You are on page 1of 8

SEJARAH SEKOLAH____________________________________________________

1917 - Sekolah Melayu Bukit Tambun adalah bekas tapak Bangunan Mahkamah
Bukit Tambun telah dijadikan sekolah. Mahkamah baru dibina di Nibong
Tebal. Mempunyai 2 orang guru dan 45 orang murid lelaki sahaja . Nama
Guru Besar tidak dapat diketahui.

1926 - Sebuah bangunan kayu didirikan untuk ganti bangunan yang telah rosak.
Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dan ia dijadikan Sekolah
Melayu . Bilangan guru ialah seramai 3 orang dan 70 orang murid. Nama
Guru Besar tidak dapat dikesan.

1930 - En. Daud bin Hj. Salleh adalah Guru Besar pada tahun itu. Bilangan murid
ialah 85 orang lelaki dan perempuan. Ada 4 orang guru.

1935 - Guru Besar pada masa itu ialah En. Othman bin Karim. Beliau juga
dikenali sebagai Cikgu Othman Pakir. Bilangan murid dan guru semakin
meningkat hingga mencapai 97 orang lelaki dan perempuan , dan guru
ada 4 orang.

1940 - Guru Besar ialah En. Darus bin Md. Akil . Bilangan murid seramai 108
orang dan 5 orang guru.

1941 - Guru Besar ketika itu ialah En. Yahaya bin Chik. Pada masa ini Malaya
dipemerintah oleh Jepun. Oleh itu sekolah ini mengguna Bahasa Jepun
dan bilangan guru ialah 4 orang. Bilangan murid tidak dapat dikesan.
Tahun 1946, selepas Perang Dunia ke 2 , ramai murid ialah 89 orang dan
bilangan guru masih kekal 4 orang .

1951 - Guru Besarnya ialah En. Zakaria bin Daud. Bilangan murid meningkat
menjadi 132 orang dengan 5 orang guru. Pelajaran Agama dijalankan
sebelah petang.

1956 - Guru Besar pada masa itu ialah En. Harun bin Md. Wali. Ramai murid 140
orang dengan 6 orang guru. Kelas Agama dan Bahasa Inggeris
dijalankan di sebelah petang.

1961 - Guru Besarnya ialah En Abdullah bin Shariff. Bilangan murid dan guru
sama di tahun 1956 tiada sebarang tambahan.

1966 - En. Abd. Hamid bin Darus ialah Guru Besar pada tahun itu. Murid-murid
makin meningkat kepada 160 orang. Bilangan guru menjadi 9 orang
termasuk guru Agama dan guru Bahasa Inggeris. Sekolah mengadakan
Sistem Ahli Jemaah Pentadbir.
Jawatan Pengerusi yang pertama ialah En. Shafie bin Majid.
Selepas itu En Oum bin Yusof .
1968 - Guru Besar ialah En. Ismail bin Sharif. Ramai murid ialah 183 orang dan
9 orang guru termasuk guru Agama. Bilik darjah ditambah di bahagian
bawah bangunan sebanyak 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan
sebuah bilik kutub khanah . Pagar dibina di sekitar kawasan sekolah.

Dalam 1975 bilangan murid makin meningkat seramai 245 orang dan
terdiri dari berbagai bangsa ( Melayu , Cina dan India ) . Murid datang dari
Simpang Ampat seramai 120 orang, Bukit Tambun 48 orang dan 77 orang
dari Batu Kawan . Sebuah tandas baru dibina. Jalan masuk ke sekolah
diturap dengan tar. Elektrik dan paip air mula dibekalkan. Sekolah juga
menyertai rancangan Buku Hijau. Pasukan Boria ditubukan dan ramai
murid yang menyertainya.

1978 - En. Ayob bin Ahmad memegang jawatan Guru Besar. Bilangan murid
telah menjadi 276 orang dan 12 orang guru termasuk guru Agama. 156
orang datang dari Simpang Ampat , 55 orang dari Bukit Tambun dan 65
orang dari Batu Kawan . Bangunan sekolah baharu dibina (Blok B
sekarang ), mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik TV, sebuah bilik Guru
Besar dan pejabat, tandas guru, tandas murid dan kantin.

1980 - Guru Besar bernamaY.M. Tengku Ismail bin Tengku Daie dilantik. Ramai
murid 297 orang dan 12 orang guru serta seorang tukang kebun.
En. Hassan bin Abd Ghani menjadi Guru Kanan sekolah ini.
Mempunyai 2 buah bangunan sekolah ( termasuk bangunan yang dibina
1926 lama ). Ada sebuah Rumah Guru

Pada awal 1979 sebuah bangunan baru dan sebuah kantin dibina.
Kedua-dua bangunan ini siap pada akhir bulan Oktober 1979.

Awal April 1980 , Guru Besar Y.M. Tengku Ismail bin Tengku Daie dilantik
sebagai Pengerusi Expo Sains & Hisab bagi daerah Seberang Perai
Selatan.

Pada bulan Julai 1980 , 2 orang pekerja ditambah iaitu Pelayan Pejabat
dan Tukang Sapu.

Pada bulan Julai 1981 , seorang Kerani Rendah telah dilantik . Sekolah
mendapat 4 orang pekerja semuanya.

Pada 16 Mac Julai 1983, seorang jaga telah dilantik untuk bertugas di
sekolah ini . Bilang pekerja bertambah menjadi 5 orang semuanya.

Kejayaan yang diraih oleh sekolah


1981 - Johan Pasukan dan Regu Sepak Takraw peringkat daerah.2
pemain terpilih mewakili pasukan negeri.
1983 - Johan Bola Jaring peringkat negeri Pulau Pinang.
1984 - Guru Besar: Hj. Mohd. Desa bin Udoh PJM.Ramai murid 306 orang dan
14 orang guru.

1984 - Guru Besar: En. Mohd. Noor bin Saman.Norhaslinda bt Yaakob,Tokoh


Kanak-Kanak (Perempuan) peringkat kebangsaan.Menerima anugerah di
USM, Pulau Pinang. Bangunan sekolah baharu dibina (Blok c).Bangunan
dua tingkat inimengandungi bilik Guru Besar dan pejabat,3 buah bilik
darjah,sebuah surau,sebuah bilik perpustakaan, sebuah klinik
pergigian,sebuah bilik buku teks,sebuah bilik pusat sumber dan tandas di
setiap tingkat.Sebuah padang yang lebih luas diperolehi.

1986 - Guru Besar: En. Ellias bin Abdullah

1988 - Guru Besar: En. Abd. Rahim bin Md. Noor.

Johan Bola Jaring peringkat negeri Pulau Pinang.


1992 - Pendidikan Prasekolah diperkenalkan
1993 - Dua sesi persekolahan, pagi dan petang.
- Jumlah murid 512 orang.
- Kantin sekolah diperbesarkan.

1994 - Guru Besar: En. Hussain bin Abd. Rahim.


COGAN KATA SEKOLAH____________________________________________

Cogan kata sekolah ialah:

HIDUP BERILMU DAN BERBAKTI

Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun inginkan semua muridnya memiliki ilmu


pengetahuan hingga ke peringkat maksimum.

Melalui ilmu yang lengkap juga dapat menjamin kehidupan yang lebih teratur
dan sempurna.Dengan ilmu yang lengkap dan kehidupan yang
terjamin,barulah dapat menabur bakti kepada agama,bangsa dan negara.

Untuk menjadi rakyat yang setia kepada negaranya,individu mestilah berilmu


dan berbakti.
LENCANA SEKOLAH________________________________________________

Maksud Perlambangan

i. Buku yang berwarna kuning di bahagian atas lencana bermaksud pelajaran


adalah keperluan yang paling utama dalam melahirkan murid-murid yang
berkualiti,berwibawa dan berketetrampilan dalam menuju wawasan.

ii. Bendera Malaysia dan obor sukan melambangkan harapan yang tinggi oleh
pihak sekolah dalam bidang kokurikulum terutama sukan dan
permainan,untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan yang berpotensi hingga ke
peringat kebangsaan.

iii. Komputer dan komponen mesin melambangkan wawasan sekolah yang ingin
menuju ke arah penggunaan teknologi moden yang optimum dalam
pengajaran dan pembelajaran.

iv. Warna hijau melambangkan persekitaran yang bersih,berakhlak mulia,cergas


dan sihat.

v. Warna merah melambangkan ketekunan dan bersedia menghadapi cabaran


di dalam bidang pendidikan.
BENDERA SEKOLAH___________________________________________________

Maksud perlambangan

i. Warna biru di sebelah kiri melambangkan keharmonian di kalangan pelajar


yang berbilang kaum.

ii. Warna hijau di sebelah kanan melambangkan persekitaran sekolah yang


indah dan bersih dengan murid-murid yang sihat dan cergas.

iii. Bahagian putih di tengah-tengah bendera menunjukkan nilai-nilai murni yang


diterapkan di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum untuk mewujudkan
murid-murid yang berdisiplin dan bersih daripada segala anasir yang
merosakkan.

iv. Kedudukan lencana sekolah di tengah-tengah bulatan merah yang terbahagi


kepada dua melambangkan penglibatan sekolah secara aktif dalam segala
aktiviti di peringkat daerah dan negeri.

v. Warna merah melambangkan ketabahan menghadapi cabaran dalam segala


bidang.
LAGU SEKOLAH_______________________________________________________

Hidup berilmu dan berbakti


Menjadi pegangan hidup kami
Untuk menjadi rakyat yang setia
Demi agama juga negara

Sekolah Bukit Tambun


Ke arah kecemerlangan
Dalam bidang sukan juga akademik
Tabah hadapi segala cabaran.

( Ulang rangkap pertama )


SENARAI GURU BESAR

1. (Tiada maklumat) 1917 - 1925

2. (Tiada maklumat) 1926 - 1929

3. Daud bin Hj. Salleh 1930 - 1934

4. Othman bin Karim (Othman Pakir) 1935 - 1939

5. Darus bin Akil 1940 - 1941

6. Ahmad bin Man 1941 - 1945

7. Yahaya bin Chik 1946 - 1950

8. Zakaria bin Daud 1951 - 1955

9. Harun bin Md. Wali 1956 - 1960

10. Abdullah bin Sharif 1961 - 1965

11. Abdul Hamid bin Darus 1966 - 1967

12. Ismail bin Sharif 1968 - 1977

13. Ayob bin Ahmad 1978 - 1980

14. Y.M Tengku Ismail bin Tengku Daie 1980 - 1983

15. Hj. Mohd. Desa bin Udoh PJM 1983 - 1984

16. Mohd. Noor bin Saman 1984 - 1986

17. Ellias bin Abdullah 1986 - 1988

18. Abd. Rahim bin Md. Noor 1988 - 1994

19. Hussain bin Abd. Rahim 1994 - 1998

20. Saidin bin Hussain 1998 2003

21. Abdul Nasir bin Jamaludin 2003( Oktober) April 2006

22. Sadiah bt Hassan 1 Oktober 2006 -

You might also like