You are on page 1of 9

SK LABU BESAR

09010 KULIM KEDAH

KERTAS KERJA
KEJOHANAN (E-SPORT)
MOBILE LEGEND BANG BANG
TERTUTUP SKLB 2022

TARIKH : 30 JUN 2022


HARI : Khamis
MASA : 2.00 – 6.00 petang
TEMPAT : Dewan Sekolah

ANJURAN:

UNIT PEMBANGUNAN SUKAN KOKURIKULUM


SKLB 2022

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN e-SPORT MOBILE LEGEND BANG BANG

TERTUTUP SK LABU BESAR 2022

1. PENDAHULUAN

1.1 Kertas Kerja ini bertujuan untuk menerangkan pertandingan E-Sport Mobile
Legend peringkat sekolah bagi memilih wakil ke pertandingan E- sport peringkat
Negeri Kedah. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk menerangkan hala
tuju penganjuran program tersebut dan menjelaskan peruntukan yang
diperlukan.

2. OBJEKTIF
1. Memilih wakil pasukan sekolah ke pertandingan E-Sport Mobile Legend peringkat
yang lebih tinggi.
2. Mempromosi sukan e-Sport selaras dengan matlamat JPN Kedah dan Kementerian
Pendidikan.
3. Memberi peluang kepada murid SKLB untuk mengenali dan menimba lebih banyak
pengalaman di dalam bidang sukan ini.
4. Memberi ruang kepada murid SKLB menggunakan kebolehan bermain permainan
mobile dalam persaingan sihat.
5. Mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi
membina semangat kerja berpasukan.
6. Melahirkan murid SKLB yang mempunyai kemahiran dalam mengatur strategi.
7. Membina “critical-thinking” di kalangan pelajar SKLB.
8. Menjadikan seorang murid yang intelektual dengan strategi semasa mengalahkan
permain lain.
9. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari
dari permainan.
3. LATAR BELAKANG

2.1 Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan arena pertempuran dalam
talian berbilang pemain (MOBA) yang direka untuk telefon bimbit. Dua pasukan lawan
bertempur untuk mencapai dan menghancurkan pangkalan musuh sambil
mempertahankan pangkalan mereka sendiri untuk mengawal jalan, tiga "lorong" yang
dikenali sebagai "atas", "tengah" dan "bawah", yang menghubungkan pangkalan.

2.2 Pertandingan Mobile Legend tertutup ini merupakan anjuran unit


pembangunan sukan ko- kurikulum. Pertandingan ini dibuka kepada para pelajar
SKLB sahaja

4. MAKLUMAT KEJOHANAN
Tarikh dan Hari : 30 Jun 2022 / Khamis
Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat : Dewan SK Labu Besar

5. SASARAN
Terbuka kepada semua murid SK Labu Besar sahaja

6. ANGGARAN BELANJAWAN
(Sila Rujuk LAMPIRAN A)

7. JAWATANKUASA KERJA
(Sila Rujuk LAMPIRAN B)

8. JADUAL ATUR CARA PERTANDINGAN


(Sila Rujuk LAMPIRAN C)

8. SYARAT PENYERTAAN
(Sila Rujuk LAMPIRAN D)

9. PERATURAN PERTANDINGAN
(Sila Rujuk LAMPIRAN E)
LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN E-SPORT MLBB 2022

SEUNIT JUMLAH
BIL. PENDAPATAN KUANTITI (RM) (RM) SUMBER
1. Peruntukan Bantuan Sukan 182.50 BSS
Sekolah
JUMLAH 182.50

SEUNIT JUMLAH
BIL. PERBELANJAAN KUANTITI (RM) (RM) SUMBER
Pingat Pemenang:
1. Johan 5 SUWA
Naib Johan 5 SUKAN
Ketiga 5 2.30 57.50 TAHUNAN
Keempat 5 SEKOLAH
Kelima 5
Hamper: SUWA
2. Johan 1 30 30 SUKAN
Naib Johan 1 25 25 TAHUNAN
Ketiga 1 20 20 SEKOLAH
Sijil BBTP
3. (16 pasukan x 5 pemain) 80 pcs 2 set 50 STS
JUMLAH 182.50
LAMPIRAN B

PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP 2022

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Fauziah Bt. Yusof (Guru Besar SKLB)


Timbalan Pengerusi : Cik Wan Nurhaslinda Bt. Wan Mazuki
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn. Fatimah Bt. Abd Hamid (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Noor Hayati Bt Bahari (GPK HEM)
Penyelaras : En. Azizul Rahim B. Ismail
Pen. Penyelaras : En. Shamsul Azrul B. Saari
Setiausaha : Pn. Pouneswari A/P Sundarajoo

JAWATANKUASA PELAKSANA

JK HADIAH JK DISIPLIN
1. Pn. Fadzilah bt Jahaya (K) 1. En. Shamsul Azrul b Saari
2. Pn. Masita bt Ismail
JK DATA & STATISTIK
JK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI 1. En. Azizul Rahim b Ismail (K)
1. En. Mohd Noor Safwan b Mohd Noor (K) 2. Pn. Zuraini bt Hassan
2. Pn. Azura bt Mohamad
JK TEKNIKAL
JK SIARAYA 1. En. Roslan b Yusoff
1. En. Muhamad Niza b Abdullah 2. En. Shamsuri b Yusop

JK PROMOSI
Semua Guru Kelas
LAMPIRAN C

JADUAL ATURCARA PERTANDINGAN

KEJOHANAN MOBILE LEGEND TERTUTUP 2022

JADUAL PERTANDINGAN

TARIKH /
PUSINGAN HARI MASA
Taklimat 2.00 petang

1-2 2.30 petang

3-4 30 / 6 / 2022 3.30 petang

5-6 KHAMIS 4.30 petang

Separuh Akhir 5.30 petang

- Akhir
LAMPIRAN D

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN E-SPORT MLBB TERTUTUP SKLB 2022

1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Mobile Legend dan


pusingan permainan akan dijalankan berasaskan system ”Double Elimination pool”
dalam ”Best-of-One mode” yang membahagikan 16 kumpulan ke dalam dua braket,
iaitu ”upper bracket” dan ”lower bracket”.
2. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah sebarang
peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis.
Keputusan uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.
3. Kejohanan pertandingan Mobile Legend ini akan dimain secara online sehingga akhir
di dewan sekolah SKLB.
4. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar SKLB sahaja.
5. Seramai lima (5) orang pemain sahaja dibenarkan untuk mendaftar bagi satu pasukan.
6. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu dibuat
sebelum tarikh tutup penyertaan Selasa / 28 Jun 2022.
7. Pertukaran aturan tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi
dilakukan apabila pusingan pertama dimulakan.
8. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:
A) Tempat : Dewan Sekolah SKLB
B) Tarikh : 30 Jun 2022
C) Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

9. Sebarang urusan pendaftaraan atau pertanyaan sila hubungi:


 En Azizul Rahim Bin Ismail – 019-5049597
LAMPIRAN E

PERATURAN PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND 2022

1. Setiap pemain perlu mendaftar di https://forms.gle/u9M1qvX13WXxyW1B7

2. Dengan menyertai pertandingan ini, pemain bersetuju untuk mematuhi segala peraturan-
peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak pengelola pertandingan.
Para pemain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh pengelola pertandingan pada setiap masa.

3. Setiap pemain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau sehingga
disingkirkan dari pertandingan. Pemain - pemain harus 15 minit awal daftar masuk lobi (DRAF
PICK – ROOM) sebelum permainan bermula.

4. Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada ahli pasukan
menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai lobi, semua percubaan lain
untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit selepas masa perlawanan, kemenangan
akan terus dibagi kepada pihak lawan sebagai menang tanpa bertanding oleh pengelola
pertandingan.

5. Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi setiap pusingan.
Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan tidak hadir, permainan masih
akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.

6. Jika seorang pemain ”disconnect” , permainan itu hendaklah ”pause” serta-merta.

7. Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan para
peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau tidak sopan ke arah
pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan dihukum dengan kekalahan serta-merta.
Disediakan oleh;

……………………………………..
(AZIZUL RAHIM BIN ISMAIL)
Penyelaras,
Kejohanan E-Sport Mobile Legend Bang Bang 2022,
SK Labu Besar.

Disemak oleh;

……………………………………..
(WAN NURHASLINDA BT WAN MAZUKI)
GPK Kokurikulum,
SK Labu Besar.

Diluluskan oleh;

……………………………………..
(FAUZIAH BINTI YUSOF)
Guru Besar,
SK Labu Besar.

You might also like