You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG

JALAN SULTAN AZLAN SHAH


11900 PULAU PINANG
_____________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 02/22

Tarikh : 27 April 2022


Hari : Rabu
Masa : 12:00 p.m.
Tempat : Bilik Abad

Agenda :
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
2.0 Perancangan Program Panitia 2022
3.0 Pelaksanaan PBD 2022
4.0 Kewangan Panitia 2022
5.0 Hal-hal lain

Kehadiran : Siti Shufinas Binti Hassan (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Nurliyana binti Azhar Ahmad Zaini bin Mohamed


Thanapakiam a/p A.Manickam Kogila a/p Jasalinggam
Zuraida binti Ramzan Kohila Vani a/p Chandran
Ahmad Bukhori bin Hj Mohd Zain Rohani binti Abdul Malik

BIL. PERKARA
1.0 Ucapan aluan pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Inggeris kerana menyelesaikan Catch Up Plan 3.
Pn Rohani mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh semua.
2.0 Perancangan Program Panitia 2022
2.1 Pertandingan melukis poster Bahasa Inggeris untuk disiapkan di rumah
bertemakan “Thank You”.
2.2 Penyertaan akan diberikan voucher.
2.3 Guru perlu memberikan cadangan program yang melibatkan kos dan
dihantar di dalam Telegram.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris
3.0 Pelaksanaan PBD 2022
3.1 Penilaian PBD akan dinilai sedari awal dan TOV baru perlu disediakan.
3.2 Penilaian baru perlu dilaksanakan dua minggu selepas Hari Raya.
3.3 Soalan yang dibuat perlu melibatkan tahap 1 sehingga 6 dalam satu kertas
soalan.
3.4 Kertas soalan minimum dua kertas sahaja dan seragam berdasarkan tahun.
3.5 Kertas soalan perlu dihantar untuk semakan ketua panitia pada 28 April
2022.
3.6 Pelaksanaan penilaian adalah di dalam kelas dan guru tidak boleh
membimbing murid.
3.7 Analisa keputusan diambil kira sebagai TOV dan perlu direkod dalam
PBD 1 2022 pada bulan Mei.
3.8 Senarai penyedia kertas soalan adalah seperti di bawah:
Tahun 1: Pn Nurliyana
Tahun 2: En Bukhori
Tahun 3: Pn Kogila
Tahun 4: Pn Kohila
Tahun 5: Pn Thanapakiam
Tahun 6: Pn Shufinas
3.9 Format kertas soalan hanya sebanyak dua muka surat termasuk nama dan
kelas.
3.10 Bentuk soalan adalah bebas.
4.0 Kewangan Panitia 2022
4.1 Voucher masih berbaki RM120.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Minggu transisi Tahun Satu berjalan dengan baik.
5.2 Pertandingan Good Deed diganti dengan Thusday is English Day.
5.3 Vocabulary expert berjalan seperti biasa.
5.4 Buku latihan dan buku kerja perlu dihantar untuk semakan.
5.5 Ketua panitia memaklumkan RPT berada dalam folder drive sekolah.
5.6 Modul tidak dapat dicetak kerana kekangan kewangan.
6.0 Penutup
Ketua Panitia berharap semua guru Bahasa Inggeris menjalankan tugasan
yang diberikan dengan amanah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1240 tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NURLIYANA BT AZHAR) (SITI SHUFINAS BT HASSAN)

Setiausaha Panitia Bahasa Ketua Panitia Bahasa Inggeris


Inggeris

You might also like