You are on page 1of 1

Menterinya, Datuk Dr.

Radzi Jidin berkata, kementerian amat menghargai usaha dan


peranan yang dimainkan MSSM dalam mencungkil serta membentuk bakat atlet
murid dan ramai daripada mereka berjaya mengharumkan nama negara di persada
sukan antarabangsa, termasuk di pentas sukan olimpik.
Katanya lagi, bermula daripada Sukan Olimpik 2000 di Sydney hingga Sukan Olimpik
2020 di Tokyo pada tahun ini, seramai 59 orang atlet murid daripada Sekolah Sukan
Bukit Jalil terpilih mewakili negara ke temasya sukan terbesar ini.

“Lebih membanggakan, kecemerlangan atlet murid ini tidak hanya terbatas kepada
kejayaan dalam bidang sukan, tetapi turut cemerlang di dalam bidang akademik dan
mempunyai kerjaya yang hebat.
“Mereka yang berjaya di dalam kedua-dua bidang ini adalah atlet gimrama, Lok Mei
Hui, yang muncul pelajar terbaik aliran Sains dengan memperoleh 9A dalam SPM
2020; jaguh berbasikal negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang turut
ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan
KPM-MSSM- MILO 2019 secara maya, hari ini.
Selain itu, kata Radzi, Dr. Mon Redee daripada sukan memanah juga merupakan
seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), manakala Dr. Goh Yi Wei dari sukan gimrama yang
merupakan pakar oftalmologi.

You might also like