You are on page 1of 3

LAPORAN MODUL PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS

TAHUN 3 KSSR
SK SUNGAI KAYU, SANDAKAN

1.0 PENGENALAN

Modul Pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahun 3 ini telah dilaksanakan oleh guru
Bahasa Inggeris, Tahun 3 pada 22 Ogos 2014.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama perlaksanaan Modul Pembelajaran ini adalah untuk :-

2.1 Menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris.

2.2 Memberi pendedahan secara langsung dan tidak langsung kepada murid-murid Tahun 3, SK
Sungai Kayu, Sandakan di dalam suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
yang menggunakan kaedah-kaedah penggunaan ICT.

2.3 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Inggeris, SK Sungai
Kayu, Sandakan.

2.4 Memberi pendedahan kepada guru dan murid dalam mengaplikasikan teknologi maklumat
terkini, di samping memberi peluang untuk meneroka kemudahan teknologi maklumat yang
ada di sekolah seperti perkhidmatan internet tanpa wayar, iaitu 1BestariNet yang telah
dipasang di sekolah sejak 2 tahun lepas.

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Modul Pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 dibahagikan kepada 4 kemahiran bahasa iaitu
Listening and Speaking, Reading, Writing dan Language Arts. Kerangka perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran adalah seperti berikut:
Lesson / Focus Theme / Topic Learning Standards Suggested Word List

Listening World of Stories / 1.1.4 Able to talk about whale, blue, hungry,
& Speaking The Whale Who Ate
a stimulus with sea
Everything
guidance

Reading World of Stories / 2.2.2 Able to read and pail, rusty, little,
The Whale Who Ate
understand simple and bigger
Everything
compound sentences

Writing World of Stories / 3.2.1 Able to complete jar, guitar, chocolate


The Whale Who Ate
missing words in bar, red, car
Everything
sentences.

Language Arts World of Stories / 4.3.1 Able to produce fish, fin, scales, tail
The Whale Who Ate
simple creative works
Everything
with guidance based
on the story.

4.0 KEKUATAN MODUL

Antara kekuatan yang dapat dilihat semasa melaksanakan modul pembelajaran ini adalah
seperti berikut:

4.1 Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
4.2 Guru dapat menggunakan ICT sebagai alat pemudah komunikasi dengan penggunaan video
dan audio yang menggunakan suara yang boleh menarik perhatian dan minat murid untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Semua murid dapat melihat dan mengaplikasikan sendiri suatu aktiviti dengan menonton
secara langsung aktiviti tersebut dilakukan melalui video yang sudah dimuatturun mahupun
secara online.
4.4 Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar di dalam Modul Pembelajaran ini,
maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual. Guru hanya perlu mengaplikasikan
alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami.

5.0 KELEMAHAN MODUL


Antara kelemahan yang dapat dilihat semasa melaksanakan modul pembelajaran ini adalah
seperti berikut:

5.1 Guru memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pemahaman murid yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
5.2 Masalah teknikal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung contohnya
terputus bekalan elektrik, komputer riba yang digunakan tidak dapat berfungsi, CD Modul
tidak dapat dibuka.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penyediaan Modul Pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 ini perlu diteruskan pada masa-
masa yang akan datang dan dikembangkan kepada murid-murid Tahun 1 dan 2 yang perlu
didedahkan dengan kaedah pengajaran ICT bagi menarik minat dan tumpuan mereka untuk
mempelajari Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
Selain itu, ruang masa yang lebih banyak dan lebih panjang perlu diberikan kepada mereka
yang terlibat dalam proses penyediaan Modul Pembelajaran ini bagi menjamin kualiti dan juga
kesesuaian dengan tahap pemahaman murid.
Oleh yang demikian, kerjasama dari semua warga Panitia Bahasa Inggeris serta sokongan
padu dari pihak pentadbiran sekolah amatlah dialu-alukan agar Modul Pembelajaran yang baharu
dapat dihasilkan dengan lebih baik berbanding dengan Modul Pembelajaran yang sedia ada ini.
7.0 KESIMPULAN

Sepanjang proses penyediaan Modul Pembelajaran ini, kerjasama dan perhatian serta
sokongan dari semua pihak amat memberangsangkan. Hasil dapatan daripada guru yang telah
menggunakan Modul Pembelajaran ini juga telah memberikan respons yang positif dari segi
sambutan dan juga penglibatan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

You might also like