You are on page 1of 2

SEJARAH SMK SURA

ekolah Menengah Kebangsaan Sura terletak di sebuah

kampung di persiaran pantai Laut China Selatan. Ianya dinamakan


Sekolah Menengah Kebangsaan Sura bersempena nama letaknya iaitu
di Kampung Sura. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dengan
keluasan 7.2 hektar dan mula beroperasi pada 16.6.1995. Pada
tarikh tersebut, hanya seorang Guru Penolong Kanan Kurikulum
iaitu Encik Mat Zali B. Ismail ditempatkan di sekolah ini untuk
menguruskan dan mentadbir sekolah pada peringkat awal.
Pada 1.7.1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura (SMKS) mula
dibuka untuk menerima pelajar seramai 325 orang dari tingkatan 1,
2 dan 4 serta 13 orang guru yang sebelum ini ditempatkan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ).
Pelajar-pelajar dari SMKTIZ ini berpindah secara blok ke SMKS,
iaitu rumah kediaman mereka yang berada berhampiran dengan SMKS
dan yang bersempadankan jalan utama, Bandar Dungun Ke
Kemaman. Pada permulaan sekolah ini dibuka, hanya terdapat 7
kelas sahaja iaitu Tingkatan Satu sebanyak tiga kelas, Tingkatan
Dua sebanyak tiga kelas, dan satu kelas untuk Tingkatan
Empat.Manakala bilangan gurunya pula ialah seramai 14 orang
sahaja yang terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 9 orang guru
perempuan serta seorang Pembantu Tadbir.
Bermula pada 1.7.1995-9.12.1995,sekolah ini tidak mempunyai
Pengetua.Tugas mengurus sekolah dilaksanakan oleh Guru Penolong
Kanan Kurikulum iaitu Encik Mat Zali Bin Ismail.Hanya pada
10.12.1995,Tn. Hj. Abdullah B. Ali, iaitu Pengetua SMK Paka telah
bertukar menjadi Pengetua SMK Sura yang pertama.Namun begitu,
beliau tidak lama menjawat jawatan tersebut kerana pada
1.3.1996,beliau ditukarkan pula menjadi Pengetua SMK Sultan
Omar,Dungun.
Pada 1.4.1996, En. Abdul Malik B. Musadali iaitu Penyelia
Petang SMK Ketengah Jaya dilantik sebagai Pengetua Kedua SMK
Sura.Beliau berkhidmat sehingga 31.12.1999 dan kemudiannya
bertukar ke SMK Pulau Serai,Dungun.En. Zakariah B. Ali, iaitu
Pengetua SMK Jerangau telah menjadi Pengetua SMK Sura Pada
1.1.2000 sehingga 31.1.2001.Pada 1 haribulan Disember 2000, Puan
Hajah Midah Bt. Mamat pula dilantik sebagai Pengetua ke empat SMK

SEJARAH
GAMBAR
CARTA
GAMBAR
GAMBAR
GAMBAR
Sura bagi menggantikan En. Zakariah b. Ali yang bertukar ke SMK
Ketengah Jaya. Puan Hajah Midah Bt. Mamat bertugas sebagai
Pengetua SMK Sura sehingga 2009. Kini pengetua ke lima SMK Sura
digantikan dengan Puan Salmah bt Tahar dari SMK Ketengah Jaya dan
Puan Midah ditukarkan ke tempat bertugas asal Puan Salmah.

GAMBAR

CARTA

MENU UTAMA

You might also like