You are on page 1of 2

LAPORAN BULAN KEBANGSAAN 2017

SK KEMAHANG

Sambutan dan perayaan bulan kebangsaan telah dilaksanakan dengan


jayanya di seluruh negara. Di peringkat sekolah juga telah melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti bagi menyuburkan lagi sambutan bulan
kebangsaan yang berlangsung dari 14 Ogos hingga 20 September 2017.

Aktiviti pertama yang dijalankan sepanjang tempoh ini adalah Majlis


Perasmian Bulan Kebangsaan peringkat SK Kemahang. Majlis ini telah
dilangsungkan pada 14 Ogos 2017 iaitu pada Isnin. Pada majlis ini, Guru
Besar telah merasmikan bulan kebangsaan di peringkat sekolah. Seluruh
warga sekolah juga telah diingatkan oleh Guru Besar agar sentiasa
menghormati dan mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya di kelas-kelas
sempena dengan bulan kebangsaan. Murid-murid juga diminta untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan vandalisme dan menjaga
kebersihan sekolah.

Sempena dengan bulan kebangsaan ini juga, kawasan sekolah, bilik


darjah dan pusat sumber telah dihias indah dengan Jalur Gemilang dan
bendera-bendera negeri. Kerjasama antara pekerja, guru dan murid dijalin
dengan erat bagi membolehkan seluruh kawasan sekolah dikibarkan dengan
bendera. Selain itu, kain pemidang (banner) yang direka khas untuk bulan
kebangsaan telah dipasang ditempat strategik di sekitar sekolah.

Pihak sekolah juga turut mengadakan gotong royong bagi


memperindahkan kawasan sekolah sempena dengan bulan kebangsaan.
Gotong royong ini dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017. Ibu bapa dan
guru juga turut hadir bergotong-royong. Antara tumpuan utama adalah untuk
mengecat semula mural Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang di tapak
perhimpunan. Turut dicat semula adalah tiang bendera, tiang rostrum
perhimpunan, tiang garaj dan kotak bunga di tapak perhimpunan.

Majlis penutup bulan kebangsaan pula telah dijayakan pada 22 September


2017, majlis ini diadakan dengan penuh meriah dan bermakna. Guru Besar
memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan majlis ini. Murid begitu
bersemangat untuk turut terlibat dengan persembahan dan kuiz yang
diadakan khas untuk majlis ini. Terdapat enam slot persembahan murid-murid
dan satu slot persembahan guru. Antara persembahan ialah nyanyian dan
deklamasi sajak. Persembahan terbaik telah dimenangi oleh murid Tahun
Lima iaitu Aadi Syah Putra dan Zulkarnain yang mendeklamasikan sajak
bertajuk Disini Lahirnya Sebuah Cinta.

Diharapkan agar bulan kebangsaan ini dapat menyubur rasa cinta akan
negara dalam diri murid-murid. Serta dapat mencungkil bakat dan kebolehan
murid-murid.

DISEDIAKAN OLEH,

(MOHD NOR FADZLI)

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA BULAN KEBANGSAAN

SK KEMAHANG

You might also like