You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KELAB BOLA TAMPAR

KALI 2/2018

Tarikh : 4 Jun 2018


Hari : Isnin
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN
1. Puan Noor Farah Syamimi Binti Ismail
2. Puan Nazdilah Bt Ismail
3. Puan Hanis Izzati
4. Puan Masniar
5. Puan Aini Yusniza
6. Ahli kelab Tahun 4, 5 & 6
7. En. Dahlan Jurut
8. Pn. Lilly Anak Daud
9. Pn. Nooradillah binti Ibrahim
10. En. Ahmad Tarmizi binti Awang Lah

Agenda 1 : Kata-kata Aluan Guru Penasihat

1.1 Guru Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada
mesyuarat Kelab Bola Tampar kali kedua
1.2 Guru Penasihat berharap agar semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan
kelancaran setiap aktiviti kelab.
1.3 Guru Penasihat juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa
yang dilantik kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik serta berharap
agar komitmen yang baik ini dapat diteruskan.
Tindakan: Semua ahli kelab Bola Tampar

Agenda 2: Perkara-perkara Berbangkit

- Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Makluman

Agenda 3: Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Hanis
Izzati.

Tindakan:Setiausaha
Agenda 5 : Laporan Aktiviti Bagi Semester Pertama

5.1 Setiausaha kelab melaporkan ahli kelab sehingga bulan Jun ialah seramai 136
orang murid.
5.2 Setiausaha juga melaporkan kehadiran ahli kelab bola tampar bagi semester
pertama sangat memberangsangkan.
5.3 Perjumpaan kelab bola tampar sehingga bulan Jun 2018 ialah sebanyak 5 kali.
5.4 Penasihat juga melaporkan ahli-ahli kelab telah didedahkan dengan asas
permainan bola tampar seperti peraturan permainan, prosedur permainan dan
kemahiran-kemahiran asas permainan bola tampar.
5.5 Berikut merupakan laporan pertandingan bola tampar peringkat sekolah dan
daerah melibatkan ahli kelab bola tampar :

Bil pertandingan Penglibatan ahli


5 orang mewakili sekolah
Kejohanan Bola Tampar
1 dari kelab Bola Tampar
Peringkat Daerah Gombak
bagi kategori lelaki

Tindakan: Setiausaha

Penutup
Akhir sekali KP mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1 petang.

Disediakan oleh;

…………………………………………………….
(Puan Nurhayati Bt Hassan)
Setiausaha Kelab Bola Tampar,
SK. Taman Seri Gombak 2.

Disahkan oleh;
………………………………….....................
(Pn Noor Farah Syamimi Bt Ismail)
Guru Penasihat,
SK Taman Seri Gombak 2.

You might also like