You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PERPADUAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAUH 2018

1. TAJUK

Program Perpaduan Sekolah

2. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Aspirasi Ke-4 : Memupuk perpaduan dalam kalangan murid


Anjakan Ke-3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Anjakan Ke-9 : Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.

3. LATAR BELAKANG

Program ini dilaksanakan berlandaskan usaha untuk meningkatkan perpaduan di kalangan


murid-murid, warga sekolah dengan komuniti setempat serta mengeratkanan jalinan dan
jaringan sekolah dengan sektor swasta dan agensi luar.

4. MATLAMAT

Mewujudkan integrasi kaum ke arah pengukuhan perpaduan dan penyatuan


masyarakat.

Menyemai semangat Nasionalisme dan Patriotisme ke arah usaha membina negara


bangsa.

Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti, pihak berkepentingan demi kemenjadian


murid dan sekolah berkualiti.
5. OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan sumbangan mereka sebagai


salah satu elemen ke arah perpaduan nasional.

2. Mendedahkan serta membiasakan murid-murid dengan penglibatan komuniti, agensi


luar dan pihak swasta dalam mewujudkan perpaduan

3. Mengeratkan hubungan ibu bapa komuniti dan pihak swasta dengan pihak Sekolah
Kebangsaan Sebauh.

4. Mengaplikasikan konsep serta amalan baik dalam membentuk tingkah laku murid ke
arah tingkah laku baik dan terpuji.

5. Membangunkan persekitaran sekolah serta insfranstruktur sekolah ke arah


pembelajaran bermakna untuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

6. SASARAN

Semua murid, warga sekolah, PIBG, komuniti dan pihak swasta

7. JAWATANKUASA
a) Jawatankuasa Induk (JKK Induk)
1. Pengerusi : Encik Bernard Tahim anak Bael (Guru Besar SK Sebauh)
2. Penolong Pengerusi : Puan Moni anak Nanang (PK Pentadbiran SK Sebauh)
3. Setiausaha : Encik Munong anak Ugak (PK HEM SK Sebauh )
4. Penolong Setiausaha : Encik Affendy bin Awang Ramain
5. AJK i. Semua Guru
ii. YDP PIBG
iii. Penolong YDP PIBG
iv. Semua AKP
b) Jawatankuasa Kecil (Pelaksana)
1. Ketua : Encik Munong anak Ugak
2. Penolong Ketua : Encik Affendy Awang
3. Setiausaha : Encik Taib anak Brown
4. Penolong Setiausaha : Puan Nursyamira binti Hasanudin
5. AJKK : Semua Guru
Semua AKP

8. Strategi Pelaksanaan / Jadual / Pengisian Program

i. Program Perhimpunan
Ketua : Ustaz Mohd Noor Azman
Penolon Ketua : Encik Lucas anak Naga

a. Matlamat - Membentuk kerektor murid ke arah perpaduan


b. Objektif - Murid-murid bersedia memahami tatacara pergaulan
antara murid-murid yang berbilang kaum.

ii. Program CerMin Pagi (Cerdas Minda)

Ketua : Ustazah Nor Hidayah binti Mohamed Gani

Penolong Ketua : Encik Muhammad Hilmi Ahmad Shukri

a. Matlamat - Merapatkan jurang dalam kalangan murid ke arah


pembelajaran bermakna serta menghargai pandangan
orang lain

b. Objektif - Melahirkan murid-murid yang dapat memberi pendapat,


pandangan dan perkongsian ilmu ke arah pencapaian
akademik yang cemerlang serta mengamalkan nilai
yang terpuji.

iii. Program Bersih


Ketua (1) : Cik Nurul Iffah binti Awang Sulong
(Pakaian, kekemasan dan minda murid)
Ketua (2) : Encik Mohd Khairuddin Reduan

(Fizikal dan persekitaran sekolah)

a) Matlamat :- Menyerapkan nilai kebersihan fizikal, pakaian dan


minda murid.

Mewujudkan persekitaran sekolah bersih, ceria dan


sentiasa selamat digunakan.

b) Objektif :- Melahirkan murid yang mementingkan kebersihan


fizikal, pakaian serta minda ke arah melahirkan
masyarakat yang harmonis, sihat dan sejahtera.

- Melahirkan murid yang sentiasa bekerjasama menjaga


persekitaran ke arah sekolah yang bersih, ceria dan
selamat.

iv. Program Salam


Ketua : Encik Mark Eston

Penolong Ketua : Puan Nurul Huda binti Abdul Wahab

a) Matlamat : Menyerapkan nilai hormat menghormati di kalangan


murid-murid.

b) Objektif : Melahirkan murid yang sentiasa hormat-menghormati


dalam pergaulan dengan rakan-rakan, guru-guru dan
masyarakat setempat.

v. Program Tegak

Ketua : Encik Chin Sheh Tsun

Penolong Ketua : Ustaz Atiqullah Abang Ghani

a) Matlamat : Membentuk warga sekolah yang bersemangat


patriotisme serta tahu menghormati lagu kebangsaan,
Jalur Gemilang, ikrar, doa dan lagu-lagu rasmi.
b) Objektif : Melahirkan warga sekolah yang cinta akan negara dan
sentiasa mengamalkan nilai kesopanan dalam kehidupan
harian atau dalam majlis-majlis yang dianjurkan.

vi. Program “ Love My School ”

Ketua : Encik Taib Brown (sekolah)


Ketua : Encik Ling Ik Wei (asrama)

a) Matlamat : Membangunkan genarasi yang bertanggungjawab serta


menghargai kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Objektif : Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab serta


bertingkah laku baik' dan anti vandalisme

9. Kaedah pengukuran bagi mencapai objektif.


Pelaporan Jawatankuasa, Instrumen Penilaian, Analisis Data, Soal selidik, Temu bual,
Semakan dokumen, rakamansuara, video dan lain-lain.

10. TEMPOH

Bulan Ogos - November

11. PENUTUP

Pelaksanaan aktiviti Perpaduan Sekolah ini diharapkan dapat membantu murid-murid


untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan serta menunjukkan perubahan tingkah laku
terpuji dalam pembentukan perpaduan nasional. Selain itu, perlaksanaan program ini
diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan
komuniti dan pihak swasta ke arah sekolah berkualiti.
Disediakan oleh:

………………………………………..
(NURUL SYAFIQAH BT BADRUDDIN)
Setiausaha Unit HEM,
Sekolah Kebangsaan Sebauh.

Disemak oleh:

………………………………………..
(MUNONG ANAK UGAK)
Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Sebauh.
.

Disahkan oleh:

……………………………………..
(BERNARD TAHIM ANAK BAEL P.P.N)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sebauh.

You might also like