You are on page 1of 50

Protokol @ Adab Meja

Makan
Mohamad Qusyairizul Syahmie Bin Nordin @ Nordey
Nur Syahirah Binti Zulkarnain
Etiket Di Meja Makan

 Makna ETIKET
-dari segi bahasa : pergaulan dan budi bahasa.
-hukum berkenaan dengan tertib antara orang dalam sesuatu pekerjaan.
 maksud - pergaulan yang beradab ketika makan
Ketertiban dan Kesopanan
Dalam majlis Jamuan

• Gaya kita makan menggambarkan peribadi


kita. Makan bersama orang lain merupakan
satu bentuk perkongsian yang amat besar
ertinya untuk mewujudkan suatu suasana
yang tenteram dan menyenangkan semasa
menikmati juadah.

3
Majlis makan rasmi
Sebelum makan
• Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah
kanan kerusi tempat duduk anda.
• Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di
meja khas
• Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan
‘setting’) ambil napkin dan letakkan di atas riba
secara perlahan (bukan dikibas).
• Jangan mengalih, membelek-belek
pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama
dsb) atau menukar susunannya
• Jangan lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air
muka tuan rumah/pihak hotel)

4
Majlis makan rasmi
Semasa makan

• Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda.


• Minuman dihidang dari sebelah kanan.
• Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan.
• Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke
dalam.

5
Makan sup
• Sup yang masih panas jangan pula ditiup.
Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan mengangkat
mangkuk dan menghirup terus dari
mangkuk.
• Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak
tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
• Menyenduk sup ke arah tengah meja dan di
makan dari sisi sudu.
• Untuk memakan isi sup pula (sayur atau
daging) boleh dimakan melalui hujung sudu

6
• Harus diingat! sup tidak boleh dihirup hingga
kedengaran bunyi.
• Bila ingin memakan sup dengan roti, roti
hendaklah dicubit dengan tangan bukan
dipotong dengan pisau. Pisau hanya
digunakan untuk menyapu mentega
sahaja.
• Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah
dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi
mangkuk atau dibiarkan menegak di dalam
mangkuk jika tidak berpiring.

7
Majlis makan rasmi
• Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan
utama) sebelum anda mula makan
• Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam
atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama
diletakkan hampir dengan anda
• Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu
persatu
• Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
• Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang,
memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat
sekali
• Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke
mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik
tulang, cepat pergi ke bilik air.

8
Majlis makan rasmi
• Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan
utama) sebelum anda mula makan
• Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam
atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama
diletakkan hampir dengan anda
• Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu
persatu
• Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
• Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang,
memadailah anda mengambil bahagian yang terdekat
sekali
• Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke
mulut walaupun anda tidak menggemarinya. Jika tercekik
tulang, cepat pergi ke bilik air.

9
Majlis makan rasmi

• Jika memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi,


tuang krim/susu dahulu, kemudian gula dan kacau
perlahan-lahan.
• Sedapat mungkin, elakkan daripada merokok di
meja makan, kecuali semasa menghadapi kopi
(minta izin daripada tetamu lain dahulu).
• Elakkan sendawa dan bersin di meja makan. Jika
tidak dapat dikawal, tutup mulut anda dengan
napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin (atau
cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).

10
Majlis makan rasmi
• Bercerita tentang makanan yang dinikmati
selepas makan adalah tidak sesuai pada
tempatnya.
• Perbuatan suka mengambil ‘souvenir’ dari
meja makan sebaik-baiknya dihindari.
• Anda hanya boleh meninggalkan majlis
selepas VIP meninggalkan majlis.
• Letakkan napkin di atas meja (di sebelah
kiri) sebelum anda meninggalkan majlis.

11
Perkara tidak dijangka berlaku di
meja makan
• Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan
terbatuk
• Terjumpa benda ganjil dalam makanan
• Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan
selera anda
• Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain
terjatuh ke lantai
• Makanan dan minuman tertumpah di atas meja
atau di atas riba anda atau ke atas riba orang
yang duduk dekat anda

12
Perkara tidak dijangka berlaku di
meja makan
• Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan
terbatuk
• Terjumpa benda ganjil dalam makanan
• Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan
selera anda
• Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain
terjatuh ke lantai
• Makanan dan minuman tertumpah di atas meja
atau di atas riba anda atau ke atas riba orang
yang duduk dekat anda

13
Apa Perlu Buat?
• Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan anda
tersedak, batuk atau bersin, palingkan muka ke tepi
dan tutup mulut dengan sapu tangan.
• Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu
melegakan tekak anda.
• Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja
sehingga keadaan lega, barulah kembali ke tempat
duduk tanpa rasa malu atau bersalah.
• Sambunglah makan semula.
• Jika menemui barang luar biasa dalam makanan
seperti lalat, rambut, kuku dan sebagainya,
cuba untuk tidak membuat kecoh sehingga
rakan semeja terganggu terutama kalau anda
makan di rumah kawan.

• Jika makan di restoran, sebaik mungkin


gunakan bahasa isyarat untuk menyatakan
masalah anda: sebaiknya cuba maklumkan
kepada ketua pelayan(pengurus restoran).
• Jika anda tersuap makanan yang
terlalu pedas atau panas, cepat-
cepatlah teguk sedikit air sejuk.
Jangan luah makanan tersebut,
tetapi cuba menelannya perlahan-
lahan.
• Kalau sukar juga ditelan makan
luahkan perlahan-lahan dan cermat
tanpa disedari oleh orang di sebelah
anda. Gunakan sudu untuk
menadahnya dan letakkan makanan
itu di bahagian tepi pinggan anda.
• Jika anda tersuap makanan yang
terlalu pedas atau panas, cepat-
cepatlah teguk sedikit air sejuk.
Jangan luah makanan tersebut,
tetapi cuba menelannya perlahan-
lahan.
• Kalau sukar juga ditelan makan
luahkan perlahan-lahan dan cermat
tanpa disedari oleh orang di sebelah
anda. Gunakan sudu untuk
menadahnya dan letakkan makanan
itu di bahagian tepi pinggan anda.
• Kalau makanan atau air tertumpah tetapi tidak
banyak, biarkan dahulu.
• Kalau tertumpah banyak, eloklah cuba
mengemaskannya dahulu. Paling penting,
lupakan kejadian itu secepat mungkin.
Jangan simpan rasa bersalah sehingga
menjejaskan selera. Teruskan menikmati
makanan dengan selesa.

• Jika dihidangkan makanan yang tidak


digemari, katakan terima kasih sahaja tanpa
memberi alasan lain.
Contoh Cara Makan
• Etika ketika menyentuh hidangan utama
• Makanan utama dimakan dengan
menggunakan pisau dan garpu di tangan kiri,
Garpu dengan posisi telungkup.
• Daging, ayam atau ikan dihiris sepotong demi
sepotong dan garpu masih tetap di tangan
kiri.
• Fungsi pisau adalah untuk menghiris
makanan.

• Sesudah selesai makan, pisau dan garpu


hendaklah letakkan sebelah- menyebelah dengan
posisi tangkai arah ke kanan dan hujungnya pula
mengarah ke tengah
19
Cara minum
• Sebelum minum, bersihkan terlebih dahulu
segala minyak dan makanan yang melekat
di bibir agar tidak meninggalkan bekas
makanan, lemak di tepi gelas.

• Jangan sesekali menggunakan air minuman


untuk berkumur-kumur, dan elakkan
timbul sebarang bunyi ketika kamu minum.

• Kalau boleh jangan tinggal sedikit pun


bekas lipstik di tepi gelas.

20
Faktor lain yang perlu
diambil berat
• Mengunyah makanan haruslah dengan mulut
yang tertutup agar tidak mengeluarkan
sebarang bunyi.

• Jangan bercakap dengan mulut yang


dipenuhi makanan. Jangan menggunakan
tangan atau sebarang pencongkel gigi.
Sebaiknya ia dilakukan di toilet.

21
• Ketika di meja makan, jangan pula kamu
bersolek dan mendandan rambut. Semua ini
seeloknya dilakukan di toilet.

• Elakkan merokok di meja makan.

• Untuk wanita pula, dinasihatkan memakai


beg tangan yang bersaiz kecil agar mudah
diletakkan atas riba.
SUSUNAN MEJA

03/10/21
Kedudukan Tetamu Kehormat dan Tuan Rumah Suami
Isteri

 Rajah menunjukkan meja khas yang jemputannya ialah suami isteri dan taraf atau status
tetamu kehormat dan tuan rumah lebih kurang sama, maka tetamu kehormat itu hendaklah
duduk di sebelah kanan tuan rumah dan diapit oleh isteri masing-masing yang berselang.
Suami Isteri duduk berjauhan dan
Berselang

 Rajah menunjukkan kedudukan bagi tetamu lain yang duduk di meja khas,
suami isteri hendaklah duduk berjauhan dan berselang. Dalam
kedudukan tertentu, suami isteri boleh diatur dengan secara duduk
bersebelahan kecuali kedudukan tetamu kehormat dan isterinya serta tuan
rumah dan isterinya
Wanita tidak duduk di hujung Meja Khas

 Rajah 2.3 menunjukkan bilangan (10) ialah lelaki dan bilangan (12) ialah
perempuan dan ini boleh ditukar iaitu bilangan (10) berpindah ke bilangan
(12) dan bilangan (12) berpindah ke bilangan (10). Andainya perbezaan
status mereka terlampau tinggi, maka hendaklah dikekalkan susunannya.
Pertukaran hanya dibuat apabila status mereka lebih kurang sama
Suami Isteri bersebelahan
 Rajah menunjukkan susunan
suami isteri secara bersebelahan.
Angka menunjukkan susunan
keutamaan.
Suami isteri berhadapan dan
besebelahan
Rajah 2.5 menunjukkan
susunan tempat duduk
diatur suami isteri
berhadapan dan berselang.
Angka menunjukkan susunan
keutamaan. Di meja khas
elakkan wanita duduk di
hujung meja.
Kedudukan Tuan Rumah Bagi Jemputan
Sorang
 Kedudukan seperti rajah , tuan
rumah hendaklah duduk di
sebelah kiri tetamu utama,
atau dalam lain perkataan
tetamu utama hendaklah
duduk di sebelah kanan tuan
rumah. Sama ada bilangan
ganjil atau genap prinsipnya
adalah sama. Ini bagi
jemputan seorang, tanpa isteri
atau suami
Kedudukan Tetamu Seramai 10 Orang

 Walaupun meja utama bilangan


tetamunya dihadkan kepada
lapan orang, kadangkala keadaan
memaksa untuk menempatkan
seramai 10 orang maka
susunannya adalah seperti rajah
Susunan Tetamu bagi Angka Ganjil Seramai Contohnya, 9
Orang

 Untuk jemputan seorang dan


bilangan adalah berangka ganjil
iaitu seramai sembilan orang
tetamu maka susunan tetamu di
meja bulat adalah seperti rajah
Jemputan Suami Isteri

 Rajah 2.9 menunjukkan jika


jemputan suami isteri maka
susunan tempat duduk boleh
diatur dengan meletakkan isteri
duduk bersebelahan suaminya.

 (1) Tetamu Utama


 (2) Tuan Rumah
 (3) Isteri Tetamu Utama
 (4) Isteri Tuan Rumah
Tetamu Utama Lebih Tinggi dari Tuan
Rumah
 Rajah merupakan dalam keadaan di
mana tetamu utama lebih tinggi
kedudukannya berbanding dengan
tuan rumah, maka tetamu utama
duduk bersebelahan isterinya. Tuan
rumah duduk di sebelah kanan
tetamu utama manakal isteri tuan
rumah duduk di sebelah kiri isteri
tetamu utama.
Tetamu Utama Setaraf dengan Tuan
Rumah
 Rajah menunjukkan tetamu utama
duduk di sebelah kanan tuan
rumah manakala isteri tuan
rumah duduk di sebelah kanan
tetamu utama dan isteri tetamu
utama duduk di sebelah kiri tuan
rumah.

Kedudukan Isteri Di Meja
Utama
Isteri duduk bersebelahan suami
Isteri duduk bersetentangan suami
Isteri Duduk Bersilang
Meja Tetamu yang berhampiran Dengan
Meja Utama
Isteri duduk bersebelahan suami masing-masing
Isteri duduk bersetentangan suami masing- masing
Isteri duduk bersilang dengan suami masing- masing
Susunan Keutamaan Meja (Tiga Meja)

 Dimulakan dari meja sebelah


kanan meja tetamu utama,
Meja kemudian sebelah kiri, berbalik
Utama kanan dan seterusnya. Meja
yang terkanan selepas meja
utama ialah meja (1) dan
diikuti dengan meja (2).

Meja 1 Meja 2
ETIKET MEJA MAKAN

44
Susunan Meja (Barat) A.     Napkin
B.     Piring utama
C.     Mangkuk sup
D.     Piring roti dan mentega dengan pisau roti

E.     Gelas air
F.      Anggur putih
G.     Anggur merah
H.     Garpu ikan
I.      Garpu utama
J.      Garpu salad
K.     Pisau utama
L.      Pisau ikan
M.    Senduk sup
N.    Senduk makanan pencuci mulut dan garpu
kuih
Panduan Menggunakan Pisau Sudu Garpu dengan Betul

Susunan Pisau Sudu Garpu di Meja Makan Cara Barat


 (Makan Tengah Hari atau Makan Malam)
a.Pisau mentega (diletak di atas piring layan untuk roti)
b.Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan atau salad)
c.Garpu makan hidangan utama.
d.Camca sedang ‘dessert’ (jika pisau yang diperlukan, gantikan ia
dengan pisau makanan pencuci mulut ini).
e.Garpu sedang (‘desert’)
f. Gelas
g.Napkin
h.Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan,
letakkan pisau untuk ikan sebagai ganti)
i. Sudu makan hidangan utama ( di Malaysia ia digunakan untuk
nasi).
j. Pisau hidangan pertama (juga untuk salad)
• Garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis
hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring,
sedangkan di sebelah kanan piring adalah deretan pisau-
pisau dan sudu-sudu.

• Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke


atas. Pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke
piring, sedang sendoknya menghadap ke atas.

• Serbet diletakkan dengan terlipat rapi di atas piring


utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi
kalau makanan sudah di piring seperti di restoran
serbetnya diletakkan di tempat piring ,atau di sebelah
paling kiri dari letak garpu.
• Berbagai gelas minum ( untuk air, anggur atau
champagne dan sherry ) terletak berderet di
sebelah kanan atas.

• Piring mentega atau roti, dan beberapa tempat


penyedap makanan berada di sebelah atas kiri.

• Aturan umum tentang peringkat makan adalah


mulai dari posisinya yang paling luar, dan
kemudian bergerak ke arah di mana piring
utama kita berada: sendok sop dulu, kemudian
pisau ikan dan garpu, dan barulah pisau dan
garpu utama.
Kedudukan Sudu Dan Garfu Jika Anda Masih Mahu Menambah
Makanan Atau Terpaksa Beredar Ke Tempat Lain Sebentar

03/10/21
Kedudukan Sudu Dan Garfu Jika Anda Sudah
Selesai Makan.

03/10/21

You might also like