You are on page 1of 6

TEMA: SEJARAH SUKAN

TAJUK :

Datuk Nicol Ann David: Pencapaian Beliau dalam Sukan Skuasy Peringkat Dunia Dari

Tahun 2000 hingga 2015.

PENGENALAN

Sukan skuasy merupakan salah satu acara sukan bertaraf dunia yang mempunyai

nilai ekonomi yang tinggi. Pemain Inggeris menguasai sukan ini sebelum ia mula

diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an negara Pakistan telah

melahirkan jaguh seperti Hashim Khan, Azam Khan dan Rashan Khan. Pada tahun 1972,

Persatuan Skuasy Malaysia (PSM @ SRAM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf

sebagai badan sukan skuasy di Malaysia di mana Datuk Hisyam Albakri merupakan

presidennya yang pertama.

Bermula tahun 2000, Malaysia telah berjaya melahirkan seorang atlet sukan

skuasy bertaraf dunia iaitu Datuk Nicol Ann David, seorang pemain kelahiran Pulau

Pinang sehingga menjadi antara atlet paling berjaya di Malaysia. Beliau telah mencapai

status profesional pada tahun 2000. Ikon skuasy negara ini dinobatkan sebagai pemain

wanita nombor satu dunia untuk kali kelapan pada tahun 2015 semasa penyertaannya

dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kajian tentang pencapaian

Datuk Nicol dalam sukan skuasy di peringkat dunia dari tahun 2000-2015. Dengan

adanya kajian ini, masyarakat dapat mengenali beliau dengan lebih mendalam.

1
Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi

oleh Datuk Nicol Ann David sepanjang kerjaya beliau dalam sukan skuasy. Ini kerana

dalam tempoh kajian dari tahun 2000 - 2015 beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran

untuk menjadi pemain tersohor dunia, baik di kawasan serantau mahupun di peringkat

antarabangsa.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui dengan lebih dekat

mengenai pencapaian demi pencapaian yang dirangkul oleh Datuk Nicol Ann David sejak

beliau melibatkan diri dalam sukan skuasy secara profesional bermula dari tahun 2000.

Ini kerana pencapaian beliau boleh disifatkan sebagai satu lagend dalam sukan squasy di

Malaysia. Ia menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh Datuk Nicol Ann David sejak beliau mula melibatkan diri sebagai pemain

profesional dalam sukan skuasy sepanjang tempoh kajian ini. Oleh itu, kajian ini dapat

menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk meraih kejayaan dalam apa jua

bidang kerjaya.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian,

tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada

pertandingan sukan skuasy di peringkat antarabangsa. Dalam penulisan ini, tumpuan akan

2
diberikan kepada pencapaian-pencapaian Datuk Nicol Ann David baik dalam peringkat

serantau mahupun antarabangsa.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2000

sehingga 2015. Tempoh kajian selama 15 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa

tersebut berlaku kejayaan dan pencapaian yang besar Datuk Nicol Ann David dalam

sukan skuasy di peringkat antarabangsa.

Manakala aspek yang dikaji pula dapat dilihat dari dua aspek yang menjadi fokus

kajian ini. Ia tertumpu kepada pencapaian Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy,

di samping penelitian terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau sepanjang

tempoh kajian dari tahun 2000 - 2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah melakukan pembacaan telah terhadap beberapa kajian lepas

berhubung tajuk penyelidikan ini. Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah

diperolehi oleh Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya

berhubung “Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma

Johor 2008” beberapa persoalan kajian dapat dijawab di antaranya sejauh manakah tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor. Di sini

dapat dilihat tahap kecergasan fizikal atlit masih belum mencapai sasaran yang telah

ditetapkan oleh majlis sukan negeri walaupun ada peningkatan menerusi data ujian pre

dan post yang diperolehi. Pihak tertentu dan jurulatih perlu memandang serius pekara ini

kerana ianya merupakan aspek yang sangat penting sebagai persediaan atlet untuk

menghadapi kejohanan Sukma di Terengganu. Langkah-langkah yang drastik untuk

memastikan tahap kecergasan subjek dapat ditingkatkan untuk menghadapi kejohanan

3
SUKMA di Terengganu. Oleh yang demikian, pengkaji tertarik untuk melakukan kajian

khas untuk Datuk Nicol apabila beliau berhadapan dengan pelbagai situasi cabaran dalam

persediaan kejohanan antarabangsa.

Berdasarkan kajian “Sport Injuries in Squash” oleh Farshad Okhovation dari

Shahid Beheshi University of Medical Sciences, kajian ini mengkaji jenis kecederaan

semasa bermain skuasy dalam kalangan pemain Persatuan Skuasy Iran. Kajian ini telah

merumuskan bahawa beberapa anggota badan yang cenderung mengalami kecederaan

adalah bahagian siku, bawah belakang badan dan terseliuh di bahagian lutut serta

pergelangan kaki. Kajian ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji cabaran-cabaran

yang dihadapi oleh Datuk Nicol Ann David semasa melakukan latihan persediaan untuk

pertandingan peringkat antarabangsa.

Pengkaji juga telah membaca buku Siri Jaguh Atlit Malaysia Nicol David,

terjemahan Institut Terjemahan Negara Kuala Lumpur, 2015, yang menyentuh jatuh

bangun Nicol David dalam mengejar impiannya sebagai pemain skuasy peringkat

antarabangsa. Pembacaan buku ini telah menarik minat pengkaji mengkaji pencapaian

Datuk Nicol sebagai pemain profesional skuasy antarabangsa.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan tiga kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan kepustakaan

bagi meneroka sumber primer dan sumber sekunder di perpustakaan Sekolah Sukan Bukit

Jalil, arkib negeri serta perpustakaan tempatan. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-

rekod dan maklumat berkenaan kegiatan sukan skuasy di negara ini.

4
Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang

terlibat ialah kedua ibubapa dan jurulatih Datuk Nicol. Maklumat yang diperolehi akan

dicatat dan dirakamkan.

Kaedah yang terakhir ialah kaedah kajian lapangan, di mana pengkaji akan

membuat lawatan ke pusat latihan Datuk Nicol David dan rumah kediaman beliau untuk

mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan

menjelaskan tentang perkembangan sukan skuasy di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan

mengaitkannya dengan tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkasakan sukan ini.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada dua aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan dan latar

belakang penglibatan Datuk Nicol Ann David secara profesional dalam sukan skuasy

sehingga beliau mencapai kejayaan demi kejayaan di peringkat serantau mahupun

peringkat antarabangsa. Seterusnya kajian akan menghuraikan cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh beliau dalam kerjayanya sebagai pemain profesional dalam sukan skuasy di

Malaysia dalam tempoh kajian sejak tahun 2000 - 2015.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian

berkenaan kehebatan dan impak sumbangan Datuk Nicol Ann David terhadap

pemupukan minat masyarakat Malaysia dalam sukan skuasy.

5
PENUTUP

Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang sukan

skuasy di Malaysia. Selain itu, ia juga diharapkan dapat memudahkan orang ramai

memperolehi maklumat tambahan berkaitan sukan skuasy yang sedang berkembang

dewasa ini.

BIBLIOGRAFI

Bellamy, Rex, The Story of Squash, London: Cassell Ltd, 1978.

"Examining Nicol David”,


http://www.squashplayer.co.uk/Article_NicolDavid01.htm 2003, dilayar pada 7
Oktober 2018.

Farshad Okhovation, “Sport Injuries in Squash”, Pakistan Journal of Medical Sciences


Online, Iran: Routledge International Handbooks, Julai 2009.

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya, Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008,
Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008.
Muhd. Khaizer Omar, Kajian Sukan di Malaysia, Serdang: UPM Press, 2009.

Nordalilah Dahlan dan Tajul Arifin Muhammad, “Kekuatan Mental dan Prestasi
Akademik Atlet Bola Sepak UKM”, Journal of Sports Science and Physical
Education, 6 (1): 21-35. 2017.

Palmer, Michael, Guinness Book of Squash, London: Guinness Superlatives Ltd, 1984.

You might also like