You are on page 1of 3

Sejarah Sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 April 1925 dengan nama Sekolah Melayu Kemahang.Lokasi asal
Sekolah Melayu Kemahang bertempat di Tanjong Peradong. Pengasas sekolah ini ialah Tuan
Haji Ab.Rahman bin Ali bersama-sama dengan Tuan Haji Selong bin Bilal Sah dan Tuan Haji
Muhamad bin Md.Saman. Mereka telah menulis surat kepada Ketua Pegawai Pelajaran Pahang
memohon didirikan sebuah sekolah di Kampung Kemahang dengan alasan murid-murid
terpaksa berulang jauh ke Sekolah Melayu Tanjung Besar. Pihak Pegawai Pelajaran Pahang
bersedia menghantar seorang guru tetapi bangunan sekolah perlu disediakan oleh penduduk
kampung.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, Sekolah Melayu pada ketika itu tidak mempunyai
peraturan tertentu. Guru Besar ketika itu ialah Encik Abu Bakar bin Ab Ghani. Pada bulan
Oktober 1942 sekolah ini dibuka semula, murid-muridnya belajar Bahasa Jepun selama lebih
kurang 3 tahun sehinggalah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Sekolah Melayu Kemahang ditukar namanya kepada Sekolah Umum Kemahang mulai 1.1.1957
dan mulai 1.1.1959 Sekolah Umum Kemahang sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah
Kebangsaan Kemahang sehinggalah diguna pakai sekarang.

Sejarah Lagu Sekolah


Lagu sekolah telah dicipta oleh Encik Mohd Nazim bin Mohd Iderus pada tahun 1991 yang
merupakan seorang guru di sekolah ini ketika itu.
Selembut namamu terukir senyuman
Berbudi berusaha maju jaya
Kecemerlangan anak bangsa tercinta
Seruan agama dan negara
Berbudi megahnya bak belaian sang bayu
Mencurah ilmu budi pekerti
Guru-gurunya bersemangat waja
Penuh azam mendidik kami semua
Berusaha jaya kita tetap bersama
Berilmu dan berbudi cita tinggi
Jasa murnimu tetap kami kenangkan
Oh Sekolah Kebangsaan Kemahang...

Bekas murid

Bidang Pendidikan
Dato Wan Mustama Bin Wan Hayat
Tokoh Guru Negeri Pahang 2012,
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru,
Pegawai Pelajaran Daerah Raub & Kuantan,
Pengetua,
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Sukan Bola Sepak


Mohd Fadzli Shaari
Bekas Pemain Kebangsaan
berlatih di SV Wehen (Jerman)
Bekas Kelab : Pahang, Selangor, KL Plus, Selangor, T-Team, Sime Darby FC
Kelab sekarang : ATM

Rujukan :
Laman web
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Kemahang
2.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang/20120620/wp_07/Wan-Mustama-dipilih-Tokoh-

Guru-Pahang
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Mohd_Fadzli_Saari
4. http://cba3012.1bestarinet.net

You might also like