You are on page 1of 7

PejabatAm: 09- 8503762

SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI Fax : 09- 8503760


KodSekolah: TBA 2005
24000 KEMAMAN Emelsek:skbinjai_tba2005@yahoo.com

_________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT KALI PERTAMA 2022

TARIKH : 31 MAC 2022


HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK RBT

KEHADIRAN :

Pn. Shazalina bt. Othman - PK PPKI – Turut Hadir


Pn. Intan Jesshiella bt. Sudin - KP
Pn. Ainun Jariyah bt. Mat Ariff - SU
En. Khairunizam b. Hassan
Pn. Hamizan bt. Ibrahim
Pn. Wan Norfazlina bt. Wan Mustaffa Kamal
Pn. Wan Aida Fadzliyaton bt. Wan Mat Arif
En. Khairi (guru ganti Pn. Roslina Embong)

Tidak Hadir : Pn. Nur Hidayah bt. Kamarudin (kuarantin)

1.0 Perutusan Pengerusi Panitia


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Ummul Kitab. Al
Fatihah sebagai memberkati majlis ini.
1.2 Ucapan dan kata aluan pengerusi : Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir
ke mesyuarat pada kali ini.

2.0 Perutusan Guru Penolong Kanan PPKI


GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia RBT atas kehadiran
dalam mesyurat kali pertama.
2.1 Beliau berharap fail panitia sentiasa dikemaskini.

Tindakan: Setiausaha RBT


2.2 Beliau menegaskan kepada guru pelaksanaan sebarang aktiviti panitia hendaklah
mengandungi eviden.
2.3 Beliau juga memberitahu rekod penggunaan bilik dan alatan perlu disediakan dan
dicatat.
2.4 Beliau berharap panitia dapat mewujudkan sudut inovasi atau pameran.
2.5 Beliau menegaskan perbelanjaan duit PCG untuk pembelian barang yang perlu sahaja.

Tindakan : Semua guru

1
3.0 Penerimaan Minit Mesyuarat yang lepas
3.1 Minit mesyuarat kali ke-4 2022 diterima tanpa sebarang pindaan.
3.2 Cadangan : Wan Norfazlina bt. Wan Mustaffa Kamal
Sokongan : Ainun Jariyah bt. Mat Ariff

4.0 Perkara pekara Berbangkit


4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 Perancangan Strategik


5.1 Pengerusi memaklumkan panitia perlu mereka satu inovasi untuk dipamerkan di
sudut panitia.
5.2 Sebarang cadangan daripada ahli panitia amatlah dialu-alukan.

Makluman

6.0 Pengurusan Fail


6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap panitia dikehendaki menyediakan 6 buah fail
yang seragam.
6.2 Bahan atau dokumen yang terkandung di dalam fail tersebut adalah untuk 3 tahun
yang terkini.

5.3 Item kandungan fail-fail tersebut adalah seperti berikut :

BIL TAJUK FAIL ITEM


1 Fail 1  Carta Organisasi Kurikulum
 Carta organisasi Panitia
 Perkiling Ikhtisas / Surat Siaran Berkaitan
 Surat-surat Masuk / Keluar
 Surat Panggilan Mesyuarat
 Minit Mesyuarat
 ABM / Kewangan Panitia

2. Fail 2  Perancangan Tahunan


 Pelaporan Aktiviti
 Pelan Strategik Panitia
 Kajian Tindakan ( Jika ada)

3 Fail 3  Biadata Guru Terkini


 Jadual waktu Persendirian ( Terkini)
 Sijil / Surat Penghargaan guru

4 Fail 4  Huraian Sukatan Pelajaran (Hsp) / Scheme of Work (SOW) (QR


Code)
 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP)
 Senarai Buku Teks
 Senarai Buku Rujukan / Buku Tulis
 Penyeliaan dan Pencerapan Guru
 Jadual dan Semakan Buku Tulis

2
5 Fail 5  Jadual Peperiksaan
 Jadual Penyediaan Soalan
 Bank Soalan ( Disimpan di biik Pengurusan Peperiksaan )

6. Fail 6  Keputusaan Peperiksaan / SAPS


 Keputusan/Laporan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD)
 Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
 Post Mortem
- Peperiksaan
- PBD

7.0 Agihan Tugas Ahli Panitia


Pengerusi : Intan Jesshilla bt. Sudin
Setiausaha : Ainun Jariyah bt. Mat Ariff
AJK :
1. Hamizan bt. Ibrahim
2. Wan Aida Fadzliyton bt. Wan Mat Arif
3. Nur Hidayah bt. Kamaruddin
4. Roslina bt. Embong
5. Mohd Khairunizam b. Hassan
6. Wan Norfazlina bt. Wan Mustaffa Kamal.

Tugasan akan diagihkan dalam group telegram panitia RBT mengikut keperluan semasa.

8.0 Pengagihan belanja Mengurus/Kewangan Panitia

8.1 Peruntukan yang diberikan pada tahun ini ialah sebanyak RM3870.85.
8.2 Guru senaraikan barang yang hendak dibeli dan KP akan isikan dalam nota meter.

9.0 Penggunaan Bengkel

9.1 Setiausaha akan sediakan jadual penggunaan bengkel mengikut jadual waktu guru.

Tindakan: Setiausaha RBT

10.0 Pasca Pelaporan Bilik Darjah (PBD akhir tahun 2021)

10.1 Semua pelaporan telah siap diisi oleh guru mata pelajaran RBT pada akhir tahun lepas
mengikut kesesuaian tahap murid.
10.2 Penilaian PBD yang dibuat perlulah mengandungi eviden, gambar dan disimpan di dalam
fail yang disediakan.

11.0 RPT 2022


11.1 RPT 2022 mestilah digubal mengikut jumlah minggu yang telah ditetapkan seperti dalam
buku pengurusan sekolah.
11.2 Guru boleh muatnaik sediri RPT yang boleh dicari dalam pelbagai laman web.
Tindakan: Guru RBT

3
12.0 Penulisan E-RPH
12.1 Guru diingatkan supaya menyediakan dan mempunyai rancangan tahunan yang terkini
untuk rujukan PdPC.
12.2 Perlu masukkan elemen PAK21 dalam setaip pengajaran.
12.3 Penulisan rancangan pengajaran harian untuk penyediaan Erph seperti yang dibincangkan
dalam panitia contoh format penulisan rancangan pengajaran harian adalah seperti
berikut :

Tema :
Tajuk/Tema :
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran :
Objektif :
Kriteria Kejayaan :
Elemen Merentas Kurikulum :
KBAT / Ithing :
Aktiviti PdPC :
Penilian :
Refleksi :
12.4 Peruntukan masa belajar ialah 42 minggu
- PdPC Tahap 2 ialah 36 minggu
12.5 Penulisan Erph guru pakai template yang telah diselaraskan oleh sekolah.
12.6 Pembelajaran PdPR berjalan seminggu sekali sahaja.

Tindakan: Guru RBT

13.0 Agihan Latihan (Volume Work )


Agihan latihan kepada murid perlulah diberi sekurang-kurangnya sekali seminggu mengikut
tahap kesesuaian murid dalam kelas yang diajar.

Tindakan: Guru RBT

14.0 Semakan Latihan dan buku latihan murid


Buku latihan murid hendaklah sentiasa disemak oleh guru mata pelajaran dan disemak oleh
pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam buku takwim pengurusan sekolah
2022 iaitu pada 28 Julai 2022.

Tindakan: Guru RBT

15.0 Penggubalan Soalan Peperiksaan


Agihan penggubal soalan peperiksaan akan dimaklumkan dalam group telegram Panitia RBT
mengikut tahun yang diajar iaitu untuk Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Soalan
Pentaksiran Akhir Tahun 2022.

Tindakan: Guru RBT

4
16.0 Pencerapan Ahli Panitia
Ahli Panitia akan dicerap oleh guru dan barisan pentadbir yang telah ditetapkan mengikut
jadual pencerapan. Semua guru diminta sentiasa bersedia untuk pencerapan PDPC kelas yang
diajar.

Tindakan: Guru RBT

17.0 PLC (Peningkatan Profesionalisme Guru dalam Panitia)

PLC dijalankan 2 kali sebulan bermula Mac 2022. Ketua panitia akan merekodkan PLC dalam
E-SPLG untuk jumlah mata kredit PLC guru-guru. Laporan PLC juga perlu dibuat beserta
dokumentasi bergambar sebagai bukti pelaksanaan PLC tersebut.

Tindakan: Guru RBT

18.0 Program Kecemerlangan Akademik


Antara program yang dicadangkan dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
 Penghasilan Projek Murid
 Melengkapkan Papan Kenyataan Bengkel
 Pertandingan Buku Skrap Kreatif
 Mencipta Bahan Bantu Mengajar.
 Kuiz
 Mencipta replika inovasi panitia.
Tindakan : Guru RBT

19.0 Penetapan PBD


19.1 Guru MP ramaikan murid yang menerima TP5 terutama bagi kelas-kelas yang
mempunyai murid yang berkebolehan.
19.2 Murid tidak ramai yang mendapat TP5 pada tahun lepas kerana kurang projek yang
dijalankan disebabkan PKP.
19.3 Pn. Intan mencadangkan murid Tahun 6 diberikan tahap pencapaian sekurang-
kurangnya TP 4.

Tindakan: Guru RBT

20.0 Bulan Panitia (Takwim 2022)


20.1 Bulan Panitia RBT perlukan dilaksanakan pada tahun ini mengikut ketetapan yang telah
dinyatakan dalam buku pengurusan sekolah 2022 iaitu pada Februari 2023.
20.2 Pn. Wan Aida mencadangkan aktiviti pertandingan rekacipta atau pameran.
20.3 Pn. Intan mencadangkan gotong-royong bilik RBT sebagai aktiviti Bulan Panitia.

Tindakan: Guru RBT

5
21.0 Sudut Panitia
21.1 Sudut panitia dicadangkan oleh Pn. Wan Aida untuk dibuat di dalam Bilik RBT sahaja.
21.2 Semua guru diminta sama-sama menceriakan sudut panitia RBT dengan info-info dan
maklumat yang berilmiah sesuai dengan PDPC terkini.

Tindakan: Guru RBT

22.0 Inovasi Panitia


22.1 En. Khairulnizam mencadangkan membuat inovasi QR code.
22.2 Pn Shazalina mencadangkan QR code digunakan untuk murid membuat kerja di rumah.

Tindakan: Guru RBT

23.0 Hal-hal lain


23.1 Permata Pintar UKM1
- Guru MP sebarkan maklumat UKM1 ke dalam group kelas dan arahkan semua murid
jalani ujian tersebut.
- Murid boleh buat sendiri ujian tersebut di rumah.
- Jika terdapat murid yang tidak mempunyai sumber internet akan menjalani ujian
tersebut di makmal komputer.

Tindakan : Guru RBT

24.0 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang dengan surah Al Asr.

6
Disediakan oleh:

-----------------------------------------------
(AINUN JARIYAH BT. MAT ARIFF)
Setiausaha Panitia RBT,
SK Binjai,
Kemaman, Terengganu.
Tarikh:

Disemak oleh :

-------------------------------------------
(INTAN JESSHIELLA BT.SUDIN)
Ketua Panitia RBT,
SK Binjai,
Kemaman, Terengganu.
Tarikh:

Disahkan oleh:

---------------------------------------------
(SURAINI BT CHE MAT ZAHARI)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Binjai,
Kemaman, Terengganu.
Tarikh:

You might also like