You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah adalah sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang terletak di Kampung

Baru, Kuala Lumpur dan berhadapan dengan Kelab Sultan Sulaiman. Semasa ditubuhkan pada tahun 1965, ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kampung Bharu, Jalan Stoney. Sebelum sekolah ini telah menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan (Inggeris) Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Bermula pada 1 Januari 1983, Sekolah Menengah Kampung Bharu ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah.

Sejarah

Bermula dengan kelas peralihan hingga ke tingkatan 5, dan seterusnya pada tahun 1989, tingkatan 6 rendah aliran sastera dimulakan. Tiga tahun kemudian iaitu pada 1992, kelas Tingkatan 6 ditutup kerana kurangnya sambutan daripada pelajar-pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah merupakan sebuah sekolah asrama harian sehingga tahun 2003. Asrama SMK Puteri Wilayah dikenali sebagai Asrama Persekutuan dan menerima pelajar-pelajar perempuan dari sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Mula tahun 2004, asrama dibuka khas bagi puteri aliran agama SMK Puteri Wilayah.
[sunting]

You might also like