You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU

Pada 16 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Batu Keling telah menganjurkan


sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini melibatkan semua
guru, murid dan kakitangan sokongan sekolah. Sambutan Hari Guru tersebut
amat meriah kerana komitmen seluruh warga sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi,
pembacaan teks ucapan penghargaan daripada Menteri Pelajaran dan
Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. Teks ucapan tersebut telah dibacakan
oleh guru di sekolah tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar.
Selepas upacara perhimpunan, semua guru dan pelajar bergerak ke
padang sekolah kerana ada pertandingan sukaneka antara guru
diadakan.Semua pelajar terhibur dengan telatah beberapa orang guru yang
menggelikan hati semasa acara meniup belon dan memasukkan air ke dalam
botol.
Selepas rehat, iaitu pada pukul 11.00 pagi, acara pentas telah
dipersembahkan oleh murid-murid. Guru-guru turut diraikan dengan
persembahan syair dan nyanyian. Beberapa orang guru telah dipilih untuk
menerima anugerah seperti guru rajin, guru tegas dan guru mesra. Upacara
terakhir ialah nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu yang dipersembahkan
oleh murid-murid Tahun Enam.
Keseluruhannya, acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan
objektif sambutan, iaitu merapatkan hubungan guru dan murid-murid
tercapai. Selain itu, aktiviti ini juga menunjukkan usaha murid-murid untuk
menghargai jasa guru.

Laporan disediakan oleh,


MEI 2012
____________________
(SHARAH LEM DANIEL)
Setiausaha Sambutan Hari Guru,

20

TAJUK LAIN:
I.
II.

LAPORAN SAMBUTAN HARI ASRAMA TERBUKA.


LAPORAN SAMBUTAN HARI KELUARGA.

Sekolah Kebangsaan Batu Keling.

LAPORAN SAMBUTAN HARI ASRAMA TERBUKA


Pada 12 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Batu Keling telah menganjurkan
sambutan Hari Asrama Terbuka. Sambutan ini melibatkan semua guru, murid
dan kakitangan sokongan sekolah. Sambutan Hari Guru tersebut amat
meriah keranan komitmen seluruh warga sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi,
upacara perasmian dan sukaneka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru
Besar. Juga diadakan pertandingan kebersihan dan
keceriaan asrama,
anugerah murid asrama dan beberapa anugerah lain.
Selepas upacara perhimpunan, semua guru dan murid-murid bergerak
ke padang sekolah kerana ada pertandingan sukaneka antara guru dan
murid-murid serta staf sokongan. diadakan.Semua murid terhibur dengan
telah guru dan yang menggelikan hati semasa acara meniup belon dan dan
memasukkan air ke dalam botol.

You might also like