You are on page 1of 3

Pada tanggal 30 SEPT 1965 tarikh keramat bagi pasangan bertuah HJ MAT

BIN DOT dan HJH ELAN BINTI KARIM di KPG SERABANG PUSA, Sarawak apabila

dikurniakan seorang puteri. Anak sulong dari 6 orang adik beradik ini

diberi nama Nona binti Mat. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak

yang penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau mendapat

pendidikan awal sekolah rendah di SK SERABANG , PUSA DARi 1 – 6 pada

tahun 1972 sehingga 1977. Maka bermulalah pencarian ilmu yang

pertama baginya. Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun

1978 beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah tingkatan 1

hingga tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas, Debak

sehingga 1980 .Beliau seterusnya menyambung persekolahan tingkatan 4

dan tingatan 5 pada tahun 1981 sehingga 1982 di Sekolah Menengah

Bahasa Melayu Saratok.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian asas di Maktab Perguruan

Batu Lintang, Kuching pada tahun 1987-1989. Bermula dari sini, beliau

mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala

dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar.

“selamat pagi cikgu atau good morning teacher” ucapan keramat pertama

beliau terima pada disember 1989 sehingga disember 1990 di Sk Nanga

Enterban,Sri Aman. Semenjak tarikh itu, Cikgu Nona terus menabur bakti

mendidik anak bangsa tidak kira di mana berada.


Antara sekolah yang telah beliau mengajar adalah

1. SK SERABANG,PUSA dis 1991-disember 2003

Dan destinasi terakhir beliau adalah di sekolah kebangsaan kalok ts25

januari 2004-1 disember 2021. Untuk pengetahuan semua, cikgu nona

telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2014 dan

2018. Tahniah diucapkan kepada cikgu nona atas kecemerlangan beliau

sepanjang perkhidmatan yang tidak kenal erti penat lelah, jatuh bangun

seorang guru untuk memastikan anak didiknya Berjaya sehingga ke

menara gading..

Pada tanggal 19 Ogos 1991, beliau telah memilih pasangan hidupnya En

Yusop bin Saili dan dikurniakan 3 orang cahaya mata seorang putera dan

2 orang puteri.Puteri pertamanya merupakan seorang WEB designer

Syarikat Hewlett Packard di kuala lumpur .Putera kedua beliau

merupakan pegawai Polis di IPD cawangan khas SIbu, Sarawak manakala

puteri bongsu beliau masih menuntut ilmu dalam ijzah sains computer

multimedia di UTIM Shah Alam . Untuk makluman, En Yusop bin Saili

merupakan pesara guru besar di sekolah Kebangsaan Kalok.

Buat cg nona ataupun dikenali chik nona…Disinilah destinasi terakhir

beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau. Banyak masanya


dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang

guru.

Terang bulan dimalam hari,

Indah gemerlap bintang bercahaya,

Kasih dan sayang ikhlas terpatri,

Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,

Budi yang diapungkan didulangi ilmu,

Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini,

Dililit pepaku bersulam semalu,

Melepaskan dirimu disaat ini,

Basahlah kami meratap pilu.

You might also like