You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SUKAN TARA

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BALAK


SESI 2020

1. PENGENALAN
 Sebuah Jawatankuasa Kejohanan Sukan telah ditubuhkan untuk melaksanakan Sukan
Tahunan atau lebih dikenali dengan Kejohanan Balapan dan Padang bermula tahun 2012.
Kejohanan ini merupakan satu wadah dalam usaha mengenali murid-murid berpotensi
dan berkelayakan untuk diketengahkan dalam bidang sukan dan olahraga. Pencapaian
sukan SK. Pengkalan Balak boleh dikatakan berada pada tahap yang membanggakan dan
boleh ditingkatkan lagi dengan latihan-latihan serta sokongan padu dari semua pihak.

2. OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat baru dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan.
2.2 Mendedahkan kepada murid-murid tentang acara sukan sekolah yang boleh mereka
sertai.
2.3 Menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri menyertai sukan.
2.4 Mendedahkan kepada murid-murid tentang teknik-teknik asas dan betul dalam acara
sukan yang diceburi.
2.5 Membentuk disiplin diri yang mantap.
2.6 Menyuntik semangat kesukanan dalam jiwa semua murid.
2.7 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

3. SYARAT-SYARAT SUKAN TARA


1. Setiap peserta akan menyertai 4 acara iaitu 100 M (tahap dua) 80 M (tahap satu),lompat
jauh,lempar cakera dan lontar peluru.
2. Peserta yang melepasi jarak dan masa yang telah ditetapkan akan mendapat mata yang
ditetapkan.
3. Ketua-ketua stesen hendaklah menerangkan kepada peserta syarat-syarat pertandingan.
4. Peserta hanya akan melakukan sekali sahaja larian. Lompatan dan lemparan hanya dua
kali percubaan.
5. Segala kesulitan dan perubahan pada syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah
merujuk kepada setiausaha sukan dan timbalan setiausaha sukan.
ACARA KATEGORI JANTINA MATA
3 2 1
100 M Tahun Lelaki < 15 S 15 S – 18 S > 18 S
4,tahun 5 dan Perempuan < 16 S 16 S – 19 S > 19 S
tahun 6
80 M Tahun 1, Lelaki < 10 S 10 S – 12 S > 12 S
tahun 2 dan Perempuan < 12 S 12 S – 14 S > 14 S
tahun 3
Lompat jauh Tahap dua Lelaki 3M 2M 1M
Perempuan 2.5 M 2M 1.5 M
Lontar peluru Tahap dua Lelaki 3M 2M 1M
Perempuan 2.5 M 2M 1.5 M
Lempar cakera Tahap dua Lelaki 3M 2M 1M
Perempuan 2.5 M 2M 1.5 M

< KURANG DARIPADA > LEBIH DARIPADA

4. KONSEP
 Dijalankan pada : Bulan Februari
 Format : Berbentuk pertandingan antara empat Pasukan Rumah
Sukan ( Perkasa, Wira, Satria dan Jaguh )
 Pakaian : Pakaian Sukan

5. LOKASI
 Padang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak

6. TARIKH
 Kejohanan Sukan – 27 FEBRUARI 2020
 Sukantara – 18 – 20 FEBRUARI 2020

7. HARI
 Sukantara : Selasa.Rabu dan Khamis
 Kejohanan : Khamis
8. SASARAN
 Semua murid Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak

9. JANGKA MASA
 8:00 pagi hingga 10 :30 pagi

10. PENYERTAAN
 Penyertaan semua murid sebagai peserta dan guru sebagai pegawai pengelola kecuali atas
arahan kesihatan atau kebenaran doktor.

11. KESELAMATAN
 Anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) sekolah akan bertugas sebagai pembantu
semasa berlakunya kecemasan.

12. HADIAH
 Hanya 3 hadiah akan disediakan untuk setiap acara yang dipertandingkan iaitu tempat
Pertama, Kedua dan Ketiga kecuali Hadiah Pra Sekolah sehingga tempat keempat.
 Pasukan rumah yang mengutip kemenangan atau mata terbanyak dianggap sebagai Johan
Keseluruhan dan markah akan dicampur dengan mata Kejohanan Merentas Desa.

13. PEMBATALAN
 Pelajar yang melanggar peraturan pertandingan, penyertaannya akan dibatalkan.
 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam
acara-acara yang dipertandingkan.

14. BANTAHAN
 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Juri Rayuan secara bertulis
dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.
 Keputusan Lembaga Juri Rayuan adalah muktamad.

14. SUMBER KEWANGAN


 Sekolah

You might also like