You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU,

JALAN FOOCHOW NO.1,


9330 KUCHING,
SARAWAK.

MINIT MESYUARAT LAB KURIKULUM DAN KOKURIKULUM PPKI 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU

TARIKH : 8 Januari 2019


HARI : Selasa
MASA : 11.30 Pagi
TEMPAT : Bilik Guru PPKI

KEHADIRAN GURU :
1. Encik Mohamad Izamri Othman - Penolong Kanan Pendidikan Khas

2. Encik Kenneth Anak Jampang


3. Encik Awang Kasuma Bin Awang Asin
4. Puan Hasinah Binti Hamid
5. Encik Louis Anak Aben
6. Cik Chong Chiat Yee
7. Puan Fadhila Binti Hasbi
8. Encik Hibatul Hakimi Hasman
9. Puan Maritza Marsya Sahat Abdullah
10. Puan Nor Aishah Binti Khalid
11. Puan Marni Binti Abdullah
12. Puan Cathline Anak Gerald Tugbing

TIDAK HADIR :

1. Puan Zur Ain Connie Binti Abdullah - CRK

AGENDA MESYUARAT :

1. Panitia 2019
2. ERPI 2019
3. PASR 2019
4. Pentaksiran PPKI 2019
5. Kokurikulum PPKI 2019
6. Hal-Hal Lain

1
1. PANITIA PPKI 2019

1.1 Penolong Kanan Pendidikan Khas mengucapkan selamat datang kepada dua
orang guru baharu yang baharu berpindah ke PPKI SK Tabuan Ulu iaitu Puan
Fadhila Binti Hasbi dan Encik Hibatul Hakimi Bin Hasman
Tindakan : Makluman

1.2 Pengurusan akademik PPKI dikendalikan oleh Encik Kenneth termasuk RPI dan
PASR
Tindakan : Makluman

1.3 Penerangan tentang panitia matapelajaran PPKI oleh Encik Kenneth Anak
Jampang. Pembahagian ketua panitia bagi setiap matapelajaran:

Bil Matapelajaran Ketua


1 Bahasa Melayu Puan Fadhila Binti Hasbi
2 Bahasa Inggeris Encik Hibatul Hakimi Hasman

3 Matematik Cik Chong Chiat Yee

4 Sains Puan Maritza Marsya Sahat Abdullah

5 Kemahiran Hidup Encik Kenneth Anak Jampang

6 Pengurusan Kehidupan (UD,PTL,KM) Puan Marni Binti Abdullah

7 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Encik Louis Anak Aben

8 Pendidikan Jasmani Encik Awang Kasuma Bin Awang Asin

9 Pendidikan Seni Visual Puan Nor Aishah Binti Khalid

10 Muzik Puan Zur Ain Connie Binti Abdullah


11 Pendidikan Moral Puan Cathline Anak Gerald Tugbing

Tindakan : Makluman

1.4 Guru-guru yang mengajar KSSR 3 perlulah menggunakan KSSR semakan.


Sesiapa yang tiada DSKP KSSR semakan boleh dapatkan dari Encik Kenneth.
Tindakan : Makluman

1.5 Ketua panitia matapelajaran perlu mengemaskini fail panitia. Ketua panitia perlu
menyediakan surat panggilan dan mengadakan mesyuarat pertama dalam bulan
Januari ini. Minit mesyuarat perlu disiapkan sebelum 30 Januari 2019. Mesyuarat
panitia yang kedua perlu diadakan pada bulan Julai. Mesyuarat perlu dijalankan
sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Tindakan : Ketua panitia

1.6 Senarai kandungan yang perlu dilengkap isi di dalam fail panitia ialah:
1.6.1 Fail induk (carta organisasi)
1.6.2 Sukatan matapelajaran DSKP

2
1.6.3 Minit mesyuarat
1.6.4 Aktiviti tahunan
1.6.5 Maklumat guru
Tindakan : Ketua panitia

1.7 Ketua panitia boleh mengajak guru-guru dari panitia lain untuk menyertai sebarang
aktiviti panitia yang dikendalikan
Tindakan : Ketua panitia dan semua guru

1.8 Ujian akan diadakan 2 kali setahun untuk semua tahap bagi matapelajaran teras
kecuali matapelajaran yang dinilai menggunakan kaedah senarai semak iaitu
Pendidikan Jasmani, Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pengurusan
Tingkah Laku dan Muzik. Format untuk senarai semak dan ujian mengikut guru
masing-masing. Ujian akan dijalankan dalam tempoh dua minggu menggunakan
jadual waktu kelas.
Tindakan : Makluman

2. ERPI 2019

2.1 Rancangan pendidikan individu (RPI) merupakan KPI KPM. Setiap sekolah
diwajibkan untuk membuat RPI murid
Tindakan : Makluman

2.2 Penyelaras bagi RPI sekolah ialah Encik Awang Kasuma Bin Awang Asin dibantu
oleh Puan Hasinah Binti Hamid.
Tindakan : Makluman

2.3 Penerangan tentang ERPI oleh Encik Awang Kasuma Bin Awang Asin. ERPI
wajib dibuat bagi 2 sidang iaitu :
Sidang 1 : 2 Januari 2019 - 24 Mei 2019
Sidang 2 : 11 Jun 2019 – 22 November 2019
Tindakan : Semua guru

2.4 Penyataan bagi RPI murid adalah berdasarkan masalah murid dan bukan
berdasarkan matapelajaran.
Tindakan : Semua guru

2.5 Guru kelas perlu mengisi data murid dan data ibu bapa atau penjaga di dalam
ERPI. Data ibu bapa atau penjaga perlu diisi menggunakan kad pengenalan
mereka.
Tindakan : Guru kelas

2.6 Tarikh akhir pengisian ERPI ialah pada 8 Februari 2019. Guru kelas perlu
mencetak RPI murid selepas semua maklumat telah lengkap diisi.
Tindakan : Makluman dan guru kelas

2.7 Mesyuarat bersama ibu bapa dan penjaga akan diadakana apada 16 Februari
2019. Dalam mesyuarat itu juga akan membincangkan tentang RPI murid yang
telah dibuat.
3
Tindakan : Makluman

2.8 Jika guru tidak menyiapkan ERPI akan menyebabkan pihak sekolah perlu
menunjukkan surat tunjuk sebab kepada JPN.
Tindakan : Makluman

3. PASR 2019

6.1 Calon PASR pada tahun ini terdiri daripada 6 orang calon dari kelas PPKI 7. Calon
PASR ini akan menduduki prokhas 1 dan 2. Matapelajaran yang terlibat untuk
prokhas ini ialah :
Prokhas 1 – Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu dan Matematik
Prokhas 2 – Bahasa Inggeris dan Sains
Tindakan : Makluman

4. Pentaksiran PPKI 2019

4.1 Pentaksiran bilik darjah akan dikendalikan oleh Encik Kenneth anak Jampang.
Setakat ini tapak pelaporan untuk tahun 2 dan tahun 3 masih belum ada.
Tindakan : Makluman

5. Kokurikulum PPKI 2019

5.1 Penerangan tentang kokurikulum PPKI oleh Encik Awang Kasuma Bin Awang
Asin. Kokurikulum untuk PPKI ialah:
5.1.1 Badan Beruniform Pengakap
5.1.2 Kelab Keceriaan dan Alam Sekitar
5.1.3 Sukan dan Permainan Petanque
Tindakan : Makluman

5.2 Pembahagian ajk untuk kokurikulum PPKI:

Bil Kokurikulum PPKI AJK

1 Badan Beruniform Pengakap 1. Encik Kenneth Anak Jampang


2. Encik Hibatul Hakimi Hasman
3. Puan Maritza Marsya Sahat
Abdullah
4. Puan Nor Aishah Binti Khalid
2 Kelab Keceriaan dan Alam Sekitar 1. Encik Louis Anak Aben
2. Cik Chong Chiat Yee
3. Puan Fadhila Binti Hasbi
4. Puan Cathline Anak Gerald Tugbing
3 Sukan dan Permainan Petanque 1. Encik Awang Kasuma Bin Awang

4
Asin
2. Puan Marni Binti Abdullah
3. Puan Zur Ain Connie Binti Abdullah
Tindakan : Makluman

5.3 Pada bulan Mac akan diadakan pertandingan Olahraga PPKI peringkat negeri dan
kemungkinan besar PPKI SK Tabuan Ulu akan terlibat dengan pengankuran
pertandingan ini. Pada bulan April pula akan diadakan hari autism dan sindrom
down.
Tindakan : Makluman

5.4 Cadangan untuk mengadakan hari perkhemahan PPKI melibatkan PPKI dari
sekolah lain dan cadangan untuk mengadakan lawatan PPKI.
Tindakan : Makluman

5.5 Penolong Kanan Pendidikan Khas mengingatkan supaya semua murid PPKI wajib
terlibat dalam kokurikulum sekolah.
Tindakan : Makluman

5.6 Surat pelantikan AJK untuk setiap kokurikulum akan diberi dan perlu disimpan.
Tindakan : Makluman dan semua guru

5.7 Aktiviti kokurikulum akan bermula pada 16 Januari 2019 hari Rabu pada pukul
7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pada hari tersebut akan dijalankan pendaftaran murid
dan pelantikan AJK.
Tindakan : Makluman

5.8 Penolong Kanan Pendidikan Khas mencadangkan untuk membuat baju tshirt PPKI
bagi digunakan semasa waktu kokurikulum dan aktiviti PPKI.
Tindakan : Makluman

5.9 Encik Awang Kasuma mencadangkan untuk mengadakan sambutan hari jadi
murid dan guru PPKI setiap 3 bulan sekali.
Tindakan : Makluman

6. Hal-Hal Lain

6.1 Fedderal Impin Anak Satar dan Soon Hua Thung dilantik sebagai pengawas PPKI
2019
Tindakan : Makluman

6.2 Guru kelas perlu memastikan kelas mempunyai jadual waktu, jadual bertugas dan
peralatan-peralatan di dalam kelas cukup. Jika terdapat peralatan yang belum
cukup arahkan PPM untuk mengambil.
Tindakan : Guru Kelas
5
6.3 Maklumat murid di dalam buku rekod kehadiran berwarna biru perlu dilengakapkan
dan sentiasa dikemaskini.
Tindakan : Guru Kelas

6.4 Yuran-yuran kelas yang sudah dikutip perlu diserahkan kepada guru-guru berikut :
6.4.1 PIBG - Encik Kenneth anak Jampang
6.4.2 Buku Latihan - Guru kelas masing-masing
6.4.3 Lain-lain - Puan Maritza Marsya Sahat Abdullah
Tindakan : Guru Kelas

6.5 Guru-guru perlu menambahbaik dan menceriakan bilik guru PPKI. Guru yang
bertanggungjawab untuk mengendalikan keceriaan bilik guru PPKI ialah Puan
Fadhila Hasbi dan Encik Hibatul Hakimi Hasman.
Tindakan : Puan Fadhila, Encik Hibatul Hakimi dan semua guru

6.6 Waktu datang dan balik murid-murid serta guru perlu mengikut jadual yang
ditetapkan
Tindakan : Makluman

6.7 Semua guru perlu mematuhi jadual bertugas masing-masing.


Tindakan : Semua guru

6.8 Bilik Kemahiran Hidup akan dikendalikan oleh Puan Marni Binti Abdullah.
Tindakan : Makluman

6.9 Puan Nor Aishah Binti Khalid menyatakan bahawa telah menerima bekalan buku
teks dan buku aktiviti tetapi masih belum dicop dan dicatat. Buku teks untuk tahun
1 sudah diterima tetapi masih belum menerima buku aktiviti.
Tindakan : Makluman

6.10 Encik Louis Anak Aben menyatakan laluan belakang kelas PPKI 3,4,5 dan 6 perlu
dicuci dan dibersih kerana licin.
Tindakan : Makluman

6.11 Semua staf perlu ‘reverse parking’ kereta masing-masing


Tindakan : Semua guru

6.12 Puan Hasinah memohon PKPK untuk memanjangkan tentang kerosakan pintu di
kelas prasekolah PPKI selepas mengisi borang kajian untuk baik pulih kelas Pra
Sekolah.
Tindakan : Penolong Kanan Pendidikan Khas

6.13 PKPK mencadangkan untuk memasang semula pagar di kawasan kelas PPKI
untuk keselamatan.
6
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………….. …………………………….

Fadhila Binti Hasbi Mohd Izamri Othman


Setiausha Lab PPKI PK Pendidikan Khas

You might also like