You are on page 1of 5

LATIHAN TOPIK 1 STATISTIK ASAS ( GSA 1072 )

1) Jelaskan secara ringkas maksud statistik.

Merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek.
Selain itu, statistik adalah satu seni dan sains untuk mengumpul, memproses,
menganalisis, menginterpretasi, mempersembahkan data dan tujuan membantu
dalam pembuatan keputusan yang lebih berkesan.

2) Apakah perbezaan antara statistik deskriptif dengan statistik inferensi ?

Statistik deskriptif - digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti


demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan
mengenai data ‘numeric’. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian
kepada populasi. Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus ddan
sebagainya.

Statistik inferensi - digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia


juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi.
Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai
populasinya. Contoh ujian staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat
perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi untuk melihat perhubungan dan
sebagainya.

Perbezaan antara kedua-dua statistik tersebut mengikut Creswell (2008), pula


menyatakan statistik deskriptif digunakan untuk menjawab soalan berbentuk
deskriptif. Apabila soalan kajian mengkehendaki kita melihat perbezaan di antara
variabel dan hubungan diantara variabel maka statistik inferensi digunakan.

Jika responden kita adalah sampel yang mewakili populasi maka kita perlu membuat
statistik inferensi untuk membuktikan bahawa sampel adalah benar-benar mewakili
populasi. Jika kajian kita adalah untuk satu populasi, ia bermakna dapatan itu adalah
benar dan tidak perlu ada lagi generalisasi. 
3) Bagaimana sesuatu sampel berhubungkait dengan populasi ?

Sampel adalah berhubungkait dengan populasi kerana sesuatu sampel berasal


daripada populasi dalam skala atau dapatan kajian yang besar dan umum.

4) Terangkan perbezaan antara pembolehubah kuantitatif dengan pembolehubah


kualitatif.

Pembolehubah Kuantitatif : ialah satu pembolehubah nilai yang berangka.


Contohnya : Ketinggian, Berat badan, Bilangan anak dan sebagainya.
Terbahagi kepada 2 : Diskrit dan Selanjar.

Pembolehubah Kualitatif : ialah satu pembolehubah nilai yang tidak berangka.


Contohnya : Jantina, Bangsa , Warna kulit, dan sebagainya.
Terbahagi kepada 2 : Nominal dan Ordinal.

5) Nyatakan empat jenis skala serta berikan contoh bagi setiap satu.

i ) Skala Nominal

Skala nominal adalah skala ukuran yang menyatakan kategori atau kumpulan
subjek. Nombor ini tidak mempunyai makna, juga tidak menunjukkan pangkat atau
tahap seperti skala ordinal. Biasanya menggunakan Chi Square, kekerapan dan
tabulasi silang untuk analisis statistik.

Contoh:

Jantina dikelaskan seperti berikut:

Lelaki = 1

Perempuan = 2
ii ) Skala Ordinal

Skala ordinal adalah skala pengukuran yang menyatakan kategori atau kumpulan
semasa kategori kategori. Dalam erti kata lain, pada skala ini menunjukkan
tahap.Biasanya menggunakan kekerapan, median dan mod, korelasi urutan
peringkat Spearman dan analisis varians untuk analisis statistik.

Contoh:

Kepuasan pelanggan boleh dikelaskan seperti berikut:

Sangat berpuas hati = 5

Puas = 4

Cukup berpuas hati = 3

Tidak berpuas hati = 2

Sangat Tidak Puas = 1

iii ) Skala Sela

Skala sela adalah skala pengukuran yang mempunyai jarak (jarak) dari kedua-dua
titik yang diketahui. Tetapi ia tidak mempunyai nilai mutlak 0. Biasanya
menggunakan penyimpangan min dan standard, korelasi r, regresi, analisis varians
dan analisis faktor serta pelbagai multivariat untuk analisis statistik.

Contoh:

Suhu Bilik:

Celsius pada 0 darjah hingga 100 darjah

Skala ini jelas jarak, iaitu 100-0 = 100


iv ) Skala Nisbah

Skala nisbah adalah skala pengukuran yang mempunyai jarak (jarak) dari kedua-dua
titik yang diketahui, dan juga mempunyai nilai mutlak 0. Analisis statistik adalah
sama dengan skala sela.

Contoh:

Bilangan kek

Jika ada 10, maka ada 10 kek. Jika 0, ia bermakna tidak ada apa-apa (mutlak,
sebenar 0)

6 ) Isi jadual dengan mengenal pasti ciri-ciri setiap pembolehubah.

Pembolehubah Jenis Data Jenis Ukuran Skala


(Kuantitatif atau (Diskrit atau
Kualitatif) Selanjar)
Jantina Kualitatif Diskrit Nominal

Bilangan kesilapan Kuantitatif Diskrit Nisbah

Gred hotel Kualitatif Diskrit Ordinal


Tertib makanan Kuantitatif Diskrit Ordinal
kesukaan
Bilangan pelajar Kuantitatif Diskrit Nisbah
dalam kelas
Suhu dalam bilik Kuantitatif Selanjar Sela
darjah (celcius)
Masa menunggu Kuantitatif Selanjar Sela
Gred peperiksaan Kualitatif Diskrit Ordinal
Berat bahan dalam Kuantitatif Selanjar Nisbah
gram
Pendapatan Kuantitatif Selanjar Nisbah
keluarga
Agama Kualitatif Diskrit Nominal
7 ) Apakah kepentingan statistik dalam kehidupan ?

- 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

i ) Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan


dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai
fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya
berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

ii ) Membuat keputusan yang lebih berkesan. Contohnya dalam bidang perniagaan,


dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan. Dalam bidang
kejuruteraan dan proses pembuatan dalam
mengawasi mutu sesuatu produk.

PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

A ) Bidang pengeluaran
Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang
akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan
pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

B ) Bidang pemasaran
Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan,
keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga,
keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

C ) Bidang kewangan
Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan
kerugian dan percukaian.

D ) Bidang pengurusan sumber manusia


Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing-
ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang
dialami.

You might also like