You are on page 1of 1

Saya adalah seorang guru. Saya bernama Shuhaimi bin Zainudin.

Di kalangan murid-murid saya , mereka memanggil saya dengan gelaran


Cikgu Mie.Saya merupakan seorang guru yang diamanahkan untuk
mengajar mata pelajaran Matematik bagi tahun 6 .Kelas ini merupakan
kelas peperiksaan bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Selepas menamatkan pengajian saya di Maktab Perguruan Ipoh
Perak, Hulu Kinta Ipoh, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan
Felda Kerteh 1, iaitu sebuah sekolah di daerah Dungun, Terengganu.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang bersaiz besar. Sesi
pembelajaran dii sekolah ini adalah terdiri daripada 2 sesi iaitu pagi dan
petang.
Awalnya saya ditempatkan di sesi petang . Saya di amanahkan
memegang kelas tahun 4 dan mengajar mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Malaysia. Setelah memasuki tahun ke 3, saya telah dipindahkan
ke sesi pagi. Saya mula di amanahkan mengajar subjek Matematik tahun
6 dan 5.Sejak dari hari tersebut hinggalah sekarang, saya ditugaskan
mengajar Matematik bagi tahun 6 .Saya telah ditempatkan di Terengganu
selama 5 tahun. Selepas itu , saya telah memohon pertukaran ke negeri
kelahiran iaitu negeri perak. Bdermula tahun 2000 , saya telah kembali
menabur bakti di negeri kelahiran.
Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bekor iaitu
merupakan sebuak sekolah di daerah Kuala Kangsar. Sekolah ini
merupakan sebuah sekolah di pedalaman . murid-murid di seolah ini
adalah seramai kurang lebih 80 orang yang terdiri daripada murid
berketurunan Melayu dan Orang Asli. Perkhidmatan saya di sini tidaklah
lama hanya selama 6 bulan sebelum saya sekali lagi dipindahkan ke
Sekolah Kebangsaan Trosor.
Sekolah inilah merupakah tempat saya berkhidmat sehinggalah
sekarang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang bersaiz sedehana.
Ia mempunyai murid sekitar 150 orang setiap tahun. Bilangan guru adalah
kira-kira 20 orang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kebangsaan
yang terdiri daripada murid Melayu sepenuhnya.

You might also like