You are on page 1of 1

SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dan telah

menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua. Dua orang Penolong Kanan telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan pada 16 Disember 2001 untuk membuat persiapan supaya sekolah dapat beroperasi pada 3 Januari 2001. Mereka ialah Puan Norlia binti Abdul Karim, Penolong Kanan 1 dan Encik Sabudin bin Haji Sani Penolong Kanan HEM. Pada bulan Januari 2001, jumlah guru seramai 24 orang dan jumlah pelajar pula ialah seramai 371 orang, pada masa itu hanya terdapat sebuah kelas Peralihan, 8 buah kelas Tingkatan 1, 2 kelas Tingkatan 2 dan sebuah kelas TIngkatan 4. Sekolah ini telah menerima pengetua pertamanya pada Januari 2001, iaitu Puan Hajah Zaini binti Omar. Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum telah disandang oleh Cik Siti Asiah binti Hitam pada 1 Ogos 2001. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar telah pindah ke bangunan sendiri di Lot 8961, Pekan Sungai Gadut di daerah Seremban pada 1 Jun 2001. Setelah berpindah, jumlah guru meningkat seramai 30 orang dan jumlah pelajar meningkat seramai 485 orang kerana tambahan 3 buah kelas Tingkatan 2, iaitu kebanyakkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Senawang. Lirik pada lagu sekolah pula telah ditulis oleh Encik Radzali A.Ghani ANS, PMC dan lagu digubah oleh Enci Sharudin bin Kasim. Pada awal Januari 2002, jumlah guru meningkat seramai 52 orang dan jumlah pelajar meningkat seramai 991 orang. Pada tahun ini terdapat 28 buah kelas dari kelas peralihan hingga Tingkatan 5. Kumpulah pertama pelajar sekolah ini akan menduduki PMR dan SPM pada tahun 2002.

You might also like