You are on page 1of 28

Tajuk 10

DARAH

Sinopsis
Tajuk 10 dalam modul ini merangkumi pengenalan dan fungsi darah, komposisi darah,
plasma, bentuk elemen dan hemostasis.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan komposisi dan fungsi darah
2. Menghuraikan setiap komposisi darah dengan jelas
3. Memerihalkan proses Hemostasis.

Kerangka konsep tajuk 10 modul ini

D
F
A
u
R
n
A
g
H
s
D
a

i
r

a
h
10.0
o

Darah
Darah ialah jenis tisu penghubung dalam badan manusia yang berbentuk cecair.
Darah mewakili 8% berat badan. Terdapat kira-kira 5 hingga 6 liter darah bagi
manusia yang sihat. Darah manusia berwarna merah. Apabila darah bergabung
dengan oksigen, warnanya adalah merah terang, manakala merah tua apabila

bergabung dengan karbon dioksida.


Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung dan pam otot. Darah
melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan ke seluruh badan oleh salur
arteri. Ia mengedarkan oksigen ke seluruh badan melalui kapilari dan kembali ke
jantung melalui vena.

10.1

Fungsi Darah
Fungsi darah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
89

Fungsi pengangkutan merangkumi oksigen, karbon dioksida, bahan makan tercerna,

vitamin dan garam mineral, bahan kumuh bernitrogen, hormon dan juga haba.
Darah juga berfungsi untuk pertahanan iaitu membantu memusnahkan sel bakteria
dan sel mati serta menghasilkan antigen. Di samping itu, pembekuan darah juga

membantu mencegah kehilangan darah apabila luka.


Fungsi regulasi ialah menyerap haba dari otot yang aktif dan mengimbangkan air
dan garam dalam badan serta mengekalkan ph dalam badan.

Rajah 10.1 : Fungsi Darah


10.2

Komposisi Darah

Rajah 10.2 : Komposisi Darah


90

10.3
o

Plasma
Plasma mewakili 55% komposisi darah ialah larutan yang berwarna jernih
kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada
plasma terdiri daripada air. Selain itu, plasma juga terdiri daripada bahan larut seperti
nutrien (glukosa, asid

amino, dan asid lemak), oksigen, karbon dioksida, hasil

perkumuhan (urea dan asid urik), vitamin, garam mineral, protein ( albumin, globulin,
fibrinogen, antibodi)
10.4
o

Bentuk Elemen
Bentuk elemen yang mewakili 45% daripada komposisi darah terdiri dari sel darah
merah (Eritrosit) , sel darah putih (Leukosit) dan sel pembeku (platelet)
Rajah 10.3

Rajah 10.3 : Sel Darah Merah dan Sel Darah Putih

10.4.1 Eritrosit
o

Eritrosit ialah sel darah yang berbentuk cakera dwicekung. Bentuk ini dapat
menambahkan jumlah luas permukaan per isipadu

untuk memudahkan

pertukaran gas berlaku melalui permukaannya.


o

Bilangan eritrosit lebih kurang 5 juta per mm3 darah dan ia mempunyai
membran plasma yang kenyal.

Lelaki biasanya mempunyai bilangan eritrosit yang lebih banyak daripada


perempuan.

91

Diamater eritrosit ialah lebih kurang 0.008 mm, ketebalannya ialah 0.002 mm
di pinggir dan 0.001 mm di bahagian tengah sel.

Eritrosit matang tidak bernukleus iaitu tidak boleh menjalankan mitosis tetapi
ada ruang untuk memuatkan lebih hemoglobin.

Hemoglobin ialah satu pigmen dalam eritrosit untuk meningkatkan kecekapan


pengangkutan oksigen dan karbon dioksida.

Eritrosit dihasilkan dalam sumsum tulang pendek seperti sternum dan tulang
rusuk.

Eritrosit boleh hidup selama 120 hari atau 4 bulan. Selepas mati, ia ditapis
oleh limpa atau hati melalui proses fagositosis.

Kemudian sumsum tulang dan limpa akan menggantikan eritrosit yang mati
dengan kadar dua juta sel setiap masa.

Fungsi Eritrosit
Fungsi utama eritrosit ialah mengangkut oksigen dari permukaan respirasi ke
sel badan.
Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin, iaitu pigmen merah yang
menyebabkan darah berwarna merah. Hemoglobin terdiri daripada 4 rantai
polipektida, setiap mengelilingi 1 kumpulan hemoglobin. Kumpulan ini
mengandungi atom ferum yang berfungsi sebagai tapak bagi bergabung
dengan oksigen.
Setiap

molekul

hemoglobin

boleh

mengangkut

molekul

oksigen.

Hemoglobin berpadu dengan oksigen membentuk oksihemoglobin dalam


tekanan separa oksigen yang tinggi.
Selepas itu, oksihemoglobin akan melepaskan oksigen kepada tisu atau sel
apabila tekanan separa oksigen adalah rendah. Selepas melepaskan
oksigen, sebahagian hemoglobin akan mengangkut karbon dioksida dari tisu
ke peparu.
Seseorang yang kekurangan hemoglobin dalam darah akan menghadapi
penyakit yang dikenali sebagai anemia. Letih dan kelihatan pucat kerana
kurang oksigen dibekalkan kepada tisu badan.
10.4.2 Leukosit
o

Leukosit tidak berwarna dan bentuknya tidak tetap.

Semua leukosit bernukleus dan mempunyai saiz yang lebih besar daripada
daripada eritrosit. Bagi 700 eritrosit, hanya terdapat satu leukosit.
92

Leukosit dibina dalam sumsum tulang dan tempoh hayatnya adalah urang
daripada lima hari.

Leukosit boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu


Granulosit
Granulosit berasal dari sumsum tulang dan mempunyai granul di dalam
sitoplasmanya, nukleusnya bercuping. Kira-kira 70% leokosit ialah
granulosit.
Granulosit boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu neutrofil,
eosinofil, dan basofil. Neutrofil boleh dikenalpasti dengan mudah kerana
mempunyai 2 hingga 5 cuping. Fungsinya ialah makan sel bakteria dan
sel tisu mati akibat luka secara fagositosis. Eosinofil jarang dijumpai di
dalam darah dan nukleusnya mempunyai 2 cuping. Fungsinya ialah
bergerak balas terhadap alergi. Basofil mengandungi heparin dan amat
jarang dijumpai dalam darah.
Agranulosit
Agranulosit pula tidak mempunyai granul di dalam sitoplasmanya.
Nukleusnya berbentuk biji kacang atau sfera.
Agranulosit juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu limfosit
dan monosit. Limfosit dihasilkan oleh nodus limfa dan fungsinya ialah
hasilkan antibodi untuk musnahkan antigen. Monosit berasal dari sumsum
tulang dan fungsinya ialah makan sel bakteria dan sel mati secara
fagositosis.

Fungsi leukosit
Leukosit penting untuk mengawal keimunan badan. Kekurangan sel leukosit
akan mengakibatkan seseorang tidak ada ketahanan terhadap penyakit.

10.4.3 Platlet
Platlet terhasil daripada serpihan sitoplasma sel yang berasal daripada
sumsum tulang dan tidak mempunyai nukleus.
Setiap milimeter padu darah mengandungi kira-kira 300 000 platlet. Tempoh
hayat platlet adalah kurang daripada satu minggu dan dimusnahkan di spleen
dan hepar.
Fungsi Platlet
Menghasilkan sel pembeku bila berlaku pendarahan akibat pecah salur
darah.
93

Rajah 10.4 : Kandungan Darah

10.5

Hemostasis

Hemostasis merujuk kepada proses pembekuan darah apabila dinding salur darah

pecah.
Apabila salur darah terluka, plasma darah, sel-sel darah, dan platlet keluar ke tisu

sekeliling.
Platlet akan memecah dan membebaskan bahan yang mengandungi faktor
pembekuan yang memulakan rangkaian:
a. Enzim trombokinase dibebaskan akan bertindak sebagai pemangkin ke atas
satu protein globul protrombin untuk bertukar menjadi trombin .
b. Trombin seterusnya akan bertindak ke atas fibrinogen (sejenis protein yang
terkandung dalam plasma) untuk membentuk fibrin. Fibrin merupakan
gentian bebenang yang menjadi asas kepada pembekuan darah.
c. Platlet dan sel darah yang cuba keluar melalui bukaan luka ini terjerat di
dalam jaringan fibrin untuk membentuk bekuan darah.
d. Akhirnya, bekuan darah kering akan menjadi keruping. Luka ini akan sembuh
di bawah keruping.

94

Tajuk 11

JANTUNG

Sinopsis
Tajuk 11 dalam modul ini terdiri daripada anatomi jantung, fungsi jantung, sistem kitaran dan
pengurusan jantung.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca Tajuk 10 modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan anatomi jantung
2. Menyatakan fungsi setiap setiap bahagian jantung
3. Membezakan dua jenis kitaran.
4. Melihat kesan senaman ke atas system kardiovascular

Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini

J
S
A
ss
N
T
U e
N
m
G
K
i
a

11.1

a
a
n

i
t

t
r

Sistem Kitaran

Sistem peredaran darah adalah satu sistem kitaran yang terpenting di dalam tubuh
badan. Sistem ini mengedarkan darah dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung
semula. Sistem ini dikenali sebagai sistem kitaran tertutup kerana darah mengalir di dalam
saluran darah tertentu yang tertutup. Fungsi sistem kitaran darah adalah untuk menyalurkan

95

darah ke seluruh tisu badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen. Ia juga berfungsi untuk
mengangkut bahan kumuh dari tisu badan.
11.1.1 Kitaran Pulmonari
Kitaran pulmonari membawa darah yang kurang beroksigen dari jantung
melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
Darah terdeoksigen dari keseluruhan badan diangkut ke dalam atrium kanan
jantung melalui vena kava akan masuk ke dalam ventrikel kanan dan dipam ke
paru-paru melalui arteri pulmonary. Di paru-paru, pertukaran gas oksigen antara
kapilari darah dengan alveolus, darah beroksigen diangkut balik ke atrium kiri
jantung oleh vena pulmonari. Peredaran ini akan berlaku tanpa henti dan berulangulang.
11.1.2 Kitaran Sistemik
Kitaran sistemik membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke
semua bahagian badan dan balik ke jantung. Darah beroksigen memasuki atrium
kiri dan dipam ke ventrikel kiri dan dipam keluar dari jantung ke aorta. Aorta
merupakan arteri terbesar dalam badan dan darah dipam keluar di bawah tekanan
tinggi. Aorta menghantar darah beroksigen ke semua bahagian badan. Pertukaran
gas dan bahan berlaku di tisu badan. Darah yang terdeoksigen kemudian diangkut
kembali ke atrium kanan jantung melalui vena kava.

Rajah 11.1 : Sistem


96 Kitaran Darah

11.1.3 Arteri, Vena dan Kapilari


Saluran darah terdiri daripada 3 jenis saluran darah yang berlainan iaitu
arteri, kapilari dan vena. Ketiga-tiga salur darah ini mempunyai fungsi serta ciri yang
berbeza.

11.1.3.1 Arteri
o

Arteri ialah saluran yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-

bahagian badan lain seperti tangan, otak, kaki dan sebagainya.


Arteri mempunyai dinding tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan

tekanan darah yang tinggi disebabkan denyutan jantung.


Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol untuk membentuk kapilari

darah.
Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

Rajah 11.2 : Arteri, Vena dan Kapilari

11.1.3.2 Vena
o

Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-

bahagian lain badan seperti tangan dan kaki.


Vena mempunyai dinding yang nipis dan lumen yang besar kerana darah
yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Saluran
yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

97

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir


hanya ke satu arah sahaja, iaitu ke arah

o
o

jantung. Injap-injap ini akan

tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.


Vena yang terkecil dinamakan venul.
Semua vena membawa darah terdeoksigen kecuali vena pulmonary.

Rajah 11.3 : Aliran Darah di Vena


11.1.3.3 Kapilari
o

Kapilari ialah salur darah yang terkecil dan menghubungkan arteriol kepada
venul. Dindingnya nipis untuk memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dengan tisu-tisu berlaku dengan cepat. Kapilari adalah sel yang
mempunyai nukleas dan sel endothelial.

Rajah 11.4 : Kapilari


11.1.4 Perbazaan Antara Saluran Darah
98

Saluran darah terdiri daripada 3 jenis saluran darah yang berlainan iaitu
arteri, kapilari dan vena. Ketiga-tiga salur darah ini mempunyai fungsi serta ciri yang
berbeza. Rajah 11.5 menunjukkan struktur dinding saluran darah vena, arteri dan
kapilari.

Rajah 11.5 : Struktur Dindingan Arteri, Vena dan Kapilari

Rajah 11.6 : Perbezaan Antara Saluran Darah

11.2

Anatomi dan Pengurusan Jantung


99

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung


memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Kedudukan jantung manusia adalah di
dalam sangkar toraks dan diselubungi peparu kiri dan kanan. Saiz jantung manusia sebesar
penumbuk dan terbahagi kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum. Selain itu, jantung
kiri dan kanan juga dibahagikan kepada dua ruang iaitu ruang atas yang dinamakan atrium
dan ruang bawah dinamakan ventrikel. Jantung mempunyai sistem konduksi yang khusus
dan boleh berdenyut tanpa bantuan faktor luar.

Rajah 11.7 : Anatomi Jantung


11.2.1 Injap

o Fungsi injap adalah untuk menyekat aliran balik darah yang dipam. Dalam
jantung manusia terdapat 3 injap, iaitu
-

Injap bikuspid yang terletak antara atrium kiri dan ventrikel kiri. Terdapat 2
otot penyambung untuk mengawal injap.

Injap trikuspid yang terletak antara atrium kanan dan ventrikel kanan.
Terdapat 3 otot penyambung untuk mengawal injap.

Injap sabit pula di pangkal arteri pulmonari.

11.2.2 Empat ruang jantung terdiri daripada


100

o
o

Atrium kanan menerima darah kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh.


Atrium kiri menerima darah kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru

Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

Rajah 11.8 : Keratan Rentas Jantung Manusia


11.2.3 Tiga lapisan tisu dari luar ke dalam jantung ialah:
o

Lapisan luar

- Pericardium (fibrous tissue)

Lapisan tengah - Myocardium (muscular tissue)

Lapisan dalam

- Endocardium (epithelium squamous tissue)

11.2.4 Fungsi Jantung


o

Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan


menjanatekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;

Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa


tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan

101

Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan
membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa
bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah
dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

11.3

Degupan Jantung
11.3.1 Kitaran Kardiak
o

Otot kardiak berupaya berdenyut sendiri tanpa rangsangan dari luar kerana
mempunyai sistem intrinsik yang berkebolehan menguncup secara berirama
tanpa bergantung kepada saraf dari otak.

Sel otot kardiak khas yang dipanggil sel autoritma (autorhythmic) adalah
berupaya (self excitable) memulakan impuls yang menyebabkan kuncupan
miokardium.

Komponen sistem peredaran:


o

Sinoatrial node (SA node)


-

Terdiri dari sekumpulan sel kecil yang terletak di dinding atas atrium
kanan berdekatan dengan pembukaan superior vena kava.

Dikenali sebagai pacemaker kerana memulakan rangsangan impuls


untuk merangsangkan konduksi (conduction) myokardium di atrium
tanpa pengaruh dari sistem saraf.

Selalunya konduksi impuls di sini adalah lebih cepat dari kumpulan sel
neuromuskular yang lain.

Ia mengeluarkan impuls sebanyak 60 100 kali seminit.

Rangsangan SA node dihantar ke dua-dua kanan dan kiri atrium.

Pengaliran di atrium dikenali sebagai dipolarisasi (depolarisation)


atrial.

Atrioventrikular node (AV node)


-

Terdiri daripada tisu neuromuskular yang terletak di dinding septum


atrium berdekatan dengan injap atrioventrikular (injap trikuspid dan
bikuspid).

Injap atrioventrikular menerima impuls dari SA node di sepanjang


myokardium atrium.

Rangsangan ini kemudian akan mengalir ke Bundle of His yang


terdapat di antara ventrikel.

102

Apabila SA Node mengalami kerosakan AV node mengambil alih


tugas pacemaker tetapi impuls yang dirangsangkan adalah lebih
perlahan jika dibanding dengan SA node iaitu lebih kurang 40 60 kali
seminit.

Atrioventrikular bundle / Bundle of His / AV Bundle


-

Menerima impuls dari AV node.

Melalui septum dan bercabang kepada 2, iaitu bundle of His kanan


(ventriker kanan) dan Bundle of His kiri (ventriker kiri).

Di dalam myokardium ventrikel, cabang fiber ini akan membahagi lagi


dan menjadi rangkaian fiber yang halus dipanggil Purkinje fibres.

Purkinje fibre
-

Bundle of His dan Purkinje fibre bergabung dan menghantar


rangsangan ke otot ventrikel dan penguncupan di ventrikel bermula,
iaitu dipolarisasi ventrikel.

Jika aktiviti kedua-dua node iaitu SA & AV node tidak berfungsi, maka
Bundle of His akan mengambil alih tugas sebagai pacemaker tetapi
hanya mengeluarkan impuls lebih kurang 20 - 35 kali seminit.

Oleh itu peredaran darah ke jantung tidak mencukupi dan dalam


keadaan ini pacemaker buatan diletakkan untuk mengembalikan
degupan jantung kepada normal.

Rajah 11.9 : Kitaran Kardiak

103

11.3.2 Tiga Fasa Degupan Jantung

Rajah 11.10 : Tiga Fasa Degupan Jantung


o

Kitaran kardiak bermakna satu degupan jantung yang lengkap terdiri daripada
penguncupn dan relaksasi kedua-dua atrium dan ventrikel.

Peringkat penguncupan dipanggil sistol dan relaksasi dipanggil distol.

Kadar kitaran kardiak yang normal ialah antara 60 - 80 per seminit.

Kitaran kardiak berlangsung selama 0.8 saat.

Terdapat 3 fasa dalam kitaran kardiak iaitu:


I.

Sistolik atrial berlaku apabila kedua-dua atrium menguncup.


Apabila kedua-dua atrium dipenuhi darah, iaitu atrium kanan mendapat
darah dari superior dan inferior vena kava manakala atrium kiri
mendapat darah oksigen dari keempat-empat vena pulmonari.
SA node terangsang dan menghantar impuls mengalir seperti ombak ke
kedua-dua atrium melalui otot myokardium atrium dan menyebabkan
atrium menguncup. Maka darah ditolak melalui injap trikuspid dan injap
mitral ke dalam ventrikel. Sistolik atrial mengambil masa 0.1 saat.

104

II.

Sistolik ventrikular berlaku apabila kedua-dua ventrikel menguncup.


Apabila rangsangan sampai ke AV node, rangsangan tersebut akan
merebak dengan cepat ke bundle of His dan seterusnya ke purkinje
fiber. Ini akan menyebabkan seluruh otot myokardium di ventrikel
menguncup dari apex jantung menghala ke atas jantung dan
mengepam darah ke arteri pulmonari dari ventrikel kanan dan ke aorta
dari ventrikel kiri.
Pada masa yang sama injap pulmonari dan injap aortik akan membuka
dan darah dapat mengalir ke salur darah pulmonari dan aorta. Sistolik
ventrikular mengambil masa 0.3 saat.

III.

Distolik kardium yang lengkap bermakna jantung berehat dengan atrium


dan ventrikel relaks yang mengambil selama 0.4 saat.
Selepas relaks, tekanan ventrikel menurun, atrium akan diisi semula
dengan darah dari superior dan inferior vena kava, injap trikuspid dan
bikuspid akan membuka semula dan kitaran kardiak bermula lagi.

Bunyi jantung
-

Terdapat 2 bunyi jantung iaitu: Lubb & Dupp

LUBB, bunyi jantung yang pertama yang agak kuat sedikit dan
disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (trikuspid dan mitral)
berikutan kuncupan otot-otot ventriker (sistolik ventrikular).

DUPP, bunyi jantung kedua yang lebih lembut dan disebabkan oleh
penutupan injap pulmonari & aorta setelah darah ditolak ke keluar dari
ventriker dan bermulanya distolik ventrikular diastole.

11.3.3 Elektrokardiagram (ECG)


o

Elektrokardiogram (ECG) adalah grafik yang dibuat oleh elektrokardiograf,


yang merupakan mesin yang mampu merakamkan aktiviti denyutan jantung
dalam satu jangka masa tertentu, iaitu aktiviti elektrik jantung oleh cecair dan
tisu dalam badan yang merupakan konduktor elektrik.

105

Graf ECG yang normal akan menunjukkan 5 gelombang P, Q, R, S, dan T


yang dikenali sebagai ritma sinus. Gelombang P = penguncupan atrial,
gelombang kompleks QRS = penguncupan ventrikel manakala gelombang T
= relaksasi ventrikel.

Kadar ritma sinus adalah 60-100 bit/min. Kadar yang laju melebihi 100 bit/min
dikenali sebagai tachikardia manakala kurang daripada 60 bit/min dikenali
sebagai bradikardia.

106

Tajuk 12

PEREDARAN DARAH

Sinopsis
Tajuk 12 dalam modul ini terdiri daripada jenis anatomi saluran darah, fisiologi peredaran
darah, regulasi kardiovaskular, pola tindakbalas kardiovaskular dan kesan umur.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menyatakan fungsi sistem peredaran darah
2. Menjelaskan regulasi kardiovaskular
3. Menghuraikan pola tindakbalas kardiovaskular

e
e
de
a

a
n

F
r
r
D r

a
a
h
12.1

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini


i
s
l
o
g
i
e
d
a
n
a
a
h

r
r

r
Fisiologi Peredaran Darah
Sistem peredaran darah dalah satu sistem peredaran yang berterusan untuk
memelihara sel dalam badan dan dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu:
o

Peredahan Koronari / Coronary


107

Sistem bekalan darah ke otot jantung, myokardium. Saluran darah yang


membekalkan darah ke jantung ialah arteri koronari, iaitu cabang pertama dari
Aorta. Arteri koronari terbahagi kepada arteri koronari kanan dan kiri.
o

Peredaran Pulmonari
Peredaran darah nyahoksigen dari ventrikel kanan melalui arteri pulmonari ke
paru-paru dan kembalikan semula darah ke atrium kiri.
Dalam peparu, karbon dioksikda disingkir ke dalam alveoli dan oksigen diserap
masuk melalui kapilari melalui proses penyerapan / diffusion.

Peredaran Sistemik
Darah yang kaya dengan oksigen akan dipam ke seluruh badan dari ventrikel kiri
melalui aorta dan cabangnya. Manakala darah nyahoksigen pula akan kembali
balik ke atrium kanan melalui superior vena kava dan inferior vena kava.

Peredaran Portal
Peredaran portal ialah peredaran yang berkaitan dengan darah yang dibekalkan
kepada dan yang dikeluarkan daripada organ-organ penghadaman dan
pembawaannya ke hepar.
Darah yang kaya dengan nutrien dari gaster, usus dan organ lain dalam kaviti
abdominal melalui sistem kapilari sinusoid hepatik dan kemudian ke vena hepatik
sebelum diagih ke seluruh badan.
Vena hepatik dan vena berpasangan dari ovari, testis dan buah pinggang
bersambung ke inferior vena kava.

108

Rajah 12.1: Sistem Peredaran Darah

12.2
o

Regulasi Kardiovaskular
Bekalan saraf ke jantung adalah saraf parasimpatetik dan simpatetik dari pusat
kardiovaskular di Medulla Oblangata).

Saraf vagus parasimpatetik membekalkan impuls ke SA dan AV node dan


menyebabkan kadar denyutan jantung.

Saraf simpatetik pula membekalkan impuls ke SA dan AV node dan otot myokardium
di atrium dan ventriker menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat.

Output kardiak (CO) adalah jumlah darah dalam liter yang dipam keluar dari ventriker
dalam masa 1 minit dan dikira dengan formula: CO = Isipadu strok x kadar denyutan
jantung = SV x HR
109

Kawalan output kardiak Isipadu Strok (SV) adalah jumlah darah yang dipam keluar

o
o

dari ventrikel dalam setiap denyutan jantung.


Denyutan jantung normal semasa rehat (dewasa) adalah 60-80 denyutan/min.
Untuk seorang dewasa yang sihat dalam keadaan rehat isipadu strok adalah lebih
kurang 70ml dan kadar denyutan jantung adalah 72 kali/min. Jadi output kardiak, CO

= SV x HR = 70 x 72 = 5040 ml/min = 5.04 L/min.


Output kardiak dalam keadaan rehat = 5L/min. Semasa senaman CO bertambah.
Untuk seorang atlet, CO lebih tinggi. Jadi perubahan pada CO dipengaruhi oleh
isipadu strok dan kadar denyutan jantung.

Faktor yang mempengaruhi isipadu strok (SV)


i. Isipadu distolik penghujung ventrikular (VEDV) adalah jumlah darah yang berada
di dalam ventrikel sebelum penguncupan dan dikenali sebagai preload juga.
VEDV bergantung kepada jumlah darah yang kembali ke jantung dari superior dan
inferior vena kava. Penambahan VEDV akan menyebabkan myokardium
menguncup dengan lebih kuat dan menyebabkan isipadu strok bertambah.
ii. Pulangan venous (venous return) adalah jumlah darah yang pulang ke jantung
melalui superior vena kava dan inferior vena kava memainkan peranan penting
dalam

output

kardiak.

Jika

kekuatan

penguncupan

ventrikel

kiri

untuk

mengeluarkan darah ke dalam aorta tidak mencukupi maka darah pulangan ke


jantung juga berkurangan.
Apa yang mempengaruhi pulangan venous? Posisi badan contohnya darah lebih
mudah mengalir balik ke jantung apabila seseorang itu berbaring. Lebih kuat
penguncupan lebih banyak darah dapat dipam ke jantung. Begitu juga dengan
pam otot skeletal dan pam respiratori.
iii. Kekuatan penguncupan myokardial bertambah, bertambahnya isipadu strok.
iv. Isipadu darah yang rendah, secara tidak langsung akan menyebabkan
kekurangan dalam output kardiak.
o

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung


a. Bekalan sistem saraf autonomi merupakan faktor utama dalam merangsangkan
kadar denyutan jantung. Saraf simpatetik meningkatkan kadar denyutan jantung
manakala saraf simpatetik menurukan kadar denyutan jantung.
b.

Bahan kimia dalam sistem peredaran seperti catecholamines, adrenaline dan


noradrenalin merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar medulari dan
adrenal mempunyai kesan rangsangan seperti saraf simpatetik. Hormon tirosin
meningkatkan kadar denyutan jantung akibat kesan metabolik.
110

Kesan sesetengah ubatan boleh melambatkan atau mencepatkan kadar


denyutan jantung. Contohnya dopamine mempercepatkan denyutan jantung
manakala digoxin melambatkan denyutan jantung.
c. Senaman menyebabkan otot menjadi aktif dan memerlukan bekalan darah yang
lebih. Jantung mengepam dengan lebih laju untuk memenuhi keperluan ini.
d. Status emosi seperti excitement/keghairahan, ketakutan dan kerisauan.
e. Jantina, wanita mempunyai kadar denyutan yang lebih cepat dari lelaki.
f.

Umur, bayi mempunyai kadar denyutan yang lebih daripada kanak-kanak dan
orang dewasa.

g. Suhu, kadar denyutan berubah mengikut perubahan suhu badan.


h. Refleks baroreseptor otot licin di arteri akan bertindak balas kepada rangsangan
dan impuls kimia. Impuls saraf ini berasal dari pusat saraf vasomotor di medulla
oblongata. Peningkatan tekanan darah di arteri akan merangsang baroreseptor
untuk mengembangkan salur darah (vasodilator) serta memperlahankan
degupan jantung.
o

Tekanan darah merupakan kuasa untuk menolak darah melalui semua salurannya.
Apabila darah mengalir dan menegangkan salurannya dan ketegangan ini boleh
disukat dengan jangka tekanan darah (sphygmomanometer) dalam bacaan mmHg

(milimeter of mercury).
Dua bacaan iaitu diastolik dan sistolik digunakan. Sistolik ialah bacaan tertinggi
semasa penguncupan ventrikel (dewasa lebih kurang 120mmHg). Diastolik ialah

bacaan terendah semasa relaksasi ventrikel (dewasa lebih kurang 80mmHg).


Kesan tekanan hidrostatik (pertambahan tekanan) penting kerana perubahan posisi
badan boleh mengubah tekanan darah pada pelbagai bahagian badan. Contohnya,
tekanan darah akan berubah apabila seseorang itu berdiri dari posisi duduk. Bagi
orang yang mempunyai tekanan yang rendah akan berasa pening sekiranya berubah
posisi badan secara terkejut.

Perbezaan antara tekanan sistolik dan diatolik dikenali sebagai tekanan nadi. Masa
yang paling baik untuk mengukur tekanan darah ialah semasa rehat dan boleh diukur
dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan darah yang tinggi secara berterusan dikatakan mengalami masalaha darah
tinggi (Hypertension) dan boleh mendatangkan komplikasi seperti:
-

serangan jantung

strok

kegagalan jantung

kerosakan buah ginjal

111

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan darah


- Output kardiak tinggi, tekanan darah naik.
- Isipadu darah tinggi, tekanan darah tinggi
- Jumlah rintangan periferal (TPR), lebih

tinggi

vasokontriksi

akan

menyebabkan tekanan darah naik sedangkan lebih tinggi vasodilatasi, lebih


-

rendah tekanan darah.


Lebih tinggi kepekatan darah, lebih tinggi tekanan darah.

Rajah 12.2 : Kesan Baroreseptor Di Karotid


o

Cara Mengawal Tekanan Darah


a. Pengawalan jangka pendek
i.

Baroreceptor refleks
Pusat kardiovaskular center teletak di medulla akan merangsangkan saraf
autonomik (saraf simpatetik dan parasimpatetik) bertindak ke jantung dan salur
darah

untuk

mengawal

tekanan

darah

dengan

mengecutkan

atau

mengembangkan salur darah.


Apabila tekanan darah tinggi, baroreseptor yang terdapat dalam aortik arch dan
karotik sinus carotid akan terangsang dan menghantar impuls ke pusat
cardiovascular (CVC) di medulla.
CVC kemudian akan merangsangkan saraf autonomi iaitu saraf parasimpatetik.
Penambahan aktiviti saraf parasimpatetik akan menurunkan denyutan jantung
dan mengurangkan kontraksi jantung.
Pada masa yang sama stimulasi simpatetik ke salur darah terhalang
menyebabkan salur darah mengembang, maka tekanan darah diturunkan.
ii. Kemoreseptor

112

Reseptor ini adalah sensitif dalam perubahan kandungan karbon dioksida,


oksigen dan keasidan dalam darah (PH). Apabila kandungan asid dan karbon
dioksida dalam darah bertambah, kemoreseptor akan merangsangkan pusat
kardiovaskular untuk mengecutkan salur darah dan denyutan jantung maka
tekanan darah akan naik dan sebaliknya.

Rajah 12.3 : Kesan Kemoreseptor


iii. Pusat Tertinggi di Otak
Perasaan seperti takut, sakit, kemarahan dan anxiety dapat mempengaruhi CVC
di otak yang mungkin memberi rangsangan terhadap perubahan tekanan darah.

Rajah 12.4 : Kesan Pusat Kardiovaskular


113

b. Pengawalan jangka panjang


Pengawalan jangka panjang melibatkan buah pinggang dan hormon seperti
renin, angiotensin dan aldosteron. Apabila pengaliran darah kurang ke renal /
kandungan sodium dalam darah turun, enzim renin akan mengubah plasma
protein iaitu angiotensinogen (dihasil oleh hepar) ke angiotensin 1. Angiotensin
converting enzyme (ACE) pula mengubah angiotensin 1 ke angiotensin 2.
Angiotensin

merangsang

penghasilan

aldosterone.

Ini

menyebabkan

vasoconstriksi dan tekanan darah naik.


o

Nadi / Pulse
Nadi adalah gelombang yang dirasai pada dinding arteri apabila ventrikel
menguncup. Penguncupan ini akan menolak 60 80 ml darah ke dalam aorta. Nadi
dapat dikesan di mana arteri ditekan ke atas tulang.
Kadar denyutan nadi setiap minit adalah berbeza antara individu. Pada individu yang
sama, kadar denyutan nadi berbeza pada masa yang berlainan.
Bilangan nadi adalah sama dengan denyutan jantung yang selalunya kita ambil. Nadi
di pergelangan tangan yang digelar nadi radial. Lokasi nadi yang lain termasuk arteri
temporal, arteri facial, arteri karotid umum, arteri brachial, arteri femoral, arteri
popliteal, arteri posterior tibial dan arteri dorsalis pedis.

Faktor yang mempengaruhi bacaan nadi


1. Sistem

saraf

autonomik yang ditentukan oleh aktiviti simpatetik dan

parasimpatetik.
2. Bahan kimia dalam aliran seperti hormon adrenalin, noradrenalin dan tirosin yang
meningkatkan kadar nadi; bahan elektrolit dan juga gas yang terdapat dalam
darah boleh tambahkan / kurangkan kadar nadi.
3. Posisi seseorang mempengaruhi nadi. Nadi lebih tinggi pada posisi berdiri
daripada baring.
4. Semasa senaman, otot memerlukan lebih aliran darah daripada dalam rehat.
5. Status emosi keadaan takut, marah dan anxiety, kadar nadi bertambah.
6. Jantina perempuan mempunyai kadar nadi lebih laju berbanding lelaki.
7. Kadar nadi bayi dan kanak-kanak lebih tinggi dibanding dengan dewasa.
8. Kadar nadi turun naik mengikut suhu badan.
o

Ciri-ciri Nadi
1. Kadar denyutan jantung normal adalah 60-80/min.
114

2. Ritma kadar nadi mengikut rentak yang sama, di mana jarak antara denyutan
adalah sama.
3. Isipadu bergantung kepada kekuatan nadi sama ada tinggi atau rendah.
12.3

Pola Tindakbalas Kardiovaskular


12.3.1 Senaman dan Sistem Kardiovaskular
o

Secara am, pengaliran darah melalui otot bertambah secara berkadar


mengikut keperluan metabolik.

Semasa bersenam, keperluan metabolik pada tisu-tisu aktif akan bertambah.

Untuk itu, lebih banyak darah yang perlu dibawa ke tisu yang aktif semasa
bersenam.

Kadar pengaliran oksigen per sel juga bertambah banyak. Ini akan
menghasilkan pengurangan tekanan oksigen di dalam sel.

Jurang kecerunan tekanan yang tinggi wujud untuk mengerakkan oksigen


dari kapilari melalui cecair tisu ke fiber otot.

Oksigen yang mengalir membantu mengekalkan pertambahan keperluan


metabolik.

Kehadiran pertambahan karbon dioksida pada sel membantu kepada


pertukaran gas.

o
o

Kesan sukan juga menyebabkan pertambahan isipadu darah dan dapat

dibekalkan melalui kapilari-kapilari darah ke tisu-tisu badan.


Oleh itu, latihan meningkatkan hormon anti-deuretik (ADH) dan Oldostrone yang
dirembaskan.

12.3.2 Tindakbalas kardiovaskular ke atas pendarahan


o

Koagulasi (Coagulation) juga dipanggil pembekuan darah dalam proses


hemostasis. Plasma protein fibrinogen dan prothrombin unsur utama untuk
pembekuan darah. Tanpa vitamin K, pendarahan (hemorrhagic bleeding)

akan berlaku.
Sebaliknya, pembekuan darah yang berlebihan mengganggu peredaran
darah juga. Pembekuan darah setempat dipanggil thrombus manakala yang

dibawa dalam saluran darah dipanggil embolus.


Thromboembolisme pulmonari
(kesumbatan
pembekuaan

darah)

mengganggu

proses

arteri

pulmonari

pengoksidaan

akibat
darah;

Thromboembolisme cerebral menyebabkan cerebrovascular accident atau


strok; Thrombosis kononari pula menyebabkan sakit jantung.

115

12.4

Sistem kardiovaskular dan umur


o

Saiz jantung biasanya meningkat mengikut umur akibat pengumpulan lemak

di epikardium dan myokardium.


Kuasa penguncupan dan relaksasi myokardium merosot, kadar nadi rehat
dan keupayaan kadar nadi maksimum turut menurun apabila umur
meningkat. Kapasiti kekuatan penguncupan jantung merosot 1% setiap tahun

selepas umur 30.


Ketebalan dinding arteri meningkat dan menyebabkannya kurang elastik.
Hipertensi (tekanan darah tinggi) akibat sakit pinggang dan atherosclerosis
meningkatkan peluang thrombosis kononari dan sakit jantung dalam

kalangan warga tua.


Kehadiran vena varikos meningkat dengan umur, terutamanya pekerja yang
berdiri lama. Vena varikos akibat thromboembolisme statik di cabang arteri
pulmonari boleh membawa maut.

_______________________________________________________________
TUGASAN TERARAH
Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology
(Marieb, E.N., 2006).

116

You might also like