You are on page 1of 3

Terima kasih sdra pengacara majlis,

Assalamu alaikum warahamtullahi wabarakatuh

Yang Diraikan

Pn Hjh wan roslinda bt Wan Ramli


Pn Hjh Nik Roslina bt Nik Abd Kadir
Pn Hjh Rosni bt Mohamed

Tetamu2 kehormat
Barisan pentadbir sekolah
Dan rakan guru SK KAMIL 1 yang dikasihi sekalian

Cantik menawan cg Nik roslina,

Dimahkotakan dalam majlis yang meriah

Izinkan saya membacakan biodata kak Na,

Didahului dengan lafaz Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Tanggal 19hb Mac 1963, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Jln Kebun Sultan,
Kota Bharu. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik, merupakan
tambatan hati pasangan bahagia Encik Nik Abdul Kadir b Nik Mustapha dan Puan Zaharah bt
Deraman.

Mendapat pendidikan awal pada tahun1970 di SRK YAHYA PETRA, KUALA KRAI semasa
darjah 1, Berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Islah, Kota Bharu ketika Darjah Dua
pada tahun 1971. Perpindahan ini kerana ibunya yang juga merupakan anak sulung,
terpaksa menjaga adik-adiknya kerana nenek beliau mendapat panggilan haji, di Mekah.
Kemuudian berpindah semula ke SRK YAHYA PETRA, KUALA KRAI pada 1972 hingga 1974.
Pada tahun 1975, iaitu semasa berada darjah 6 sekali lg beliau terpaksa berpindah ke SRK
HAMZAH, MACHANG kerana mengikuti perpindahan ayahnya yg merupakan seorang
attanden Pej haiwan di Machang.
Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah HAMZAH MACHANG dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 6.
Hasil kegigihan beliau pengajian beliau mendapat tawaran ke UITM, SHAH ALAM dalam
Bidang komputer Sains( Satu semester)

NAMUN,

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…

Belum habis pengajian di UITM, beliau sekali lg mendapat tawaran dalam bidang perguruan
di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan.Kuantan Pahang. Oleh kerana minat yang
mendalam dalam bidang perguruan, beliau menyambut tawaran itu dan Berjaya
menamatkan pengajian beliau pada tahun 1988.

Profesion beliau sebagai seorang guru bermula Sebaik sahaja tamat tempoh pengajian,
beliau di tempatkan di SK KUALA TIGA, TANAH MERAH pada tahun 1988 dan SK BELUKAR ,
MACHANG pada tahun1989.
Di sinilah bermulanya titik pertemuan ikatan hati dengan sijejaka, Tn. Hj M.Hatta b Salleh.
Tanggal 1hb Oktober 1990, termeterailah ikatan hati pasangan sejoli ini.

Setelah berkawin, beliau bertukar ke daerah PASIR PUTEH kerana mengikuti suami yang
berada di daerah P.Puteh.

Di Pasir Puteh, beliau pernah berkhidmat di SK CHANGGAI, PASIR PUTEH pada 1991,
sebelum ke SK KAMIL 1 dari tahun 1992 hinggalah sekarang.

Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian hidup, beliau dikurniakan 4 orang puteri. Didikan
dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah , dipraktikkan semasa mendidik anak-
anaknya. Alhamdulillah, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Keluarga Bahagia ini
berkembang lagi apabila salah seorang puterinya berkahwin. Beliau sekarang mempunyai 2
orang cucu.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau merupakan seorang yang ramah, sopan santun dan
lemah – lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak
didiknya. Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering menjadi idola rakan
sejawatan dan anak didiknya.
Setelah 34 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah sebuah
perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan PDPR,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.
Selamat tinggal anak-anak didik semua
Jadilah anak bangsa yang berguna
Agar ilmu yang diberi bukan sia-sia
Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan. Tak
tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang
berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru
selepas ini iaitu alam persaraan beliau.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah dipohon cemara,
Akhir kalam penyudah kata,
Moga bahagia di alam pesara.
InsyaAllah.

Wassalam.

You might also like