You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA

JALAN DATO, ISMAIL HASHIM, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL 3/2022

Tarikh : 13 Oktober 2022 ( Khamis )


Masa : 12.50 tengahari
Tempat : Bilik Muzik

1. Pn. Shazzana Afiqah binti Shamsul


2. Pn. Solihah binti Mohd Saad
3. Pn. Aida Shazeela binti Samsuddin
4. Pn. Renuga A/P Shamugam
5. Pn. Shalani A/P Rasasingam

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalukan kedatangan guru dan mengucapkan ribuan terima


kasih kerana guru-guru Pendidikan Muzik Tahap 2 dapat menghadiri
mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-2 SESI 2022/2023

2.1. Minit mesyuarat Kali ke-2 sesi 2022/2023 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : Pn. Aida Shazeela binti Samsuddin


Penyokong : Pn Solihah binti Mohd Saad

3. PROGRAM PADA HARI KANAK-KANAK

3.1. Ketua panitia memaklumkan bahawa dalam Hari Kanak-Kanak, panitia


muzik akan terlibat dengan Pertandingan Talent Time yang melibatkan
murid-murid Tahun 6 sahaja.sepanjang bulan kemerdekaan ini panitia
muzik akan terlibat dengan minggu panitia.
3.2. Pertandingan ini adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid
untuk menonjolkan pelbagai jenid bakat yang mereka perolehi tanpa terikat
denga sebarang tema persembahan.
3.3. Semua guru muzik tahap 2 akan terlibat dalam menjayakan pertandingan
ini.
4. PERTANDINGAN TALENT TIME

4.1 Pertandingan ini melibatkan 2 wakil persembahan dalam setiap kelas


Tahun 6 .
4.2 Pertandingan yang akan dijalankan secara 2 peringkat:
i. Peringkat Saringan pada 8 November 2022.
ii. Pentas (3 persembahan terbaik) pada 10 November 2022 iaitu
pada Hari Kanak-Kanak.
4.3 Semua pertandingan ini akan dikendalikan oleh semua guru pendidikan
muzik Tahap 2 sahaja mengikut ahli jawatankuasa yang akan diberikan.

Tindakan : Semua guru muzik Tahap 2

5. PENGURUSAN PERBELANJAAN

5.1. Ketua panitia memaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan sepanjang


aktiviti ini dijalankan akan menggunakan sumber kewangan dari PCG pada
tahun ini.

5.2. Perbelanjaan akan digunakan untuk tempahan banner dan hadiah kepada
setiap pemenang.

Tindakan : Ketua Panitia

6. HAL-HAL LAIN

6.1. Sesi Pdpc boleh dijalankan di pelbagai tempat yang sesuai selagi tidak
mengganggu persekitaran tersebut.
Tindakan : Semua guru Muzik

7. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ......................................................

(SOLIHAH MOHD SAAD) (SHAZZANA AFIQAH SHAMSUL)


Guru Panitia Muzik. Ketua Panitia Muzik,
SK Mutiara Perdana SK Mutiara Perdana.

You might also like