You are on page 1of 2

TOKOH MURID LELAKI

Tokoh murid ini merupakan putera kepada pasangan bahagia En Hairul Nizam Bin Omar dan Pn
Fairuzlin binti Abdul Rahim. Dilahirkan di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam (DEMC) pada
24 Julai 2009. Merupakan anak sulong dalam keluarganya.

Beliau sangat meminati subjek sains dan matematik dan bercita-cita menjadi seorang Saintis
terkenal satu hari nanti. Waktu lapangnya diisi dengan melukis dan mereka cipta. Tidak mudah
mengenal putus asa merupakan motto hidup tokoh murid ini.

Sikap beliau yang bersahaja,sabar ,rajin ,ringan tulang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan
telah memberi kepercayaan kepada guru melantikya sebagai seorang pengawas sekolah

Beliau juga menunjukkan prestasi yang cemerlang samaada dalam bidang kurikulum dan ko
kurikulum . Kecemerlangannya dalam bidang akademik terserlah sejak beliau di Tadika lagi.
Beliau menjadi Pelajar Terbaik Keseluruhan Tadika Minda Emas , Alam Budiman, seterusnya
pada Tahun 1 beliau menerima Anugerah Kedudukan Tempat Pertama dalam Kelas dan
Anugerah Matapelajaran B.Inggeris Terbaik. Beliau bukan sahaja cemerlang di sekolah
kebangsaan malah di sekolah agama juga . Beliau mendapat keputusan MUMTAZ dalam setiap
peperiksaan di sekolah agama.

Dalam bidang ko-kurikulum pula beliau sangat komited mengikuti dan menyertai pelbagai
aktiviti yang diadakan di peringkat sekolah. Antaranya pertandingan koir sempena Karnival
Koko,pertandingan mendeklamasikan sajak sempena Kempen Anti Dadah , pertandingan
melukis poster sempena Hari Kebangsaan dan sebagainya. Tokoh murid ini juga, merupakan
Pengerusi bagi Kelab Ko-akademik

Ketokohan dan sikap positif yang ditonjolkan merupakan faktor utama murid ini dipilih selaku
Tokoh Murid Lelaki Sempena Hari Kanak-Kanak pada tahun 2018. Tokoh murid yang
dimaksudkan ialah adik RAYYAN DANISH BIN HAIRUL NIZAM dari kelas 3 Alamanda
TOKOH MURID PEREMPUAN

Tokoh murid ini , merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan berdedikasi.
Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Beliau di lahirkan pada
27 Januari 2009 di Selangor Darul Ehsan. Puteri kepada pasangan En Md Edlan Jafny dan Pn Nik
Azlina memasang impian untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya satu hari nanti. Dimana
ada kemahuan ,disitu ada jalan merupakan motto hidupnya. Waktu lapangnya diisi dengan
bermain kasut roda dengan kawan-kawannya.

Tokoh murid ini, merupakan pengawas sekolah yang bertanggungjawab dan sentiasa komited
dengan setiap tugas yang telah di amanahkan kepada beliau.

Beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang samaada dalam bidang kurikulum dan ko-
kurikulum.Dari segi kurikulum tokoh murid ini sentiasa mendapat tempat yang terbaik dalam
kelasnya. Beliau telah mendapat kedudukan pertama dalam kelas bagi Peperiksaan Topikal 1
pada tahun 2018. Dari segi Ko-Kurikulum pula tokoh murid ini telah mewakili sekolah bagi
Pertandingan Bercerita Tahap 1di Sk Bukit Subang dan telah mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut .Seterunsnya meneruskan perjuangan ke peringkat daerah di Sk Raja
Muda. Beliau juga aktif menyertai aktiviti –aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah.

Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati dan mudah menghulurkan
bantuan kepada guru-guru dan rakan-rakan memberi impak yang sangat besar untuk di
tabalkan sebagai Tokoh Murid Sempena Hari Kanak-Kanak pada tahun 2018. Murid yang
dimaksudkan ialah adik WAN MARISSA BT MD EDLAN JAFNY dari kelas 3 Alamanda

You might also like