You are on page 1of 16

KUMPULAN 13 :

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

NURUL NATASHA BINTI ABU HASSAN (D20181084476)


NORHAZIQAH BINTI MOHD HAFIDZ (D20181084409)
NUR AIN SALSABILA BINTI ROSDAN (D20181084429)
ANIS HUMAIRAH BINTI AZMAN (D20181084445)
MUHAMMAD LUQMAN BIN SHAMSUDIN (D20181084420)
SEENIWASAN RESI A/L SANDRAN (D20181084555)
PENGENALAN

• Menurut Stoner, pengurusan bermaksud satu proses


perancangan , pengelolaan , pengarahan dan kawalan terhadap
usaha-usaha ahli organisasi sumber-sumber organisasi yang lain
dalam mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan .

• Guru perlu menguruskan dan merancang sebelum , semasa dan


selepas sesi pembelajaran supaya sesi
pembelajaran berlangsung dengan lancar dan
memanfaatkan masa yang diperuntukkan sebaik mungkin.
LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN

SMK Tat Beng (SMKTB) dimulakan dengan rasminya pada tahun 1969. Tapak sekolah
ini telah didermakan oleh seorang dermawan iaitu Encik Ng Shye Kiat. Sebelum itu murid-
murid dan guru-guru menumpang di dua buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Rendah
Temelok dan Sekolah Menengah Rendah Sungai Kerang. Sekarang, kedua-dua buah
sekolah itu dinamakan SJK(C) Temelok dan SJK(C) Khay Hwa, Sungai Kerang.
SMKTB terletak di kawasan luar bandar di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Ramai
yang beranggapan bahawa SMKTB sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina
sedangkan sekolah ini merupakan sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.
Pada tahun 1984, bangunan sekolah ini ditambah iaitu daripada tiga blok asalnya kepada
tujuh buah blok termasuk sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan bentuk baru.
Sebuah bilik kebal telah dibina untuk kegunaan sekolah-sekolah dalam Zon Trong pada
tahun 1991. Pada tahun 2000 sebuah bangunan 2 tingkat dibina untuk dijadikan makmal
sains. Dua buah bangunan lagi dibina pada tahun 2002 bagi menampung pertambahan
murid di kawasan ini. Makmal komputer dan komplek rumah guru juga dibina pada tahun
yang sama. Pada tahun 2016 sebuah surau siap dibina di SMKTB.
Seawal penubuhan sekolah ini hanya aliran kemanusiaan sahaja yang ditawarkan.
Kemudian aliran sains pula telah diwujudkan. Pada tahun 2002 dua subjek vokasional
ditawarkan iaitu Pembinaan Domestik dan Rekaan Jahitan dan Pakaian kepada murid
tingkatan empat dan tingkatan lima. Mulai tahun 2007 SMKTB telah menerima kemasukan
pelajar Tingkatan Enam.
Kini SMKTB telah hampir menjangkau usia 53 tahun dengan jumlah murid sebanyak 581
orang, 69 orang staf akademik dan 10 orang staf sokongan.
PEMERHATIAN TEMUBUAL KEPUSTAKAAN

1. Kami memilih 1.Kami telah menemu bual Kami telah melakukan


beberapa beberapa orang guru yang rujukan
sesi pengajaran guru bertugas di SMK Tat lebih lanjut mengenai
semasa proses Beng ini untuk menanyakan topik pengurusan alam
PdP sedang dijalankan. pendapat mereka berkaitan pembelajaran ini.
dengan pengurusan alam
2. Ketiga-tiga kelas yang pembelajaran yang
kami jadikan medium diterapkan di sekolah.
kajian ini terdiri daripada
sesi pengajaran yang 2. Kami juga telah
dijalankan di tempat yang mengajukan sebanyak lapan
berbeza seperti di dalam soalan yang menjurus
kelas , surau sekolah kepada topik ini.
dan padang.
DAPATAN
KAJIAN
Text
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN?

• Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu


proses untuk mendapatkan penyertaan , kerjasama dari semua ahli
dalam mencapai matlamat kumpulan.

• Menurut Lee Shok Mee , alam pembelajaran bermaksud keadaan


atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-
kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah
positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
APAKAH ANTARA ASAS KEMAHIRAN YANG
PERLU ADA PADA SEORANG GURU ?

• Berpengetahuan am
• Berketerampilan kemas
• Menerapkan amalan niai murni
• Menguasai kemahiran pedagogi
• Berkemahiran bertutur yang baik
• Mempunyai kemahiran untuk mengawal
pengurusan kelas yang sistematik
APAKAH KAEDAH PENGURUSAN YANG
SERING DIGUNAKAN DALAM KELAS ?

• Guru kebiasaannya akan membahagikan para


pelajar ke dalam beberapa kumpulan kecil
supaya proses pembelajaran akan berjalan
dengan lebih lancar.
• Melalui kaedah ini , proses PdPc akan kelihatan
lebih sistematik.
APAKAH ANTARA PERSEDIAAN YANG PERLU
DILAKUKAN SEBELUM GURU MASUK KE
KELAS UNTUK MENGAJAR ?

1. Guru menyemak rancangan pengajaran harian


yang telah ditetapkan supaya setiap apa yang
diajarkan menepati sukatan silibes yang dilakukan.

2. Guru menyediakan ABM seperti


'flashcard' .
3. Guru mencari tempat yang sesuai untuk
menjalankan proses PdPc .

4. Guru mengenalpasti corak pengajaran


yang bakal digunakan berdasarkan identiti
kelompok pelajar itu sendiri.
PERSEDIAAN SEBELUM PdPc
APAKAH ALTERNATIF YANG DIAMBIL OLEH
GURU UNTUK MENGATASI PELAJAR YANG
BERMASALAH?

• Kebanyakan dari pelajar sebenarnya bukan lah


bermasalah namun mereka lebih kepada
bersikap malas.
• Oleh itu , guru sepatutnya bertindak lebih tegas
dengan kelompok pelajar seperti ini .
• Ugutan 'kecil' seharusnya dipraktikkan yang
mana akan membuatkan pelajar sedikit takut.
• Namun begitu , guru tak digalakkan sama sekali
untuk memaki hamun pelajar yakni sebenarnya
akan memalukan pelajar tersebut.
ADAKAH PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) MEMBANTU SESI
PENGAJARAN GURU DI DALAM KELAS ?

• Penggunaan ABM sangat disyorkan


semasa proses pengajaran guru berjalan.
• Ini kerana dengan adanya ABM , minat
pelajar dapat dipupuk agar lebih tertarik
terhadap pengajaran guru.
KESIMPULAN

Pengurusan alam pembelajaran ini perlu


dititikberatkan oleh para guru supaya minat para
pelajar dapat dipupuk dengan mudah .
Selain itu , segala pemindahan maklumat akan
berjalan lancar sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar .
SEKIAN , TERIMA KASIH

You might also like