You are on page 1of 7

TUAN GURU HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN

SINOPSIS

Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Rahman berasal dari Pattani, Thailand dan mula berhijrah ke
Tanah Melayu sekitar awal 1880-an. Pada masa penghijrahannya, beliau mencari rezeki dengan
mengambil upah membajak sawah kepunyaan seorang petani di kawasan Permatang Nibong,
Permatang Pauh. Agak lama beliau bekerja demikian sehingga beliau dikenali oleh kebanyakan
orang kampung.

Ketokohan dan ketinggian ilmu beliau mula dapat disedari oleh masyarakat distu apabila beliau
berjaya menyelesaikan beberapa masalah agama yang dibicarakan penduduk. Kebijaksanaan
Haji Ahmad dalam menyelesaikan beberapa isu agama telah menjadi perbualan penduduk
setempat sehingga beliau menjadi sumber rujukan bagi sebarang hal ehwal agama.

Lantaran itu, penduduk kampung bersepakat untuk mendirikan sebuah kawasan pengajian kecil
untuk kemudahan Haji Ahmad mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk sekitar. Niat murni
itu telah membuatkan seorang individu dari Alma untuk mewakafkan sebidang tanahnya di
kampung Padang Lalang untuk dijadikan tempat pengajian ilmu-ilmu agama.

SHEIKH HAJI ABDULLAH FAHIM (1869-1961)


SINOPSIS

Sheikh Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870
di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim
bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan
Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram
.Sewaktu berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan
mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih
daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah
dalam bidang ilmu falak dan kesusasteraan Arab.
Selain itu, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan
pernah menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan
Yahudi,Inggeris,Perancis dan Amerika Syarikat.Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan
seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di Mekah.Hasil perkongsian hidup itu, beliau
dianugerahi dua cahaya mata iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di
Malaysia dengan nama Ahmad Badawi, iaitu bapa kepada YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.
Pada tahun 1925, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di
Kepala Batas, Pulau Pinang.Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama
kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusakanya di situ.Sesudah beberapa tahun di Perak,
Sheikh Abdullah Fahim kembali ke Pulau Pinang dan meneruskan semula kuliah agamanya di
Masjid Kepala Batas sementara menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan
dikenali sebagai Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April
1961 ketika usia 90 tahun.

TUAN SYAIKH UTHMAN JALALUDDIN (1880-1952)

SINOPSIS

Tuan Syaikh Uthman Jalaluddin yang masyhur sebagai seorang alim di Penanti, Bukit
Mertajam. Dilahirkan pada tahun 1880M di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu,
Kelantan. Beliau mulai belajar kitab jawi yang pertama kepada Haji Jamal Perupok, kemudian
belajar dengan mufti Haji Wan Muhammad di Kota Bharu dan Haji Abdul Malik di Sungai
Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, Syaikh Uthman melanjutkan pelajaran ke
Mekah selama 4 tahun. Setelah pulang dari Mekah beliau meneruskan pengajiannya di pondok
Tok Kenali dan beliau pernah menjadi pembantu Tok Kenali dengan mengajar kitab-kitab fiqh
kepada para pelajar. Selepas itu beliau cuba membuka pondok di Pasir Kasar, Sering, Kampung
Tapang dan di Lepah, Bukit Abal, Pasir Puteh tetapi semuanya gagal dan tidak dapat bertahan
lama.

Berdasarkan kegagalannya dalam usaha tersebut beliau cuba berbincang dengan gurunya
Tok Kenali yang memberi nasihat kepadanya supaya belajar lagi.Atas nasihat tersebut, Syaikh
Uthman berangkat pula ke Mekah bersama isteri dan anaknya, tetapi isteri dan anak lelakinya
yang dibawa bersama ke Mekah itu meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji.Selepas
itu beliau berkahwin pula dengan Hajjah Sara di Mekah dan dapat hidup aman damai di sana di
samping bersungguh-sungguh menjalankan tugas mengajar.

Dari Mekah Syaikh Uthman bersama-sama keluarganya pulang ke Malaysia.


Kepulangannya pada kali ini membuatkan beliau terus ke Penanti, Bukit Mertajam dan tidak lagi
ke tempat asalnya Kelantan. Di Penanti beliau membuka Pondok di atas tanah yang diwakafkan
oleh sepasang suami isteri iaitu Haji Arshad dan Hajjah Tijah. Pondok tersebut diberi nama
Manabil Ulum Wamatali'al-Nujum.Ertinya : (Tempat Terpancarnya Ilmu Pengetahuan dan
Tempat Munculnya Bintang-bintang).Pada tahun 1952 tugas mentadbir dan mengajar di pondok
itu diambil alih oleh Tuan Guru Haji Talib bin Haji Puteh setelah Tuan Syaikh Uthman
meninggal dunia di Mekah.

TUAN HUSAIN MOHD NASIR AL-MAS'UDI AL-BANJARI (1863-1935)

SINOPSIS
Tuan Husain atau Tuan Husain Mohd Nasir al-Masu'di al-Banjari.Beliau adalah seorang
guru dan pengarang kitab agama yang dihormati oleh masyarakat Islam di utara dan Nusantara
amnya.Tuan Husain dilahirkan di Titi Gajah,Kedah pada 20 Jamadilawal 1280H bersamaan
1863M.Asal usul keturunan Tuan Husain sebenarnya dari Kelampaian, Martapura,
Banjarmasin.Walau bagaimanpun, nenek moyangnya sudah begitu lama berhijrah ke Kedah.Pada
zaman kecilnya, Tuan Husain dipelihara oleh datuknya, Haji Mohd Taib yang juga ulama
terkemuka di Kedah pada abad ke-19.Datuknya sendiri mengajar ilmu agama dan bahasa Arab
kepadanya. Menjelang usia 19 tahun, Tuan Husain berjalan kaki ke Pattani untuk mendalami
ilmu agama.Tuan Husain kemudiannya berhijrah pula ke Kelantan.

Pada tahun 1883,beliau menumpang tongkang ke Terengganu.Tuan Husain sebenarnya


amat dahagakan ilmu.Ini menyebabkan beliau mengembara hampir ke seluruh Nusantara.Dari
Melaka beliau ke Medan dan Aceh. Beliau dijodohkan dengan anak Penghulu Wahab yang
bernama Jahara.Tuan Husain kembali ke Titi Gajah untuk membantu datuknya mengajar
agama.Tidak lama selepas itu,isterinya pula meninggal dunia.Tuan Husain berkahwin pula
dengan Wan Khadijah Wan Jusoh.

Pada tahun 1892, Tuan Husain melanjutkan pengajian di Mekah.Di Tanah Suci,beliau
berguru dengan Syeikh Nawawi Bintan, Ahmad Lingga.Kawan karibnya di Mekah ialah Haji
Muhammad Yusof Kelantan (Tok Kenali) dan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik (Pak Wan
Sulaiman).Di antara muridnya yang muncul sebagai ulama terkenal ialah Haji Abdul Rahman
Haji Abdullah dan Haji Abdul Rahman Merbok yang juga dikenali sebagai Datuk Mursyid
Diraja Kedah.Seorang lagi muridnya ialah Haji Ghazali Haji Arsyad,murid Sekolah Al-Irshadiah
Al-Diniyah, Bagan Datoh Perak.Syeikh Idris Al-Marbawi juga dikatakan pernah berguru kepada
Tuan Husain di Bohor.

Pada tahun 1887,beliau menghasilkan buku pertama,Al-Nur Mustafid fi Aqa'id Ahl AlTauhid.Buku terakhirnya pula berjudul Bunga Geti.Tuan Husain juga menghasilkan 18 buah
kitab agama. Tuan Husain meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1354H bersamaan 1935M.Ketika
itu beliau berusia 72 tahun.Jenazah Tuan Husain telah dikebumikan di Titi Gajah.

HAJI MOHD ZAIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (1883-1943)


SINOPSIS
Haji Mohd Zain bin Haji Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Paya Semambu Relau,
Kedah, pada tahun 1883.Anak sulung daripada 8 orang adik beradik.Semasa kecil Haji Mohd
Zain mempelajari ilmu Al-Quran dan agama daripada ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman
bin Ateng, seorang imam di Kampung Relau yang amat disegani.Daripada 4 orang anak lelaki
Hj. Abdul Rahman, Mohd Zain merupakan anak yang paling cerdik dan cepat menerima ilmu
yang diajar.Sebelum meningkat dewasa, beliau telah dihantar belajar kepada beberapa orang tuan
guru di sekitar utara negeri Kedah.Paling lama beliau menuntut ialah di Pondok Kampung Pulau
Pisang, Kedah.Tidak diketahui disini siapakah guru-guru beliau ketika itu.Setelah mendapat
tauliah dan ijazah daripada beberapa orang gurunya di Kedah, pada tahun 1924 beliau telah
berhijrah ke negeri Melaka yang bersejarah dan membuka sebuah sekolah pondok di Kampung
Paya Rumput, Alor Gajah yang diberi nama Madrasah Ad Diniah.Beliau telah berkahwin dengan
Puan Aishah binti Ismail dan mendapat 5 orang puteri.

Nama Hj.Mohd Zain bin Hj. Abdul Rahman tercatat dalam sejarah Melaka antara 4 orang
ulama masyhur yang membuka sekolah pondok.Selain daripada alim dengan ilmu agama Hj.
Mohd Zain juga mahir dengan beberapa ilmu kebatinan, beliau cekap bermain senjata seperti
keris dan tekpi. Beliau juga mahir dengan ilmu penangkap.Pada bulan Safar 1352 bersamaan Jun
1932, Hj.Mohd Zain pulang ke Sungai Bakap dan membuka pondok Ad Diniah Islamiah di Jalan
Stesen dengan menggunakan nama pondok yang ditinggalnya di Melaka.Pada malam Ahad 2
Safar 1362 bersamaan 7 Februari 1943, ketika menjelang subuh Tuan Guru Haji Mohd Zain
pulang ke rahmatullah.Walaupun telah meninggal, penyebaran ilmu dan dakwah Islamiah
berjalan terus dibawah pimpinan menantu sulung beliau iaitu Tuan Guru Haji Shapee bin Haji
Harun.

You might also like