You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS BIL

1/2021

Tarikh : 14 Oktober 2021


Masa : 2:30 petang – 4:30 petang
Tempat : Bilik Guru SK Nanga Nansang
Kehadiran : Cikgu Amy anak Tabol
Cikgu Fadhil bin Ismail
Cikgu Eddy Anak Patrick Seman
Cikgu Mohammad Musnaini bin Ibrahim

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi bengkel
2.0 Pembentangan kertas kerja bengkel
3.0 Hal-hal lain
4.0 Penutup

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan kehadiran guru.
1.2 Beliau menyatakan ucapan terima kasih atas kehadiran guru.
1.3 Mesyuarat diteruskan dengan penerangan secara ringkas yang
diberikan oleh pengerusi bengkel mengenai gambaran awal tentang
perjalanan aktiviti bengkel yang akan dijalankan.

Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BENGKEL


2.1 Pengerusi mengedarkan cadangan kertas kerja bengkel pemantapan
bahasa Inggeris kepada guru-guru yang hadir.
2.2 Pengerusi membentangkan dan membaca setiap isi yang terkandung
dalam cadangan kertas kerja bengkel.
2.3 Pengerusi menyatakan juga keperluan yang perlu supaya bengkel
mendapat perhatian sewajarnya.
2.4 Cikgu Eddy mencadangkan supaya guru-guru dan staf sokongan
dilantik menjadi ahli jawatankuasa bagi bengkel yang bakal
dijalankan.
2.5 Cikgu Mohammad Musnaini memberikan pendapat bahawa setiap
ahli jawatankuasa menyatakan tentang alat, bahan dan keperluan
yang diperlukan bagi menjayakan bengkel.

Tindakan: Makluman

3.0 HAL-HAL LAIN


3.1 Cikgu Mohd Fadhil mencadangkan bengkel diadakan pada sebelah
petang agar tidak mengganggu pdpc.
3.2 Cikgu Mohammad Musnaini juga mencadangkan agar Puan
Nurfarahin membantu menyediakan makanan dan minuman
sepanjang bengkel dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.0 PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ ahli mesyuarat. Tarikh
untuk mesyuarat yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:30 petang.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

........................................ .................................................
(MOHD FADHIL BIN ISMAIL) (JUAN ANAK JUGAH)
Setiausaha, Guru Besar,
Bengkel Pemantapan Bahasa Inggeris. Sekolah Kebangsaan Nanga
Nansang.
Tarikh: 14 Oktober 2021 Tarikh: 16 Oktober 2021

You might also like