You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SIALANG, TANGKAK, JOHOR.

MINIT CURAI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2021

Tarikh/Hari : 18 April 2020/Sabtu


Masa : 09.30-10.30 Pagi
Kaedah : Google Meet
Pengerusi : Ketua Panitia Muzik dan Pendidikan Seni Visual SK Sialang
Kehadiran : 1. Cikgu Umikalsom Isnin (Ketua Panitia)
2. Cikgu Noraslinda Bt Mohamed Dahan (Setiausaha)
3. Cikgu Maslia Omar (AJK)
4. Cikgu Zanaria Bt Zainalabidin (AJK)

1.Kata Aluan pengerusi


1.1 Pihak pentadbir berterima kasih kepada guru-guru sudi meluangkan masa bersua
melalui Google Meet. Tahniah juga bagi yang berani menyahut cabaran menjalankan
kelas online.
1.2 Walau bagaimanapun, program yang dirancang bukan muktamad, masih boleh
diubah jika guru menghadapi masalah, harap guru jangan bimbang dan jangan tertekan.
Guru tidak dipaksa.

1.0 Pembelajaran Online


2.1 Pihak pentadbir memberikan cadangan dan memohon guru menjalankan PdPC
online bertujuan meningkatan interaksi dengan anak murid, tiada paksaan untuk
menjalankan PdPC online, asalkan maklumat dapat disampaikan kepada anak murid.
2.2 Jadual PdPC online mengikut jadual pdpdc semasa,Guru yang ada masalah boleh
berbincang dengan GB, jangan bimbang, semua pentadbir bersedia membantu.
2.3 PdPc sangat penting bagi membolehkan guru menyimpan eviden sebagai panduan
untuk menilai tahap penguasaan murid.
2.4 Semua guru sangat digalakkan untuk menjalankan PdPc online walaupun
sambutan kurang memberansangkan. Gunakan media yang senang diakses oleh ibubapa
dan murid untuk menyampaikan PdPc/tugasan dengan cara tidak membebankan supaya
tiada murid yang ketinggalan dalam akademik contohnya Whatsapp dan telegram.
2.0 Perbincangan Bahan pembelajaran
3.1 Penggunaan kemahiran ICT yang tinggi dalam tempoh PKP ini sangat diperlukan,
tetapi pihak pentadbir yakin kemahiran guru akan semakin meningkat dengan pelbagai
bantuan yang diberikan. Mohon bantuan rakan yang mahir jika bermasalah.
3.2 Pihak pentadbir sentiasa memberi sokongan kepada guru,
3.3 Bagi subjek Muzik dan Pendidikan Seni Visual, pilih tajuk aktiviti yang agak
mudah dan dapat dibantu oleh ibubapa dirumah. Jangan beri bahan yang terlampau susah
dan membebankan.
3.4 Guru perlu memperbanyakkan tugasan berasaskan projek supaya murid dan
ibubapa dapat bekerjasama menyelesaikan.
3.4 Guru Muzik bersetuju untuk memberikan latihan nyanyian disamping
membimbing untuk tajuk-tajuk lagu yang mudah.
3.5 Tugasan jangan terlalu banyak untuk satu minggu PdPc. Cukup satu tugasan
untuk satu minggu bagi memberi peluang kepada subjek lain.
3.6 Guru matapelajaran perlu peka dengan tiap soalan/pertanyaan ibubapa dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi. Respon jika perlu dan bantu sehingga pembelajaran
tamat.
3.7 Guru perlu bersedia untuk mengulang tajuk yang diajar jika ramai murid yang
tidak respon sepanjang PdPc online berlaku.
3.8 Guru Pendidikan Seni Visual perlu menyediakan video yang sesuai untuk tugasan
sebagai pemudahcara untuk dijadikan panduan kepada murid dan juga ibu bapa.

3.0 PBD – Pentaksiran Bilik Darjah


4.1 Apabila ada PdPc dijalankan, maka perlu ada pentaksiran untuk menilai sejauh
mana kefahaman murid sepanjang PdPc dijalankan.
4.2 Guru digalakkan menyimpan semua evidence sepanjang PdPc online sewaktu
PKP.
4.3 Penilaian hendaklah dijalankan secara professional. Bagi murid yang tidak respon
sepanjang PdPc online berlaku, markah pentaksiran mereka akan dinilai apabila sekolah
dibuka nanti.
4.4 Eviden perlu dikumpulkan apabila PKP tamat.
4.0 Penutup
5.1 Pihak pentadbir sangat bertuah mempunyai guru-guru yang bersemangat dan
mempunyai ilmu ict, harap guru jangan rasa tertekan kerana semua orang berpotensi
untuk maju ke depan.
5.2 KP Muzik dan Pendidikan Seni Visual, Cikgu Umikalsom mengingatkan guru
subjek yang akan mengajar kelas online perlu menulis catatan mengajar seperti yang
contoh yang diberikan sebagai bukti PdPc dijalankan.
5.3 Semoga semua guru sentiasa sihat dan tidak tertekan sepanjang tempoh PKP. Jaga
kesihatan, jaga diri dan elakkan mengunjungi tempat-tempat wabak supaya kita tidak
tergolong dalam mereka yang dijangkiti.

Disediakan oleh,

_______________________
(NORASLINDA MOHAMED DAHAN)
Setiausaha Panitia Muzik/ PSV,
SK Sialang.

You might also like