You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA / 2021

Tarikh : 14 Jun 2021

Hari : Isnin

Masa : 2.30 – 4.30 petang

Tempat: Google Meet

Agenda:

1. Ucapan Alu – Aluan Guru Besar


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua / 2021
3. Perkara Berbangkit
4. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) JPN Sarawak Panduan
Mengisi Borang Pelaporan PdPR
5. Pencerapan Standard 4
6. PBD (Cikgu Norshafini)
7. Hal-hal lain

Kehadiran:

1. Zaidi bin Abdul Hamid


2. Mohd Nazimi bin Abdul Rahman
3. Helmi bin Tambi
4. Fauzia Etayi Kandi Hassan
5. Siti Nurfauzianna bt Bakri
6. Rozana bt Rahmat
7. Nor Shafini bt Nor Din
8. Nur Adilah bt Omar
9. Martha Ak Chalie
10. Mary Ak Lipa
11. Nurjuliana Abdullah
12. Nor bt Kuhi
13. Dyg Sarimah bt Abg Hamdan
14. Hayati bt Morshidi
15. Jauyah bt Omar
16. Dorothy David Ibau
17. Wailie bin Hamdin
18. Clement Kok Thai Wei
19. Nadzaty Akmar Abdullah
20. Nur Amirah bt Ngapan
21. Haslinda bt Arsat
22. Abu Suffian bin Mat
23. Mohd Solahuddin bin Che Pa
24. Abdullah bin Mohammad
25. Zulhadi bin Nayan
26. Azwandy bin Tuah
27. Mohd Sabri bin Mura
28. Dayang Fatimah bt Awang Muhammad Daud
29. Aneeza bt Baharum Shah
30. Dayang Noraishikin bt Abg Ahmad Masuine
31. Hafizawati bt Abdul Aziz
32. Sifwandi bin Othman
33. Liew Siew Mui
34. Dyg Nurul Asrina bt Awg Fadzellah
35. Aileen Koh Ai Ling
36. Haslina Faten bt Hasbi
37. Aisya Humaira Tan
38. Veronica Catherine
39. Dayangku Nurhazrin bt Awangku Sanusi
40. Ahmad Muinuddin bin Deraman
41. Mohd Akram bin Suip
42. Rumiazi bt Ariffi
43. Ahmad Zulhilmi bin Mohammad
44. Muhammad Auzani bin Mansor
45. Suraya bt Hj Ali Hadar
46. Ustazah Masita bt Moharam
47. Fauzia bt Etayi Kandi Hasan
48. Fazlina bt Ismail
49. Aireen Natasha binti Che Buyong
50. Mohammad Amizul bin Abu Bakeri
51. Razreena Binti Amin
52. Zulhilmi bin Puasa
53. Abdullah bin Saat
54. Masiah bt Masaid

1. Ucapan Alu – Aluan Guru Besar

1.1 Guru besar menjelaskan bahawa sesi persekolah telah bermula iaitu pada 14 Jun 2021.
1.2 Beliau juga menyatakan bahawa sesi persekolahan secara tidak bersemuka masih diteruskan
lagi sehingga 16 Julai. Kita akan meneruskan sistem pdpr dan bdr.
1.3 Guru Besar meneruskan mesyuarat staf dan kemudian disambung dengan mesyuarat
kurikulum yang ketiga.
Makluman: Semua Guru

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Dicadangkan Oleh : Cikgu Muhammad Auzani bin Mansor


Disokong Oleh : Cikgu Sifwandi bin Othman
3. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) JPN Sarawak Panduan
Mengisi Borang Pelaporan PdPR.

3.1 Puan Fauzia memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan sekiranya guru tersebut
mengadakan kelas atas talian, maka guru perlu memilih kaedah gabungan dalam borang PdPr
JPN. Hal ini kerana, bagi murid yang tidak mengikuti kelas atas talian, mereka akan melihat
rakaman kelas atas talian. Maka murid yang tidak mengikuti kelas atas talian dikira masih
hadir pdpr.
3.2 Contoh dalam kelas Google Meet, 25 orang murid hadir, baki 3 orang murid dikira hadir
secara luar talian dengan menonton rakaman atau menyiapkan latihan yang diberi semasa
Google Meet.
3.3 Puan Fauzia meminta semua guru yang mengadakan kelas atas talian, haruslah isi borang
PdPR JPN dengan memilih kaedah gabungan.
Makluman dan Tindakan: Semua guru

4. Pencerapan Standard 4

4.1 Puan Fauzia memaklumkan bahawa semua guru akan dicerap PdPR secara atas talian
sekurang-kurangnya 1 kali sahaja.
4.2 Pencerapan pertama dalam tempoh 5 minggu. Guru-guru yang dicerap boleh memaklumkan
kepada pencerap bila-bila masa yang sesuai untuk dicerap.
4.3 Pencerapan kedua akan dibuat pada Ogos dan September.
4.4 Puan Fauzia memaklumkan bahawa kita ada dua instrument untuk pencerapan iaitu
instrument SKPMg2 dan instrument KBAT. Memandangkan sekolah kita ialah sekolah
KBAT maka kita akan menggunakan kedua-dua instrument tersebut.
4.5 Elemen yang hendak dicerap haruslah rujuk instrument SKPMg2. Guru-guru hendaklah
memasukkan elemen KBAT dalam pdpr.
4.6 Puan Fauzia turut menjelaskan bahawa ketua panitia haruslah berbincang dengan ahli panitia
mengenai satu subjek satu projek bagi tahun 1 sehingga tahun 6. Projek tersebut boleh
dijadikan sebagai pbd.
Makluman: Semua guru

5. PBD (Cikgu Norshafini)

5.1 Cikgu Norshafini menunjukkan tarikh pengisian pelaporan bagi bulan Mac, Jun dan
November.
5.2 Cikgu Norshafini turut menjelaskan bahawa guru-guru perlu mengisi jumlah tahap
penguasaan murid.
5.3 Cikgu Norshafini menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan pengisian penuh dalam e-
pbd. Tapi beliau inginkan guru-guru mengisi bilangan tahap penguasaan murid sahaja.
5.4 Cikgu Norshafini sebagai penyelaras hanya akan mendapatkan bilangan tahap penguasaan
murid sahaja.
5.5 Selebihnya adalah tanggungjawab guru sendiri mengisi tahap penguasaan bagi subjek
masing-masing. Hal ini adalah memudahkan sekiranya ada murid hendak berpindah.
5.6 Cikgu Norshafini turut menjelaskan bahawa sekiranya guru-guru tidak mengisi tahap
penguasaan pada templat pbd secara online, guru boleh simpan dulu tahap penguasaan
murid secara hard copy. Apabila sudah tiba masa isi tahap penguasaan secara online
barulah cikgu perlu isi.
5.7 Cikgu Norshafini turut mengucapkan terima kasih bagi semua guru yang telah selesai
mengisi tahap penguasaan murid bagi bulan Mac cuma tahun 1 sahaja belum ada pelaporan
pbd sebab tahun 1 masih dalam program transisi.
5.8 Bagi bulan Jun, tahun 1 sehingga tahun 6 perlu diisi tahap penguasaan mereka. Tarikh akhir
ialah pada 26 Jun.
5.9 Cikgu Norshafini memberitahu bahawa dia akan kongsi balik tapak analisis tahap
penguasaan murid.
5.10 Cikgu Norshafini menjelaskan tindakan guru kelas adalah memastikan bilangan
murid tepat berdasarkan kepada APDM. Jangan padam atau buang data murid yang
berpindah tapi guru hanya perlu kosongkan sahaja.
5.11 Guru kelas juga perlu memastikan nama murid, nama ringkas dan no kad pengenalan
diisi dengan betul.
5.12 Manakala bagi guru matapelajaran , setiap guru haruslah mempunyai hardcopy atau
soft copy peribadi maklumat tahap penguasaan matapelajaran bagi kelas yang diajar.
5.13 Guru-guru juga haruslah memastikan tahap penguasaan murid dikemaskini
berdasarkan penguasaan semasa.
5.14 Guru juga haruslah memberikan tahap penguasaan yang sepatutnya berdasarkan
keupayaan murid dan penilaian professional guru.
5.15 Bagi guru yang beri tahap penguasaan 6 haruslah mempunyai evidens.
5.16 Guru juga perlu menyediakan maklumat intervensi bagi tahap penguasaan 1 dan
tahap penguasaan 2.
5.17 Tindakan ketua panitia pula haruslah memastikan semua ahli melaksanakan PBD
secara seragam dan telus.
5.18 Guru boleh menyelaras instrument yang digunakan untuk penetapan tahap
penguasaan bagi setiap murid.
5.19 Ketua panitia juga boleh mengenalpasti program intervensi di peringkat panitia
sekiranya terdapat murid Tahap 1 dan Tahap 2.
5.20 Ketua panitia boleh menyediakan penanda aras atau target bagi murid untuk
mendapat tahap penguasaan 5 dan tahap penguasaan 6.
5.21 Ketua panitia haruslah menyemak dan memastikan analisis tahap penguasaan yang
diisi tepat dan sahih.
5.22 Cikgu Norshafini menjelaskan tindakan beliau sebagai penyelaras iaitu bertindak
mengumpul data analisis tahap penguasaan bagi setiap mata pelajaran.
5.23 Pelaporan murid secara individu adalah tanggungjawab guru matapelajaran masing-
masing.
5.24 Penyelaras hanya akan mengenal pasti bilangan murid berdasarkan kepada tahap
penguasaan sahaja bagi setiap mata pelajaran.
5.25 Beliau turut menjelaskan bahawa beliau akan mencetak dan menyediakan pelaporan
bagi murid berpindah.
5.26 Cikgu Norshafini mengingatkan semua guru bahawa tahap penguasaan murid
haruslah ada peningkatan dan bukannya penurunan.
5.27 Bagi tahun 6 minimum tahap penguasaan adalah tahap 4.
5.28 Guru boleh rujuk DSKP bagi menilai tahap penguasaan murid.
5.29 Cikgu Norshafini mengingatkan semua guru bahawa sebelum 22 Jun , guru-guru
perlu mengisi analisis tahap penguasaan murid. Guru-guru diminta untuk tidak menukar
bilangan murid kerana beliau sendiri akan memasukkan jumlah bilangan murid.
5.30 Cikgu Helmi menambah bahawa murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan
koakademik layak untuk mendapat tahap penguasaan 4 ke atas.
5.31 Cikgu Norshafini menjelaskan bahawa tahap penguasaan adalah bawah penilaian
guru matapelajaran masing-masing.
5.32 Puan Fauzia juga menjelaskan bahawa guru subjek boleh cuba senaraikan nama
murid tersebut dan bagi aktiviti yang sesuai agar dapat menambah tahap penguasaan
mereka. Ketua panitia boleh berbincang dengan ahli panitia apakah aktiviti yang boleh
meningkatkan tahap penguasaan murid.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru
6. Hal-hal Lain
6.1 Puan Fauzia juga menjelaskan bahawa guru subjek boleh cuba senaraikan nama murid
tersebut dan bagi aktiviti yang sesuai agar dapat menambah tahap penguasaan mereka.
6.2 Ketua panitia boleh berbincang dengan ahli panitia apakah aktiviti yang boleh
meningkatkan tahap penguasaan murid.
6.3 Guru Besar mencadangkan murid Tahun 6 ada satu tapak facebook untuk mereka buat satu
projek dan dimasukkan ke dalam facebook sebagai eviden.
6.4 Guru besar juga menggalakkan agar semua guru mengadakan plc contohnya mengadakan
ceramah seperti yang telah dibuat oleh SMK Agama.
6.5 Guru besar meminta agar guru kelas bertindak sebagai ibu bapa kepada anak murid kelas
masing-masing. Guru kelas boleh bertanyakan mengenai prestasi masing-masing semasa
pdpr.
6.6 Guru besar meminta guru-guru menyediakan borang keberhasilan dan bentangkan
mengenai pentadbiran, hem, kurikulum dan sebagainya. Setiap orang perlu
membentangkan keberhasilan masing-masing kepada penolong kanan.
6.7 Puan Fauzia menambah bahawa beliau akan kongsikan senarai nama pencerap dalam group
whatsapp.

Makluman dan tindakan: Semua guru

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

............................................ ..............................................................

(RUMIAZI BINTI ARIFFIN) (FAUZIA BT ETAYI KANDI HASSAN)


Setiusaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Agama ( MIS ) Miri SK Agama ( MIS ) Miri

Disahkan Oleh,

..........................................

( ZAIDI BIN ABD HAMID )


Guru Besar
SK Agama ( MIS ) Miri

You might also like