muzik bagi Tahun 1 hingga Tahun 6. Menurut Puan Ruzita, kulit
buku ini mempunyai warna tersendiri untuk mengelakkan murid keliru.

9.2 Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 telah menerima Buku Aktiviti Muzik. Buku
aktiviti Tahun 2 belum dihantar oleh pembekal buku.

9.3 Puan Siti Norfadhilah menjelaskan bahawa aktiviti di dalam buku aktiviti
Tahap 1 sangat menarik dan mengikut aktiviti yang sama di dalam buku teks.
Guru-guru Tahap 1 boleh rujuk buku teks setiap kali membuat latihan di dalam
buku aktiviti.
Tindakan: Makluman

10.0 Rekod Pentaksiran Bilik Darjah

10.1 Pentaksiran boleh dibuat setiap kali selesai PDPr berdasarkan aktiviti yang
diberi kepada murid.

Tindakan: Guru-guru muzik

10.2 Kebiasaannya pentaksiran dilakukan melalui pemerhatian atau kerja projek


seperti nyanyian, permainan alat perkusi atau pergerakan.

Tindakan: Guru-guru muzik

10.3 PBD Tahap 1 belum bermula kerana masih di bawah fasa transisi dan suai
kenal.

Tindakan: Guru muzik Tahun 1

10.4 Aktiviti nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu Sekolah boleh
dijalankan sebagai pentaksiran melalui pemerhatian.

10.5 Puan Siti Norfadhilah pernah menjalankan PDPr Pendidikan Muzik secara
Google Meet. Beliau mendapati pengajaran nyanyian dan permainan alat secara
google meet tidak kondusif serta menimbulkan pelbagai masalah dari segi
kawalan dan line internet murid itu sendiri.

Tindakan: Makluman

11.0 Kemahiran Belum SelesaiMengikut Perancangan Tahun 2020

11.1 Puan Jamilah meminta guru-guru muzik menyenaraikan kemahiran yang tidak
sempat dihabiskan mengikut RPT tahun lepas.

11.2 Menurut Ketua Panitia, terdapat tiga bidang yang perlu dikuasai oleh murid
iaitu nyanyian, gerakan dan permainan alat-alat perkusi. Aktiviti-aktiviti ini
akan diulang semula dalam hampir kesemua tajuk. Disebabkan PKP dan
Covid- 19, hanya kemahiran permainan alat-alat perkusi yang tidak sempat
dihabiskan.

Tindakan: Makluman

12.0 Hal-hal Lain

12.1 Puan Suwarni mengemukakan pertanyaan mengenai tempoh masa yang perlu
diambil oleh guru muzik untuk mengajar setiap tajuk. Puan Siti Norfadhilah
menerangkan bahawa tempoh masa tersebut bergantung kepada kehendak buku
teks. Ada tajuk yang tidak mengambil masa yang lama kerana hanya
melibatkan nyanyian sahaja dan ada tajuk yang memerlukan masa yang lama
kerana melibatkan nyanyian, permainan alat perkusi atau membuat pergerakan
dan aktiviti berkumpulan.

Tindakan: Makluman

12.2 Puan Ruzita mencadangkan supaya diadakan LADAP secara online kepada
guru-guru bukan opsyen muzik yang mengajar Pendidikan Muzik pada tahun
2021. Ketua Panitia akan memaklumkan tarikh dan masa untuk LADAP ini
sekiranya perlu.

Tindakan: Ketua Panitia

12.3 Tidak ada penggubalan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan


Peperiksaan Akhir Tahun untuk Pendidikan Muzik. PBD berterusan sepanjang
tahun.

Tindakan: Makluman

13.0 Ucapan Penangguhan

13.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan tasbih kifarah dan
surah Al-Asr.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... ......................................................................

(NOOR NAZURA BT MOHAMED) (SITI NORFADHILAH BT MIOR PENDAWA)

Setiausaha, Ketua Panitia,

Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Muzik,

SK Bandar Behrang 2020. SK Bandar Behrang 2020.

Disahkan oleh,

......................................................

(JAMILAH BINTI ZAWAWI)

PK Pentadbiran,

SK Bandar Behrang 2020.

You might also like