You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM AMBANG MERDEKA 2022

SEKOLAH RENDAH AGAMA (JAIM) KAMPUNG TERSUSUN BUKIT LARANG


75460 MELAKA

Ruj Kami : SRA/KTBL (M87) 100 – 18 (1/22)


Tarikh : 08 Ogos 2022

1. PROGRAM

PROGRAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2022

2. TUJUAN

Sambutan hari kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama
ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan
sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Bulan kemerdekaaan merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dengan
kerjasama Perpustakaan Pekan Telok Mas dan semua guru. Program ini bertujuan memupuk
semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan
silaturrahim di kalangan murid dan juga guru-guru. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan
dengan matlamat bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid SRA JAIM Kg.
Tersusun Bukit Larang.

3. TEMA

KELUARGA MALAYSIA, TEGUH BERSAMA


4. OBJEKTIF

Pada akhir program ini, warga SRA JAIM Kg. Tersusun Bukit Larang dapat :

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.


2. Mencungkil bakat murid.
3. Menguji pengetahuan am para pelajar.
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan ini.
6. Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang
mereka kecapi selama ini.

5. TARIKH

10 Ogos 2022 (Rabu)

6. SASARAN

Semua Murid dan Guru

6. PELAKSANAAN

TARIKH : 10 Ogos 2022 bersamaan 12 Muharram 1444H


HARI : Rabu
MASA : 2.30 petang hingga 5.00 petang
SASARAN : Semua Guru & Pelajar
TEMPAT : Surau Sra Jaim Kg. Tersusun Bukit
Larang
7. JAWATANKUASA PROGRAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2022

Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perancangan
dan pelaksanaan program seperti ketentuan berikut

JAWATANKUASA INDUK :

 PENASIHAT : ROSMAH BINTI AHMAD (GURU BESAR)


 PENGERUSI : IDAYU MELATI BINTI ABU BAKAR (GPK
PENTADBIRAN)
 NAIB PENGERUSI : SITI NOOR IZYANI BINTI TALIP (GPK
HEM)
 SETIAUSAHA : FARA TIARA BINTI FADZIL (S/U KO
AKADEMIK)

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2022


10 OGOS 2022 (RABU)
2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
DEWAN SRA JAIM KG. TERSUSUN BUKIT LARANG

TUGAS AHLI JAWATANKUASA

PENGACARA MAJLIS SITI NOOR IZYANI BINTI TALIP

BUKU PROGRAM FARA TIARA BINTI FADZIL

BACAAN DOA MUHAMMAD FAKHRI BIN HJ. MUSTAFA

SIARAYA/PERSIAPAN TEMPAT MOHD ALI ZULFAKAR BIN IBRAHIM

JURUFOTO NURDIYANA BINTI MOHD NOR

HADIAH/CENDERAHATI UMMU AMANINA BINTI HALEB


IDAYU MELATI BINTI ABU BAKAR
MAKANAN NURSHILA BINTI AMAN
NUR ZAFIRAH NAJIHAH BINTI SAMSUDIN
PENYELARAS AKTIVITI SEMUA GURU KELAS
Perincian Skop Tugasan Ahli JawatanKuasa

PROGRAM AMBANG MERDEKA TAHUN 2022

Bil Bidang Tugas Peranan

1. Pengacara majlis -Menyediakan teks ucapan berkaitan program.

2. Buku program -Menyediakan dan mengedar buku program bagi program


ambang merdeka.

3. Bacaan doa -Membaca doa semasa majlis dan penutup majlis.

4. Hadiah -Mendapatkan nama pemenang daripada penyelaras aktiviti.


-Menyediakan persiapan hadiah yang sesuai dengan
pemenang.

5. Persiapan tempat -Membuat persiapan tempat


-Memastikan dewan dalam keadaan bersih dan teratur.
-memastikan kebersihan dan kekemasan dewan.

6. Penyelaras aktiviti -Membuat hebahan tentang pertandingan.


-Mempromosikan aktiviti pertandingan.

7. Juru gambar -Mengambil gambar-gambar sepanjang program.


-menghantar gambar kepada ajk dokumentasi.

8. Siaraya Memastikan semua peralatan berkaitan sistem bunyi dalam


keadaan baik.

8. AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN


Bil Tarikh Tahun Aktiviti Penyelaras
Program/Aktiviti

1. 8 Ogos 2022 Tahun 1,2,3 Tazkirah Maal UNIT HEM


Hijrah Dan Kuiz

2. 10 Ogos 2022 Semua Murid Program UNIT


Tahap 1 dan 2 Ambang PENTADBIRAN
Merdeka
SRAJKTBL

3. 12 Ogos 2022 Tahun 4,5,6 Tazkirah Maal UNIT HEM


Hijrah Dan Kuiz

9. TENTATIF PROGRAM

MAJLIS DAN ATURCARA PROGRAM

1. Majlis Tazkirah Maal Hijrah Tahap 1

Tarikh : 8 Ogos 2022


Hari : Isnin
Masa : 4.45 – 6.15 Petang
Tempat : Surau SRAJKTBL

2. Program Ambang Merdeka 2022

Tarikh : 10 Ogos 2022


Hari : Rabu
Masa : 2.30 – 5.00 Petang
Tempat : Dewan SRAJKTBL

3. Majlis Tazkirah Maal Hijrah Tahap 2

Tarikh : 12 Ogos 2022


Hari : Jumaat
Masa : 4.45 – 6.15 Petang
Tempat : Surau SRAJKTBL

10. Penutup
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur berjalan dengan baik. Ini adalah kerana program ambang
merdeka bukan sahaja mampu mendidik pelajar mencintai Negara, bahkan dapat
meningkatkan jati diri pelajar.

Disediakan oleh,

………………………………
(FARA TIARA BINTI FADZIL)
Setiausaha Ko Akademik
Program Ambang Merdeka 2022
SRA JAIM Kg. Tersusun Bukit Larang

Disemak oleh,

………………………………
(IDAYU MELATI BINTI ABU BAKAR)
GPK Pentadbiran
SRA JAIM Kg. Tersusun Bukit Larang

Disahkan oleh,

………………………………
(ROSMAH BINTI AHMAD)
Guru Besar
SRA JAIM Kg. Tersusun Bukit Larang

Tarikh : 8 Ogos 2022

You might also like