You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/ Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-1 : Pertama : 18-22 Mac 2012 : Minggu Pertama di Sek.Keb.Bukit Meriam

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Puan Rahimah Binti Hj.Suid yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran ,memandangkan Guru Besar iaitu Pn. Hjh. Fadziah Morni Bt. Ishak, tiada pada hari tersebut kerana ada urusan yang penting pada hari tersebut. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau Puan Rahimah dan beliau menyuruh kami untuk menghadirkan diri di tapak perhimpunan kerana pada pagi tersebut, terdapat perhimpunan pagi.

Selepas perhimpunan pagi, kami berjumpa dengan Puan Rahimah sekali lagi dan beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; Latar belakang murid dan masyarakat setempat; Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Kami juga diperkenalkan guru pembimbing kami sepanjang kami berada di Sekolah ini. Saya mendapat guru pembimbing wanita iaitu Cik Jalina Binti Zakariah manakala pasangan praktikum saya pula mendapat guru pembimbing lelaki iaitu En.Azwad. Lebih kurang selama 1 jam, kami diperkenalkan latar belakang sekolah oleh Puan Rahimah.

Semasa waktu rehat, kami mengambil kesempatan bertegur sapa dengan guru-guru di Sek.Keb. Bukit Meriam. Ini merupakan waktu senggang mereka, jadi kami mengambil kesempatan ini dengan menanyakan beberapa soalan kepada

mereka, dengan ini kami dapat mengeratkan hubungan kami sebagai bakal guru baru dan guru lama. Tidak dapat dinafikan lagu, pengalaman mengajar selama beberapa tahun banyak memantangkan mereka dalam dunia pendidikan. Kami mendapat banyak ilmu yang tidak dapat kami ambil semasa belajar di maktab.kebanyakkan ilmu yang diperolehi di maktab hanyalah ilmu teori sahaja manakala apabila berada di dunia sebenar profesional seorang guru, banyak lagi ilmu yang tidak kami perolehi lagi. Kami ibarat seperti kain putih yang perlu dicorak semula. Semasa saya berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Cik. Jalina Binti Zakariah.Beliau banyak memberi nasihat kepada saya dan juga rakan praktikum saya. Beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester unituk kelas 4 Arif.

Pada hari kedua, saya mencari maklumat mengenai latar belakang sekolah dan juga beberapa maklumat penting yang perlu ada dalam portfolio praktikum.saya juga banyak menayakan dengan guru bahasa Melayu di sekolah tersebut, bagaimana untuk kita dapat mengajar bahasa Melayu dengan cara yang betul supaya pelajar memahami isi pengajaran kita. Saya juga banyak menanyakan dengan guru pembimbing saya, bagaimana untuk kita membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH), ini kerana saya mengalami kesukaran dalam membuat RPH dengan mengikuti aras yang telah ditetapkan. Cikgu Jalina sememangnya seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan juga mempunyai kreativiti yang tersendiri.

Pada hari ketiga, saya dan rakan saya diberi peluang untuk menganti kelas tahap 1 dan juga tahap 2. Kedua-dua kelas ini berbezaa dari segi tahap dan juga penguasaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesempatan ini diambil oleh saya dan rakan untuk mengendalikan kelas-kelas ini supaya kami akan lebih bersedia untuk mengajar pada keesokkan hari.

Pada hari keempat, saya diberi peluang oleh guru pembimbing untuk memasuki kelas 4 Arif yang merupakan kelas yang saya mengajar sepanjang saya berpraktikum sepanjang saya praktikum disini. Saya tidak mengajar pada hari ini dan

hanya melakukan sesi pengenalan antara saya dan juga pelajar 4 Arif. Saya juga menjalankan aktiviti permainan bahasa supaya para murid ini menjadi lebih selesa dengan saya. Ini akan memudahkan saya untuk mengajar mereka. . Pada hari kelima, saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Perasaan gementar dan risau membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya nampak agak goyah kerana kurangnya keyakinan diri. Tetapi dengan adanya kata-kata semangat daripada guru pembimbing saya dan beliau memberikan beberapa tip yang saya rasakan amat berguna untuk saya. Kelemahan ini akan saya baiki pada masa akan datang.

You might also like