You are on page 1of 33

Tajuk 7 Sistem Saraf

Sinopsis

Tajuk 7 dalam modul ini merangkumi tisu neural, sistem saraf pusat, sistem saraf
pinggir, sensori dan laluan motor, sistem saraf autonomik dan fungsi sensori.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 7 modul ini, diharap anda dapat:

1. Membincangkan terminologi dalam sistem saraf


2. Membezakan antara sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik
3. Menjelaskan fungsi sensori deria umum keseimbangan dan
pendengaran

Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini

Sistem
Saraf
Organisasi Sistem
Tisu Fungsi
Saraf
Neuron Sensori
Pusat

7.0 Pengenalan Sistem Saraf

Sistem saraf merupakan satu sistem sebagai media untuk berkomunikasi antara
sel mahupun organ. Penyelarasan dan kawalan sistem-sistem dalam badan adalah
berpusat di sistem saraf. Sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu
sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi / pinggir. Organisasi sistem saraf sangat
kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai
dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia.

58
7.1 Tisu Neuron (Rajah 7.1)

Rajah 7.1 : Struktur Tisu Neuron

o Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan
sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma.
Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan
oleh sel saraf.

o Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan
bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel.

o Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson
bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain.
Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut kedudukan. Akson boleh
sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih dari tunjang korda ke jari kaki.

59
o Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah
untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls.

o Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung


saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor
menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan
mencetuskan potensi aksi.

7.2 Organisasi Sistem Saraf

Jadual 7.2 : Organisasi Sistem Saraf

7.2.1 Sistem Saraf Pusat


Sistem saraf pusat merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan
seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Sistem saraf pusat
menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat
menerima maklumat kederiaan, ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu
diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk
merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

60
7.2.1.1 Otak
o Otak merupakan satu organ yang paling penting dalam tubuh manusia.
Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa.
Otak terletak di kaviti kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf
pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan
putih dan berada di dalam tengkorak.

o Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula
oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus),
serebrum dan serebelum.

- Batang otak dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti


batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium.

Medula - Terbina dari jirim putih dan membentuk jaringan


oblongata jirim kelabu dan putih yang panjang kira-kira 3cm.
Berhubung dengan saraf tunjang dan dipisahkan
dari pons oleh alur horizontal.
- Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua
nukleus di setiap sisi yang dikenali nukleus grasilis
dan kuneatus.
Pons - Terletak di atas medula dan mengandungi jirim
putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke-5
hingga ke-8 dan nukleus pernafasan berada di
pons.
Otak - Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon.
tengah - Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat
di permukaan ventralnya.
- Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas
lencongan ke anterolateral.
- Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di
bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

61
- Diensefalon terletak antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya
adalah talamus dan hipotalamus.

- Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria,


semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat
untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan.

- Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan


hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal
suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain
itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan
dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat
kenyang dan pusat haus.

- Serebrum merupakan bahagian terbesar otak dan terbahagi kepada dua


hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai
mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah
kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya.

- Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara


umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan.

Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan


bahagian dalam tubuh dan juga menerima impuls dari
berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar
dan sentuh.
Motor Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan
sebagainya.
Asosiasi Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui
traktusnya dan memainkan peranan penting dalam ingatan,
emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.

62
- Serebelum merupakan bahagian kedua terbesar otak yang memainkan
peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan
separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan
penetapan kedudukan tubuh.

Rajah 7.3 : Bahagian Otak

7.2.1.2 Saraf Tunjang


o Saraf tunjang mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa.
Kedudukan saraf tunjang bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian
servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas dan terdiri
daripada segmen-segmen yang mempunyai sepasang ganglion akar dorsal
dan ganglion akar ventral.

o Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk
membawa maklumat dari periferi ke saraf tunjang. Sementara akar ventral
mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal

63
organ efektor. Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar
deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana
mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

Rajah 7.4 : Saraf Tunjang

7.2.2 Sistem Saraf Pinggir / Periferi

Sistem saraf periferi merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan
saraf tunjang dengan reseptor, otot dan kelenjar. Sistem saraf periferi boleh
dibahagikan kepada sistem somatik yang terdiri daripada saraf otak dan saraf
tunjang dan sistem autonomik yang terdiri daripada saraf simpatetik dan
parasimpatetik.

7.2.3 Sensori dan Laluan Motor


Tiga jenis saraf yang membentuk sensori dan laluan motor sistem saraf
ialah neuron deria/aferen , neuron perantaraan dan neuron motor/eferen.

64
Rajah 7.5 : Sensori dan Laluan Motor

o Dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa
maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala
sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari
sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

o Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf
somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai
neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat
ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari
dan boleh dikawal.

o Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang


membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan
kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar

65
kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua iaitu
sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

o Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang
berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls
adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria.

Rajah 7.6 : Sistem Saraf Somatik dan Sistem Saraf Autonomik

o Beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk


‘lengkok impuls’ terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:
(a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf
yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan.
(b) Saraf deria atau saraf penghantara yang membawa rangsang deria
tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam
saraf pinggir kepada saraf tunjang.
(c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya.
(d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor
melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ
motor seperti otot atau kilang.
(e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap
utusan motor tersebut.

66
o Tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan
yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Di
bawah adalah beberapa contoh impuls:

Bahagian Bahagian
Sistem Saraf Pusat Sistem Saraf Autonomi
 Menarik tangan dengan segera  Air liur akan terhasil
apabila terkena benda tajam atau dengan lebih banyak jika
panas. terhidu atau ternampak
 Sentakan sendi lutut apabila makanan yang lazat.
dipukul dengan alat pemukul  Impuls anak mata
sendi di atas tendon tempurung terhadap cahaya. Anak
lutut. mata mengecil apabila
 Tapak kaki yang digarit dengan cahaya terang dan
benda yang tumpul seperti kayu membesar apabila cahaya
akan menyebabkan ibu jari gelap.
membengkok ke bawah.
 Tersedak atau terbatuk terhasil
apabila seseorang meminum
dalam keadaan gopoh.

o Ada kalanya impuls boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil,
buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh
dikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh
dikawal. Sekiranya berlaku kecederaan pada otak dan merosakkan kuasa
pengawalan pusat tinggi akan menyebabkan seseorang individu tidak
dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil.

o Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal
serebrum. Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih
otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke
sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang
sebagai jalaran piramid.

67
o Di laras tertentu, fiber saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat
di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan
saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu
saraf depan otot tertentu.

o Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat
motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di
depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk
daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta
aksonnya yang membekalkan otot tubuh.

o Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata


menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot
tubuh di sebelah yang lain.

Rajah 7.7 : Tindakan Pantulan

68
7.2.4 Sistem Saraf Autonomik

Sistem saraf autonomik merupakan sistem saraf luar kawalan yang


bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di tubuh. Sistem ini
terbahagi kepada dua iaitu:

7.2.4.1 Sistem saraf simpatetik terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang
terletak di setiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada
dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara
rangkaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah:
- Rangkaian saraf jantung : membekalkan jantung dan paru-paru.

- Rangkaian saraf siliaka : membekalkan perut usus, organ-organ di


abdomen serta kilang adrenal.
- Rangkaian saraf hipogastrik : membekalkan organ-organ di dalam
ruang pelvis.

7.2.4.2 Sistem saraf parasimpatetik terbina daripada dua bahagian seperti


berikut:
- Bahagian kranium yang terdiri daripada ganglion yang didapati di
beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung dalam
urat saraf otak.
- Bahagian sakrum terdiri daripada ganglion yang didapati di
beberapa bahagian saraf tunjang. Sistem ini membekalkan
sebahagian daripada usus besar serta organ di pelvis iaitu usus
hujung, pundi kencing dan organ pembiakan.

7.3 Fungsi Sensori


Fungsi sensori ialah sebagai pusat kawalan aktiviti badan bagi kuasa deria
seperti pendengaran, penglihatan, menghidu bau, merasa, dan sentuhan.

69
Tajuk 8 Sistem Sistem Endokrina

Sinopsis

Tajuk 8 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi hormon, kelenjar sistem
endokrina dan cara interaksi hormon.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 8 modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan struktur dan fungsi hormon dalam Sistem


Endokrina
2. Menjelaskan cara interaksi hormon

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sistem
Endokrina

Ciri dan Fungsi Hormon Cara


Kelenjar Endokrina
Interaksi

8.0 Sistem Endokrina

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon.


Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

70
8.1 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon

Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan
berbeza-beza. Namun begitu, empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:

(a) Hormon menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur


kandungan kimia dan isi padunya dalam tubuh badan;
(b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan
jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan
perubahan suhu yang melampau;
(c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan
(d) Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan,
pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan
kepada anak yang baru lahir.

o Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel


sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi
berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan
mensintesis dan merembeskan hormon.

o Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati
daripada kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara.
Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat dalam sistem tubuh terdiri daripada
kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

o Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti
pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

8.2 Kelenjar Endokrin Utama

Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid,


paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

71
Rajah 8.1: Sistem Endokrin
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang,
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(a) Kelenjar Pituitari


 Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon
dan mengawal aktiviti tubuh;
 Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat;

 Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior;

 Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan

 Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.

 Lobus Anterior
o Hormon pertumbuhan – mengawal tumbesaran tubuh.
o Hormon tirotropik – mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam
menghasilkan tiroksin.
o Hormon adrenokortikotropik – mengawal aktiviti suprarenal dalam
menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal.

72
o Hormon gonadotrofik:
Hormon perangsang folikel – merangsang perkembangan folikel
Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis.
Hormon luteinising – mengawal rembesan estrogen dan progesteron
dalam ovari dan testosteron dalam testis.
Hormon prolaktin – mengawal rembesan air susu dan mengekalkan
bekalan korpus luteum semasa kehamilan.

 Lobus Posterior
o Hormon antidiuretik – mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui
ginjal.
o Hormon oksitosik – meransang pengecutan uterus sewaktu melahirkan
bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi.

Rajah 8.2: Skema Kelenjar Pituitari


Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang,
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(b) Kelenjar Tiroid


 Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan
trakea;
 Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah dan merembeskan koloid tiroid
yang mengandungi sebatian iodin;

73
 Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai
perangsang proses pengoksidaan;
 Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon
dioksida; dan
 Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan
hiporembesan.

 Hiporembesan
o Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi
mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat.
o Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana
proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi
gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut
gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut
nadi perlahan.

 Hiperembesan
o Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi
daripada normal.
o Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah
marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan
mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan
kegagalan jantung.

74
Rajah 8.3: Kelenjar Tiroid
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu
Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka .
(c) Kelenjar Paratiroid
 Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea
berserta dengan kelenjar tiroid;
 Hormon paratiroid dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma
kalsium dan mengawal jumlah kalsium dalam darah dan tulang;
 Dua keadaan pada kelenjar paratiroid
o Hipoparatiroidisma
- Kekurangan kalsium dalam kandungan darah.

- Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala


kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki
yang dikenali sebagai karpopedal spasma.
- Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam
kadar segera.
o Hiperparatiroidisma
- Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran
(tumor) kelenjar.
- Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan
semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah.
- Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang
menjadi nipis.
- Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam
ginjal.

75
Rajah 8.4: Empat kelenjar paratiroid
Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi – untuk Jururawat.
(d) Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Kelenjar Timus
 Terletak dalam toraks;
 Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus;
 Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang
baru lahir;
 Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja
dan kemudian ia mengecut semula; dan
 Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.

Rajah 8.5: Kedudukan kelenjar timus


Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi – untuk Jururawat.
Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(e) Kelenjar Adrenal


 Terletak di bahagian atas setiap ginjal.
 Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul
berserat.

76
 Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan
bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.
 Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan
marah atau takut, asfiksia dan kelaparan.
 Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha
melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini.

77
 Korteks adrenal
o Terbahagi kepada tiga zon:
- Zon pertama, glomerulosa menghasilkan rembesan mineralo-
kortikoid.
- Zon tengah, zon fasikulata merembeskan hormon
glukokortikoid.
- Zon dalam, zon retikularis merembeskan hormon androgen.

 Medula adrenal
o Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon.
o Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik.
o 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin yang bersifat
lebih poten daripada noradrenalin.

Rajah 8.6: Kelenjar Suprarenal


Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu
Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

78
(e) Kelenjar Pineal
 Terletak pada korpus kalosum, bersaiz kecil dan berwarna merah.
 Dilapisi oleh kapsul yang dipanggil pia mater.
 Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin.
 Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan
merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin pula
merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

Rajah 8.7: Kedudukan Kelenjar Pineal


Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu
Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.3 Tindakan Hormon

Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif.

(a) Tindakan positif


 Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang
menghasilkan hormon tersebut.

79
 Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif.
 Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan
lebih banyak hormon.
 Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa
ingin melahir bayi.

(b) Tindakan negatif


 Kekurangan hormon akan menyebabkan kelenjar merembes
dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat.
 Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik
semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan.
 Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila
speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan
megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin
berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah
kelajuan.
 Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk
memberitahu tentang ‘kelajuan’ endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar
ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk
menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

80
Tajuk 9 Sistem Urinari

Sinopsis

Tajuk 9 dalam modul ini merangkumi fungsi dan pengurusan sistem urinari,
ginjal, penghantaran, penyimpanan dan pembuangan air kencing dan imbangan
cecair, elektrolit dan asid alkalina.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

.
1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem urinari

Kerangka konsep

Sistem Urinari

Struktur Sistem Urinari Fungsi Sistem Urinari Pembentukan UrinImbangan Cecair dan Elektrolit

9.0 Sistem Urinari

Sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang
mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah

81
bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Tugas
terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu
badan mengekalkan hemeostasis.

Rajah 9.1: Struktur Sistem Urinari


Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005).
Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

9.1 Struktur Sistem Urinari


Organ-organ dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu
pundi kencing dan satu uretra.

(a) Ginjal
 Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan
berbentuk seperti biji kacang hijau.

82
 Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan
seberat kira-kira 140gm bagi orang dewasa.
 Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan
di tengahnya yang disebut sebagai hilum.
 Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh
ginjal.
 Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.
 Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu:
1. Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul
sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;
2. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau
kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan
3. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak antara lapisan
dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak
perirenal.

83
Rajah 9.2: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu
Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(b) Ureter
 Ureter juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub
yang keluar dari setiap ginjal.
 Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.
 Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25cm.
 Dua bahagian ureter:
1. Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang
kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.
2. Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih
kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang
abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di
permukaan belakang pundi kencing.
 Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:
1. Tisu berfiber – lapisan bahagian luar;
2. Tisu otot bebas – lapisan tengah, gerakan peraltasis
bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi
kencing; dan

84
3. Tisu epitelium peralihan – lapisan dalam ureter berfungsi
untuk melindunginya daripada asid urik.

(c) Pundi Kencing


 Pundi kencing adalah organ yang berotot dan
berongga.
 Berfungsi untuk menakung air kencing, berbentuk
bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila
kosong.
 Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga
dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut
sebagai trigon.
 Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian
puncaknya menghala ke bawah.
 Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan
sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing.
 Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan
bersifat tidak voluntari.
 Lapisan dalamnya adalah kalis air dan terbina
daripada membran mukus jenis epitelium peralihan.
 Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja
sehingga dikeluarkan melalui uretra.
 Sebanyak 1 liter urin boleh ditakung oleh pundi
kencing. Namun, dalam keadaan luarbiasa, pundi kencing boleh
menakung sebanyak 3 liter urin. Pada keadaan normal, apabila
pundi kencing menakung 6 – 10 liter urin, perasaan hendak kencing
akan timbul.

(d) Uretra
 Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi
kencing pada waktu yang sesuai.

85
 Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang.
Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa.
 Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang.
Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki:
1. Bahagian prostat – mengeliling uretra, otot pencerut uretra
juga terletak di sini;
2. Bahagian membranus – uretra yang berlanjutan daripada
prostat; dan
3. Bahagian spongiosa – bahagian yang terdapat di dalam
zakar.

9.2 Fungsi Sistem Urinari


• Perkumuhan toksik dan bahan-bahan buangan.
• Mengawal keseimbangan air dan garam mineral dalam darah.
• Membantu mengawalatur tekanan darah.
• Mengawalatur keseimbangan asid-bes.
• Penghasilan hormon.
9.3 Pembentukan Urin
• Tiga proses penghasilan urin:

(i) Penurasan Tekanan


o Darah memasuki glomerulus.
o Tekanan darah cukup untuk menyebabkan molekul kecil (nutrien, air,
garam dan bahan buangan) untuk bergerak dari glomerulus ke bahagian
dalam Kapsul Bowman menjadi hasil turas glomerulus.
o Protein darah dan sel darah adalah terlalu besar untuk dituraskan dan
terus berada dalam darah dan bergerak ke dalam anteriol eferen.
o Hasil turas glomerulus mempunyai kandungan yang sama seperti
bendalir tisu, jika tidak perubahan berlaku di bahagian lain nefron,
kematian akan berlaku akibat kehilangan air (pengdehidratan),
kehilangan mutrien (kelaparan) dan tekanan darah rendah .
o Jadi, penyerapan semula berlaku.

86
(ii) Penyerapan Semula
o Proses penyerapan semula pasif dan aktif dari nefron ke darah berlaku
melalui dinding tubul berlingkar proksimal.
o Nutrien, air dan sesetengah molekul buangan meresap semula secara
pasif ke dalam jaringan kapilari peritubul.
o Tekanan osmosis mempengaruhi pergerakan air.
o Protein yang tidak dituraskan masih berada dalam darah menwujudkan
suatu tekanan osmosis.
o Natrium (Na+) dan Klorin (Cl-) diserap secara aktif meningkatkan tekanan
osmosis.
o Penyerapan semula pilihan molekul nutrien berlaku melalui
pengangkutan aktif, hanya molekul yang dikenal pasti oleh molekul
pembawa sahaja yang diangkut secara aktif dari tubul ke darah.

(iii) Rembesan Tubul


o Cara bahan buangan yang tidak boleh dituraskan akan ditambah
ke bendalir apabila bergerak melalui tubul.

87
Rajah 9.3 : Penghasilan Urin

9.4 Imbangan Cecair dan Elektrolit

• Imbangan cecair berlaku semasa penyerapan semula air dari gelung


Henle menurun dan duktus pengumpul.
• Suatu cerun kepekatan diwujudkan akibat pengeluaran garam, Na +Cl- oleh
lengan menaik dan peresapan urea dari duktus pengumpul.

88
• Lengan menaik mula kehilangan garam melalui peresapan dan
pengeluaran aktif.
• Hormon Antidiuresis (ADH) dibebaskan oleh lobus posterior hormon untuk
mengawalatur jumlah air yang dalam duktus pengumpul.
• Jika tekanan osmosis darah meningkat, ADH akan dibebaskan, lebih
banyak air akan diserap semula dan urin berkurangan.

Rajah 9.4 :Imbangan Cecair dan Elektrolit

• Lebih daripada 99% Natrium (Na +) yang dituraskan di glomerulus akan


diresap semula ke dalam darah.
• Kebanyakan Kalium (K+) (67%) telah diserap semula di tubul berlingkar
proksimal.
• Aldosteron – satu hormon yang dirembeskan oleh Korteks untuk
mengawal penyerapan semula Natrium dan air di tubul berlingkar distal.
• Aldosteron menyingkirkan ion Kalium (K+) dan ion Natrium (Na+).
• Hormon Atrial Natriuretik (ANH) dirembes daripada atriam jantung untuk
meningkatkan isipadu darah.

89
• ANH melarang pengeluaran renin dan aldosteron untuk menyinkirkan
Natrium (Na+). Apabila Na+ disingkirkan, air terhasil, jadi, isipadu dan
tekanan darah menurun.
• Pengaturan kepekatan H dalam cecair badan.
• Asidosis merujuk kepada nilai pH plasma arteri yang kurang daripada
7.40, manakala pH yang melebihi 7.40 menandakan alkalosis.
• Kombinasi asid karbonik (H2CO3) dan ion bikarbonat (HCO3-) dapat
mengekalkan kepekatan pH darah hampir 7.4.
H+ + HCO3- H2CO3
• Sintesis dan rembesan NH 3 boleh ditambahkan dengan banyak jika
kuantiti H+ yang harus dikumuh meningkat.

_______________________________________________________________

TUGASAN TERARAH

Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and


physiology (Marieb, E.N., 2006).

90

You might also like