You are on page 1of 1

SEJARAH SMK SEGAMBUT

Sejarah penubuhan SMK Segambut bermula pada tahun 2002 dan Puan Hajah Che
Sepora telah mendaftar diri sebagai pemangku pengetua SMK Segambut pada 1 November 2002.
Manakala pendaftaran pelajar baru untuk sekolah ini telah dilakukan pada pertengahan November
2002. SMK Segambut telah menerima secara beransur – ansur kelengkapan sekolah seperti
perabot, kelengkapan kelas, peralatan makmal dan bengkel serta kelengkapan pejabat daripada
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai penghujung November 2002.

Pada 6 Januari 2003, Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut telah dibuka secara
rasmi dengan beberapa orang guru perintis sekolah iaitu Puan Hjh Che Sepora bt Din, Puan Hjh
Dianna bt Subki, Puan Gladys Francis Joseph, Puan Ang Li Li, Puan Noor Alaza bt Ariffin, Puan
Hjh Zurainie bt Md Salleh Dzulkefli, Encik Badrul Hisham b Bahari dan Puan Harlina binti Abdul
Rahman. Manakala pelajar perintis SMK Segambut terdiri daripada Kelas Peralihan, 8 kelas
Tingkatan 1 dan 2 kelas Tingkatan 2.

Pengetua pertama sekolah yang telah dilantik untuk menerajui pentadbiran dan
pengurusan sekolah ialah Tuan Haji Rosli bin Suleiman. Beliau telah melapor diri sebagai
Pengetua SMKS pada 1 April 2003. Manakala Puan Hajah Sepora pula telah dilantik sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran (GPK) Pentabiran. Pada penghujung tahun 2003, SMK Segambut
telah mempunyai 25 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Peperiksaan awam pertama untuk
SMK Segambut ialah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Ogos 2004 dan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), November 2006.

Antara kejayaan yang telah dicapai oleh SMK Segambut semasa Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah 2010, SMK Segambut telah berjaya merangkul 5 Anugerah Utama Peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SMK
Segambut berjaya merangkul anugerah Kenaikan Gred Purata (GP) terbaik peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Ini telah menjadikannya antara sekolah Gred B yang terbaik dari Zon
Sentul. Pada tahun 2012, SMK Segambut antara sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Teach For Malaysia Foundation untuk menerima tiga orang guru Teach For Malaysia
sebagai tenaga pengajar disini sehingga penghujung tahun 2012.

You might also like