You are on page 1of 2

SEJARAH SEKOLAH

Bekas Tuan Pengetua, En Rasul Maideen bin Haja Maiden melapor diri untuk
memulakan tugas pada 2 Januari 2001, diikuti oleh enam guru yang mendapat
tawaran untuk bertugas di sekolah ini.

Pendaftaran bagi kemasukan pertama murid-murid ke sekolah ini dibuat pada


23 dan 24 Disember 2000, dikelolakan oleh guru-guru kumpulan pertama ini,
dengan bantuan Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 11. Guru-guru ini juga yang merancang jadual waktu, takwim sekolah
dan tugasan guru untuk membolehkan pergerakan aktiviti sekolah berjalan
lancar.

Sekolah mula beroperasi dengan status menumpang di Sekolah Menengah


Kebangsann Seksyen 11, Jalan Wau 11/1, 40000 Shah Alam pada sesi petang
iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat
mendidik seramai 204 murid telah mendaftar. Sekolah membuka enam kelas
Tingkatan 1 dan satu kelas Peralihan. Bilangan murid setiap kelas adalah lebih
30 orang untuk Tingkatan 1 dan 12 orang untuk Peralihan.

Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang


telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan diperlukan pada 6 Jun 2001.
Pada tahun 2002, julah muridnya seramai 481 orang dengan tenaga pengajar
berjumlah 42 orang termasuk Tuan Pengetua, seorang pembantu makmal,
seorang pembantu pentadbir, seorang pembantu pentadbir rendag dan empat
orang pembantu am rendah.

Pada tahun 2003, warga sekolah semakin bertambah dengan bilangan


muridnya seramai 685. Manakala tenaga pengakarnya pula seraimai 53 orang
termasuk Tuan Pegetua. Bilangan staf sokongan adalah seramai lapan orang
iaitu tiga orang pembantu am rendah, dua orang pembantu tadbir, seorang
pembantu tadbir rendah dan tiga orang pembantu makmal.
Sehingga November 2009, jumlah telah meningkat bilangannya kepada
seramai 1868 orang. Bilangan guru adalah seramai 143 orang termask Tuan
Pengetua. Bilangan staf sokongan adalah seramai sepuluh orang yang
bersama-sama mengerakkan SMK TTDI Jaya.

Pada tahun 2010, pengetua SMK TTDI Jaya, En Rasul Maideen bin Haja
Maideen telah ditukarkan ke SMK Puncak Alam dan telah digantikan oleh
Datin Aisah binti Jaman dari SMK Bukit Jelutong.

You might also like