You are on page 1of 7

Nicol Ann David

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato'Nicol Ann Davidialah seorang pemain skuasyprofesional warga


Dato'
Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 Nicol David
dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi
gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga
gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan


Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di
bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain
skuasy wanita yang mempunyai pencapaian demikian
sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan
memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007.
Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun
2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan
selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan
Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan
akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David
dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di- Nicol David ketika sesi temu ramah Squash
Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi Stars pada Julai 2010
penghormatan untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu Nama samaran Duracell Bunny[1]
persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping Negara Malaysia
dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP. Tempat Puchong, Malaysia
kediaman
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia
yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan Ketinggian 1.63 m (5 ka 43⁄16 in)[2]

2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi Menjadi Pro 2000[2]

kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, Jurulatih Liz Irving

hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April Women's singles

2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah Penempatan No. 1
selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut- tertinggi

turut, dari tahun 2005 hingga 2010. Penempatan kini No. 1


Pangkat 50
Isi kandungan [sorokkan] Pusing terakhir 62
1 Kehidupan peribadi Dunia Buka W (2005, 2006, 2008,
2 Anugerah dan penghormatan 2009, 2010)
3 Kerjaya Catatan pingat [tunjuk]
3.1 Sebelum 2000: Zaman junior Kemaskini terakhir pada: September, 2017.

3.2 2000–2004: Menjadi profesional


3.3 2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak
3.4 2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi
3.5 2009–kini: Mencapai rekod
3.6 2015–kini: Mencapai rekod
4 Statistik kerjaya
4.1 Juara WISPA (50)
4.2 Naib Juara WISPA (13)
4.3 Gelaran lain
5 2011 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan (8)
6 Catatan
7 Rujukan
8 Pautan luar

Kehidupan peribadi [ sunting | sunting sumber ]

Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 26 Ogos 1983. Beliau merupakan anak kepada
pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India. Bapa beliau yang
merupakan seorang jurutera juga pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri manakal ibunya pula
adalah seorang pesara guru. Nicol juga mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Lianne dan Cheryl yang juga
mempunyai pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy di peringkai kebangsaan. Ketika di bangku sekolah, Nicol
merupakan pelajar cemerlang dalam sukan mata pelajaran matematik dan beliau juga pernah bercita-cita untuk
menjadi seorang jurutera seperti bapanya. Nicol mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah dan juga 7A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan
seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lanedi Green Lane, Pulau
Pinang.[3] Beliau beragama Kristian (Roman Katolik).

Anugerah dan penghormatan [ sunting | sunting sumber ]

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan Darjah Bakti(D.B.)[4] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[5] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26
Jun 1975.[5] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian,
sains dan kemanusiaan.[4][5]

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-
70, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[6] Nicol merupakan antara 28 orang yang
menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri(DSPN),[7] yang membawa gelaran Dato', justeru beliau menjadi tokoh
termuda yang dikurniakan gelaran Dato' di negeri Pulau Pinang.[6] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun
Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[8] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal
daripadanya.[9] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti
Nottingham.[3]Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPAenam kali berturut-turut, mulai tahun 2005
hingga 2010.[10][11]

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan
Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM.
Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud
TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.[12]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens
2004,[13][14] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[15]
Pada 9 September 2017, beliau dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh
YDPA Sultan Muhammad V.

Kerjaya [ sunting | sunting sumber ]

Sebelum 2000: Zaman junior [ sunting | sunting sumber ]

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, beliau
kemudiannya mula menerima bimbingan jurulatih ketika berusia lapan
tahun.[16]Bakatnya dikenal pasti oleh Ee Phoeh Hoon[17] ketika berlatih di
Pusat Skuasy, Bukit Dambar. Ee yang kagum dengan bakat Nicol
kemudiannya meyakinkan beliau untuk menyertai perlawanan skuasy
mewakili Pulau Pinang. Beliau mula menyertai kejohanan skuasy pada
tahun 1992 dan menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14
Kejohanan Junior Pulau Pinang.[18] Pada tahun yang sama, beliau
mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan
Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau
mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16.[18]Pada tahun 1994, Nicol
dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk
temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri
menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika
itu.[19] Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa
pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Nicol Ann David di Terbuka
Junior Scotland Bawah-12.[18] Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp,


Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun.[20] Yang
menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan
itu.[20]Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu
daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy;[21][22] ketika itu, beliau dilatih
oleh Richard Glanfield.[23]

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara
Bawah-17),[24] Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[19] Sukan SEA (Juara kategori Senior dan
Pasukan),[19] dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.[25]

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid
sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu
Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan
itu.[19][20] Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di
Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat
emas di Sukan Asia pada Disember 1998.[20]Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang
pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British.[24]

2000–2004: Menjadi profesional [ sunting | sunting sumber ]

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000[19][26]apabila memenangi kejuaraan WISPA sulung
selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut.[27] Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari,
apabila beliau mengalahkan Salma Shabanadi pusingan akhir Terbuka
Finland Savcor dengan markah 9–1, 9–0, 9–5.[27] Sebulan selepas itu,
syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau
selama dua tahun.[25] Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh
syarikat Dunlop.[18]

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sportsepanjang kerjaya
junior dan WISPA sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun
bersama syarikat raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha
Sports.[28] Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio Sedunia
keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya
17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan akhir.[22]Beliau
merupakan pemain skuasy perempuan pertama yang menjuarai Kejohanan
Junior Sedunia dua kali.[21][29] Nicol turut memenangi acara perseorangan Nicol David melawan pemain New
Zealand, Shelley Kitchen di Terbuka
di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan Malaysia CIMB 2007.
senegara, Tricia Chuah di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di
samping membantu pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara
berpasukan.[30]

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk
menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya.[31] Beliau bersama Ong Beng Heedalam acara
beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002setelah kalah
kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di pusingan akhir.[32] Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen
Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua
dalam kerjayanya.[33] Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002setelah kecundang 9–
7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.[34]

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di
negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian tersungkur di
tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan November.[35] Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka
Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4.[36] Nicol kurang menyerlah
juga dalam acara utama WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol
Weymuller,[37] Terbuka British[38] dan Terbuka Texas.[39] Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan
kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9, 9–0, 9–4.[40]

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang terbaik termasuk
memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur[41] dan Terbuka Malaysia.[42] Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan
peningkatan pada bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di
Shanghai[43] dan separuh akhir Terbuka Dunia,[44] supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA
Januari 2005.[45]

2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak [ sunting | sunting sumber ]

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke
tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Duniadi Jermanuntuk menjadi juara skuasy
termuda di dunia.[46]Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan
Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut.[47] Pada bulan Oktober, Nicol
membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga
Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan
orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah
menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita
dalam masa 55 minit.[48] Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka
British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking
dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para
ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.[49]

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari
2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang
mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini.[50][51] Beliau juga menjadi
orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking
mulai dipakai pada April 1983.[51] Nicol membuka tahun 2006 dengan
hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Nicol Ann David memegang piala
Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis[52] dan Terbuka Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.
Kuala Lumpur[53]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini
menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia.[54] Apapun,
Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan #1
dunia.[55] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan
menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka
Dunia Wanita.[56] Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-
turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.[57] Nicol turut
menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[58] Kejohanan Terbuka British Dunlop,[59] Terbuka Hong
Kong,[60]Terbuka Pulau Pinang[61] dan Terbuka Malaysia CIMB.[62] Nicol mengungguli ranking WISPA Disember
dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham,[63] dan dalam Anugerah
WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.[64]

2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi [ sunting | sunting sumber ]

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum
dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir
Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.[65] Sebulan kemudian,
Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana
tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–
9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit.[66] Inilah kali pertama beliau gagal
melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004,
setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya
di Sukan Komanwel di Melbournesembilan bulan sebelum ini.[67] Pada
bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia
setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga Nicol membalas Jenny Duncalf di
Terbuka CIMB 2007 di Kompleks
kesukanan.[68]
Skuasy Negara, Bukit Jalil.
Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia
WISPA tanpa kalah.[69] Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya
setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific[70] buat kali ketiga berturut-turut
pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53
perlawanan.[70][71] Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam
Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga
teratas.[72] Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan
Februari,[73] diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia,[74] Terbuka British di England,[75] Terbuka Seoul di Korea
Selatan,[76] Terbuka Malaysia,[77]Masters Singapura,[78] Terbuka Belanda,[79] Terbuka Dunia di England,[80] Qatar
Classic[81] dan Terbuka Hong Kong.[70] Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia
dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14
tahun pada Julai 1998,[82] kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan
Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.[83]

2009–kini: Mencapai rekod [ sunting | sunting sumber ]

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam
ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-
ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2; kakaknya Rachael
Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger(Amerika Syarikat) di
#4.[72] Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala
Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan
akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan
akhir.[84] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan
Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau
dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8,
11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan Nicol Ann David in beraksi pada
penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.
WISPA.[85] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara
kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini
dengan empat set.[86]

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan


Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf
dalam empat set.[87] Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau
mempertahankan pingat emas Sukan Duniadengan menewaskan lawan
ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set.[88][89] Seminggu
kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia
kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison
Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol
menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia
berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.[90]
Nicol David beraksi pada hari
ketujuh Terbuka Hong Kong 2009. Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan
Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang
ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan.[91] Beliau
mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun
itu.[91] Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-
41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya
sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking
wanita.[92] Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan
lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di
perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat.[93] Nicol mengakhiri
tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka
AS.[94]

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.[95] Wajahnya muncul dalam
kalendar WISPA untuk bulan Januari.[96]Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai
AS$53,000 pada bulan Mac;[97] beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus
kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya.[98] 13 hari kemudian, di
Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di
separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu.[99] Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di
Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.[100] Nicol meneruskan
kecemerlangannya sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang
“berprestij”[101][102][103] pada 22 September.[104] Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol,
sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.[105] Pada bulan
Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny
Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.[106]Kemudian, Nicol ke kejohanan
Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael Grinham 12–10,
11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.[107]

Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia WISPA
keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi menewaskan Rachael
Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja[108], sekaligus melengkapkan rekod tanpa kalah dengan
koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010.[109]Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy
perseorangan wanita Sukan Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7
di Guangzhou, China.[110] Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol
sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong
juga.[111]

Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol David selama
14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 di
Cleveland Classic di Amerika Syarikat.[112] Sebulan kemudian, pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan
Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai, India, tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang
kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan
England.[113] Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada
16 Mac 2011.[114] Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala
Lumpur buat kali ketujuh dengan menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah
jam sahaja.[115]

You might also like