You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDERUT

D/A PPD LIPIS 27200 KUALA LIPIS, PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


KALI PERTAMA SESI 2019

Tarikh : 29 Januari 2019 (Selasa)


Masa : 2. 15 petang
Tempat : Bilik Guru
Pengerusi : Mohd Zuraidi Bin Ahamed ( Ketua Panitia )
Kehadiran : 5 orang

Nama kehadiran :
1. En. Mohd Zuraidi Bin Ahamed

2. En. Rizal a/l Akoang

3. En. Mohammad Izha Bin Ramli

4. En. Nur Syahadah Bt Senget

5. En. Anuar Bin Abu Bakar

Tidak Hadir

1.

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Bacaan doa dan kata-kata aluan pengerusi majlis

1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir

1.3 Tujuan utama mesyuarat kali pertama diadakan adalah untuk merancang program-program dan
aktiviti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Makluman dan tindakan: Semua Guru muzik


2. UCAPAN PENASIHAT ( Rizal a/l Akoang )
2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua guru AJK Panatia muzik pada hari itu
dan mengharapkan agar semua guru dapat berbincang.

2.2 Mengharapkan semua guru mengikut dasar kurikulum yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
supaya memudahkan guru melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap
pelajaran.

2.3 Mengharapkan supaya guru-guru perlu membuat post mortem setiap kelas yang diajar selepas
setiap peperiksaan untuk fokus pada kelemahan dan kekuatan murid dalam subjek berkenaan.

.
Makluman dan tindakan: Semua Guru muzik

3. AGENDA

3.1 DSKP , REKOD TRANSIT DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


3.1.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) beserta Rekod Transit untuk menilai murid
semasa sesi Pdpc di dalam kelas.
3.1.2 Guru-guru digalakkan menggunakan komputer untuk menulis buku rancangan
mengajar selaras dengan sistem pendidikan yang menggalakkan penggunaan ICT disamping
memudahkan guru-guru yang mengajar menulis format RPH yang panjang.

3.2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)


3.1.2 Guru-guru membuat penilaian PBD melalui rekod transit. Adalah diharapkan
penilaian dijalankan dengan telus semasa menilai murid-murid.Penilaian akhir akan
dimasukkan ke dalam rekod offline sebelum diserahkan kepada setiausaha PBS sekolah.
3.3 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
3.3.1 Mesyuarat memaklumkan contoh RPH Pembelajaran yang perlu digunakan oleh
semua guru panitia muzik. Penulisan RPH perlu mengikut surat pekeliling ikhtisas bil. 3/1999
3.3.2 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan penulisan RPH perlulah
dilengkapkan sebelum sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
( Tindakan:Semua guru muzik )

3.4 PROSEDUR PEMBELIAN PANITIA DAN PENGURUSAN STOK


3.4.1 Mesyuarat menerima maklum supaya guru-guru yang ingin membuat pembelian
bahan atau alat muzik untuk Pdpc perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini pengurusan
stok dari semasa ke semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.
( Tindakan : Semua guru muzik )

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 En Anuar Bin Abu Bakar mencadangkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
boleh juga dijalankan di tempat yang bersesuaian atau pun diluar bilik darjah.

(Tindakan Semua Guru muzik)

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN


5.1 ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memohon
semua guru dapat melancarkan perjalanan aktiviti panitia muzik dapat
dijalankan dengan lancarnya
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .............................................................
(MOHAMMAD IZHA BIN RAMLI) (MOHD ZURAIDI BIN AHAMED)

SETIAUSAHA, KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SK SENDERUT
SK SENDERUT

Disahkan oleh,

....................................................
(RIZAL A/L AKOANG)

GURU PENOLONG KANAN,


SK SENDERUT

You might also like