You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT 

PPDa BIL 1/TAHUN 2022

Tarikh: 18 Mei 2022 (Rabu)

Masa: 2.00 petang

Tempat: Makmal computer

Pengerusi: Pn. Maimun Binti Sahrujie (PKHEM SK Tui)

Kehadiran(Bilangan)           : 19/20 orang

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ahli jawatankuasa mesyuarat, membacakan
agenda mesyuarat dan meminta semua ahli jawatankuasamemulakan mesyuarat dengan
bacaan Ummul Kitab, Al Fatihah.

1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa program Pendidikan Pencegahan Dadah ini merupakan
satu program yang wajib dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga
merupakan satu program yang telah dirancang serta mempunyai pelbagai aktiviti dan
program PPDa di SK Tui merupakan salah satu aktiviti yang rancak dilaksanakan di sekolah.

Tindakan: Makluman

2 PELANTIKAN JAWATANKUASA PPDa INDUK

2.1. Pengerusi selaku PKHEM SK Tui telah melantik ahli mesyuarat seperti yang telah disenaraikan
sebagai Jawatankuasa Induk PPDa SK Tui sesi 2022/2023 dengan sebulat suara dipersetujui
oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Semua AJK

3 PELANTIKAN JAWATANKUASA PPDa PELAKSANA

3.1. Pengerusi juga bertanyakan senarai ahli jawatankuasa PPDa pelaksana yang belum disiapkan
lagi oleh S/U PPDa dan dicadangkan oleh En. Mohd Hazwan agar ahli jawatankuasa
pelaksana ditentukan oleh S/U PPDa dan ia dibentangkan kepada semua guru dalam
mesyuarat guru akan datang. Semua ahli jawatankuasa mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut.

Tindakan:S/U PPDa

3.2 Pengerusi memaklumkan tarikh Program Minggu Anti DARAH dan Program 5 Minit Anti
Dadah Tahun 2022, membincangkan aturcara program dan pertandingan yang diadakan
sepanjang program. Pengerusi meminta program dilaksanakan dengan lancar mengikut
masa yang ditetapkan agar PDP murid dapat dilaksanakan dengan terancang.

Tindakan:S/U PPDa
4 PELANTIKAN JAWATANKUASA PPDa PELAJAR

4.1. Pelantikan jawatankuasa ini akan dibincangkan dalam agenda ke enam.

Tindakan: Makluman

5 PERANCANGAN TAKWIM PPDa

5.1. Pengerusi bertanyakan mengenai Takwim PPDa tahun 2022, dinyatakan oleh S/U PPDa
bahawa takwim belum disiapkan lagi, akan dirancang dan disiapkan dalam tempoh terdekat.

Tindakan: S/U PPDa

6 PERANCANGAN SUDUT DAN LORONG PPDa (MENGIKUT ELEMEN)

6.1 Perancangan Sudut dan Lorong ini dibentangkan oleh En. Mohd Hazwan selaku Guru PPDa
dan hadir ke taklimat yang diadakan di peringkat Daerah. En. Mohd Hazwan menerangkan
sebanyak 9 elemen dan dimensi yang terdapat dalam Instrumen Pemantauan PPDa
Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan digunakan dalam pemantauan PPDa Sudut dan
Lorong yang disertai oleh SK Tui di Peringkat daerah. Memaklumkan bahawa pertandingan
yang disertai ini merupakan salah satu cara untuk membolehkan sesebuah sekolah
mendapatkan baiah dan ia amat berguna kerana dapat menyebar luas maklumat mengenai
bahaya DARAH kepada murid.

Tindakan: Makluman

6.2 En. Mohd Hazwan juga bertanyakan kepada semua AJK Induk PPDa sama ada bersetuju dan
bersedia dengan pertandingan ini, Pn. Maimun bersetuju namun perlu adanya jawatankuasa
pelaksana kerana ia merupakan satu projek besar sekolah. Pengerusi menyatakan bahawa
semua guru perlu dilibatkan dalam program ini.

Tindakan: Semua AJK

6.3 Pembahagian tugas mengikut elemen dalam kalangan jawatankuasa induk PPDa
dilaksanakan

Tindakan: Semua AJK

7 HAL-HAL LAIN

7.1 Cadangan En. Mohd Hazwan agar diadakan pemantauan dalaman oleh Pegawai PPDa
Cadangan pemantauan adalah pada bulan Oktober.

Tindakan: S/U PPDa

7.2 En. Awang Mohd Puasa mencadangkan agar dilaksanakan satu mesyuarat bersama semua
guru dan dimaklumkan mengenai tugas semua guru dalam pertandingan ini, beliau juga
mencadangkan agar diadakan dengan lebih kerap mesyuarat PPDa Induk untuk mengetahui
perkembangan setiap tugas yang telah diberi. En. Mohd Hazwan juga memaklumkan bahawa
mesyuarat jawatankuasa PPDa sekurang-kurangnya perlu ada empat kali setahun.
Tindakan: S/U PPDa

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….

( MOHD HAZWAN BIN HOT ) ( MAIMUN BINTI SAHRUJIE )

Setiausaha Pengerusi

PPDa SK Tui PPDa SK Tui

You might also like