You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU

JALAN ASSUNTA, 46050 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


BILANGAN 2 TAHUN 2021

Tarikh : 25 Jun 2021

Masa : 11.00 Pagi

Tempat : Google Meet

Bil Nama Jawatan

1 Devii Ravintaran Guru


2 Vimala Thachanamurthy Guru
3 Noor Hafiza bt Abdullah Guru
4 Nur Shallaa Shamimi bt Abd Razak Guru
5 Nurul Jannah bt Mohd Mazuki Guru

Tidak Hadir
- Tiada

Urus Setia Mesyuarat:

1 Vimala Thachanamurthy Setiausaha Panitia Muzik

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana sudi hadir
bagi menyempurnakan mesyuarat Panitia Muzik kali kedua sesi 2021.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn Noor Hafiza bt Abdullah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan


disokong oleh Pn Vimala Thachanamurthy.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:


- Tiada
4.0 PERKARA BAHARU

4.1. Pelaporan Pertengahan Tahun Panitia Muzik

4.1.1 Pn Devii memaklumkan Pelaporan PBD Pertengahan Tahun sudah selesai dan
laporan sudah dihantar. Pn Shalla menyatakan ada murid kelasnya mendapat
TP rendah kerana tidak aktif dalam kelas.

Makluman
4.2 Aktitivi Minggu Muzik

4.2.1 Pn Devii memberitahu Minggu Panitia Muzik akan diadakan selepas cuti
sekolah. Beliau memaklumkan tahun ini Minggu Muzik tidak akan bergabung
dengan Panitia Seni dan akan dijalankan berasingan.

Makluman

4.2.2 Semua guru Muzik perlu menjalankan aktiviti yang dirancang mengikut kelas
masing-masing untuk Minggu Muzik.

Tindakan : Semua ahli Panitia

4.3 PLC Panitia Muzik

4.3.1 Pn Devii memaklumkan PLC sedangkan dijalankan seperti dirancang dan


beliau akan membuat PLC BreakOut Rooms pada minggu seterusnya pada
16 Julai 2021.
Tindakan : Cik Devii

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Vimala menyatakan masalah yang dihadapi semasa menjalankan PdPR


di mana murid tidak mahu buka kamera dan mikrofon apabila ditanya soalan.
Ini menyebabkan pentaksiran sukar dibuat untuk menilai penglibatan murid.

Makluman
6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberi.
6.2 Mesyuarat ditangguh pada pukul 11.35 pagi.

Urus Setia
Vimala Thachanamurthy
Panitia Pendidikan Muzik
Sk Assunta Satu
Tarikh : 25 Jun 2021

You might also like