You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SAINT PETER KUDAT (M)

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR


PERINGKAT SEKOLAH SMK. ST. PETER KUDAT (M)
TAHUN 2022

TARIKH
28 - 29 NOV 2022 (ISNIN - SELASA)

MASA
02.30 PM - 05.30 PM

TEMPAT
GELANGGANG BOLA TAMPAR SMK. ST. PETER KUDAT(M)

ANJURAN
KELAB BOLA TAMPAR SEMESTER
Semester Volleyball 2022 2

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH
SMK. ST. PETER KUDAT (M)
TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Bola Tampar peringkat sekolah ini dilaksanakan julung kalinya pada tahun ini bagi mencungkil
bakat setiap pelajar disamping mencari dan memilih pemain yang berbakat dan berkelayakan untuk
mewakili sekolah untuk bermain di peringkat Daerah pada tahun 2023. Justeru itu, Kelab Bola Tampar
SMK. St. Peter Kudat (M) mengambil keputusan untuk menganjur dan mengelola kejohanan ini bagi
memberikan peluang kepada pelajar SMK. St. Peter Kudat (M) untuk mempamerkan kebolehan dan bakat
yang ada dalam diri mereka dalam permainan Bola Tampar.

2.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran penganjuran dan juga bantuan kewangan
daripada pihak sekolah untuk menampung perbelanjaan dalam menganjur dan mengelola kejohanan ini.

3.0 TARIKH KEJOHANAN


28 - 29 November 2022 (Isnin - Selasa)

4.0 MASA
Jam 02.30 Petang - 05.30 Petang

5.0 TEMPAT
Gelanggang Bola Tampar SEMESTER

6.0 PENGANJUR
Kelab Bola Tampar SMK. St. Peter Kudat (M)

7.0 PENYERTAAN
7.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid SMK. St. Peter Kudat (M).
7.2. 2 Kategori Iaitu lelaki dan perempuan, setiap pasukan maksimum hanya 10 orang pemain sahaja.
7.3. Yuran penyertaan bagi setiap kategori (L dan P) adalah RM 20.00 satu pasukan.

8.0 SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN


Rujuk Lampiran 1

9.0 SUMBER KEWANGAN


Kewangan Ko-Kurikulum SMK. St. Peter Kudat (M)

10.0 KOS PERBELANJAAN MENYERTAI KEJOHANAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) CATATAN


Hamper
1. RM 50.00 2 Pcs RM 100.00
01
2. RM 40.00 2 Pcs RM 80.00
3. RM 30.00 2 Pcs RM 60.00
02 Sijil Penyertaan (Sijil Sekolah) 200 Pcs -
03 Net Bola Tampar 1 Pcs RM 150.00
04 Bola Tampar 1 Pcs RM 210.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 600.00
2
Semester Volleyball 2022 3

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran kejohanan Bola Tampar Peringkat Sekolah ini, para peserta yang terlibat
khususnya pelajar daripada SMK. St. Peter Kudat (M) dapat menyerlahkan bakat dan kebolehan yang
mereka miliki serta bertanding dengan semangat juang yang tinggi bagi mengharumkan nama sekolah
kelak.

Disediakan oleh,

( GRAILHER RUBIN )
Guru Penasihat Kelab Bola Tampar
SMK St. Peter Kudat (M)

Tarikh :

Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

( ISMAIL BIN SINDONG ) ( GOH WUI HON )


Penolong Kanan Ko-Kum Pengetua
SMK St. Peter Kudat (M) SMK St. Peter Kudat (M)
Tarikh : Tarikh :

3
Semester Volleyball 2022 4

LAMPIRAN 1 : SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN

1. PERATURAN AM

1.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa
(Federation International of Volleyball – FIVB) dan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan
sekarang.

1.2. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris
yang terkini akan dipatuhi.

2. KELAYAKAN PEMAIN
2.1. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan sahaja.
2.2. Pemilihan pemain adalah bebas asalkan berdaftar sebagai murid di SMK. St. Peter Kudat (M)

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada minimum 6 orang dan maksimum 10 orang pemain.

3.2. Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan pada pusingan pertama. Peraturan ini tertakluk
kepada perubahan, bergantung kepada jumlah pasukan yang akan bertanding.

3.3. Sekiranya penyertaan 10 pasukan atau kurang daripadanya, pasukan akan dibahagikan kepada 2
kumpulan A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-
masing. Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bertemu di peringkat Separuh Akhir secara
bersilang (crossing) di mana A1 akan bertemu dengan B2 dan A2 akan bertemu dengan B1. Pemenang
di peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan,
sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

4
Semester Volleyball 2022 5

1.1. Sekiranya penyertaan melebihi 10 pasukan, pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C
dan D dan dimainkan secara liga satu pusingan. Johan dan naib johan setiap kumpulan sahaja akan
bertemu di peringkat Suku Akhir secara bersilang (crossing) di mana suku akhir 1 (A1 akan bertemu
dengan B2), suku akhir 2 (D1 akan bertemu dengan C2), suku akhir 3 (B1 akan bertemu A2) dan suku
akhir 4 (C1 akan bertemu D2). Pemenang di peringkat suku akhir akan mara ke peringkat separuh akhir di
mana pemenang suku akhir 1 akan bertemu pemenang suku akhir 2 dan pemenang suku akhir 3 akan
bertemu pemenang suku akhir 4. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu di perlawanan Akhir
bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk
tempat Ketiga dan Keempat.

4. SISTEM PEMBERIAN MATA / CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

4.1. Pertandingan akan dijalankan secara Vollython dengan kiraan mata 31 tanpa pertukaran gelanggang.

4.2. Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :

 Menang - 2 mata
 Kalah - 0 mata
 Lucutan teknik/menarik diri - 0 mata

4.3. Di peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama,
kaedah berikut akan digunakan:

 Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang


 Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah
4.4. Peringkat 3, Sekiranya kedudukan masih “SERI” juga, kaedah berikut akan diambil kira:

4.4.1. Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di antara kedua dua pasukan berkenaan
akan diambil kira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat teratas.

4.4.2. Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan cabutan
undi atau lambung pilih atau “Toss of Coin”

5
Semester Volleyball 2022 6

5. KELEWATAN

5.1. Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu sesebuah pasukan
tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain atas alasan yang munasabah, maka
pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

6. PAKAIAN PEMAIN

6.1. Setiap pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang bersesuaian.

6.2. Setiap pemain hendaklah memakai kasut semasa pertandingan.

6.3. Setiap pasukan haruslah mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan untuk mengelak sebarang
kesulitan.

7. MENARIK DIRI

Menarik diri tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan
perlawanan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.

8. PENANGGUHAN

8.1. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:

8.1.1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung
mengikut baki mata dan set yang tinggal.

8.1.2. Sekiranya perlawanan yang ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan tersebut hendaklah
dimulakan dari set 0-0 semula.

8.1.3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual
atau tempat pertandingan tanpa terlebih dahulu memberitahu pasukan yang terlibat.

9. PEGAWAI TEKNIKAL DAN PENGADIL

9.1. Pengerusi Pertandingan dan Pegawai Teknikal adalah dalam kalangan Ahli Kelab Bola Tampar
SEMESTER.

9.2. Setiap pasukan diminta untuk menyediakan 2 orang penjaga garisan

10. BANTAHAN DAN RAYUAN

10.1. Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu
perlawanan itu tamat.

10.2. Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan sebanyak RM 100.00.

10.3. Wang bantahan tidak akan dikembalikan.

6
Semester Volleyball 2022 7

11. TINDAKAN TATATERTIB

11.1. Tindakan Tatatertib akan diambil mengikut Undang-undang Peraturan Bola Tampar Malaysia.

11.2. Seorang pemain yang diarahkan keluar gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan
adalah dengan automatiknya digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehinggalah
Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

12. HADIAH

Hadiah akan diberi kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, Best Blocker, Best Spiker, Best Setter dan Most
Valueable Player (MVP).

13. YURAN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN

13.1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 NOVEMBER 2022 pada jam 12.00 tengah hari.

13.2. Yuran penyertaan: RM 20.00 untuk setiap pasukan. Bayaran dan Borang Penyertaan hendaklah
diserahkan semasa pendaftaran dibuat.

13.3. Sijil penyertaan akan diserahkan hanya selepas bayaran selesai diterima.

13.4. Resit haruslah di simpan sebagai bukti pembayaran.

13.5. Bayaran tidak akan di kembalikan.

14. HAL-HAL LAIN

14.1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang tidak diingini seperti
kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan lain-lain ke atas para peserta sebelum, semasa
dan selepas pertandingan.

14.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab keatas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum
pasukan.

14.3. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang kejadian yang tidak
termaktub di dalam syarat - syarat dan Peraturan Pertandingan.

14.4. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam perkara yang tidak
dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua keputusan Jawatankuasa ini adalah Mutlak
dan Muktamad.

15. Sebarang pertanyaan dan juga borang penyertaan boleh berhubung dengan Cg. Joslee Thomas, Cg. Grailher
Rubin, Hamzi Safwan (4ST2), Jason Jaitun (4ST2) dan Mohd Zulzal Wazi (5ST2).

You might also like