You are on page 1of 11

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

PELAJAR TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI
MERLIMAU , MELAKA

Tema
Keinsafan Diri
PENGENALAN :

Khidmat Masyarakat ialah program selepas UPSR bagi murid-murid tahun 6


Sekolah Kebangsaan Pulai. Program ini diadakan setiap tahun. Program ini
memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Penglibatan ini ialah dalam bentuk gerak kerja boleh membantu dan meningkatkan
imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran agama , kemahiran hidup dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang
dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian
daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat
membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan
kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

1. Mengisi program selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah


2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran agama dan nilai sivik dan
kewarganegaraan di luar bilik darjah.
3. Memberi sumbangan kepada masyarakat setempat dan negara.
4. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
PENGISIAN:

PROGRAM 1
Tema : Rumah Ibadat
Nama Projek : Masjid Dekat Di hati
Aktiviti : Membersihkan Kawasan Masjid Kampung Pulai
Kumpulan Sasaran : Semua Pelajar Tahun 6 ( 117 orang )
Tarikh Pelaksanaan : 28 September 2012
Hari : Jumaat
Tempoh masa : 3 Jam

PROGRAM 2
Tema : Keinsafan dan Keberanian
Nama Projek : “ Destinasi Akhir ”
Aktiviti : Membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Pulai
Melaka
Kumpulan Sasaran : Semua pelajar tahun 6 ( 117 orang )
Tarikh Pelaksanaan : 5 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Tempoh masa : 2 jam

PENGLIBATAN GURU:

1. GURU-GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011


a. Zainor Din bin Abu Hasan
Unit : BM 3 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
b. Safri bin Abu
Unit : PA 2 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
2. GURU- GURU TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI.
a. En. Abdul Kadir bin Ahmad
b. Ustaz Syafiq
c. Pn. Zaiton bt Mat
d. Pn. Lizana bt Abdullah
e. Pn. Fauziatun bt Ibrahim
f. Pn. Norliza bt Noor Rashid
g. Ustazah Norhasikin bt Mohd Sani
h. Pn. Rozilah bt Mohd Zin
i. Pn. Ruzaini bt Muhammad

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN


PROGRAM 1
Tema : Rumah Ibadat
Nama Projek : Masjid Dekat Di hati
Minuman murid : RM 50.00

PROGRAM 2
Tema : Keinsafan Diri
Nama Projek : “ Destinasi Akhir ”
Minuman Murid : RM 50.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________ __________________________
( ZAINOR DIN ABU HASAN ) (PUAN AIMAH BTE RASIDI )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pulai
LAPORAN KENDIRI BINA INSAN GURU
Oleh :
ZAINOR DIN BIN ABU HASAN
700620045013
KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011

PROGRAM 1
Tema : Rumah Ibadat
Nama Projek : Masjid Dekat Di hati
Aktiviti : Membersihkan Kawasan Masjid Kampung Pulai
Kumpulan Sasaran : Semua Pelajar Tahun 6 ( 117 orang )
Tarikh Pelaksanaan : 28 September 2012
Hari : Jumaat
Tempoh masa : 3 Jam

Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Murid-murid mula
bergerak ke Masjid Kampung Pulai setelah selesai program Bacaan Yasin dan
sembahyang hajat di Surau Sekolah kebangsaan Pulai. Murid-murid hanya berjalan
kaki kerana kedudukan masjid terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Pulai.

Tiba di masjid kami disambut oleh imam Masjid Pulai iaitu Tuan Haji . Beliau
mengucapkan terima kasih kerana murid-murid sudi datang ke masjid untuk bergotong-
royong. Sebelum bergotong – royong beliau sempat memberikan sedikit tazkirah
ringkas kepada murid-murid berkaitan kewajipan bersembahyang.
Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan setiap kumpulan diberikan tugasan
seperti :

1. Kumpulan 1 : Membersihkan kawasan dalam masjid ( Kawasan lelaki )


2. Kumpulan 2 : Membersihkan kawasan dalam masjid ( Kawasan perempuan )
3. Kumpulan 3. Membersihkan kawasan sekeliling luar masjid
4. Kumpulan 4. Membersihkan tandas

Antara tugasan yang dilakukan oleh murid-murid seperti mencuci tandas , menyapu
sampah , membakar sampah serta mencabut rumput di dalam pasu sekeliling kawasan
masjid. Murid yang bertugas di dalam masjid pula melakukan tugasan seperti
memvakum habuk di karpet , mencuci kipas dan mengelap tingkap.

Pada pukul 10.00 pagi murid-murid diberi minuman percuma yang dibuat oleh guru-
guru perempuan manakala pihak masjid bermurah hati memberikan sebungkus nasi
lemak kepada setiap murid.

Oleh sebab hari ini hari Jumaat maka aktiviti terakhir aktiviti hari ini ialah aktiviti
membentang sejadah untuk solat Jumaat . Aktiviti tamat pada pukul 11.00 pagi
REFLEKSI PROGRAM 1

TARIKH : 28 September 2012


TEMPAT : Masjid Kampung Pulai
MASA : 8.00-11.00

Murid menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan bergotong-royong


membersihkan Masjid Kampung Pulai .

Kekuatan :
1. Jumlah Murid mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti gotong-royong .

2. Mendapat kerjasama daripada pihak lembaga Masjid Kampung .

3. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan setiap tahun pelajar tahun 6 SK Pulai.

Kelemahan :
1. Jumlah murid yang ramai menyebabkan ada murid tidak mengambil bahagian
dalam gotong- royong.

2. Keadaan masjid juga menjadi bising sewaktu gotong-royong.

3. Murid tidak membawa peralatan untuk bergotong-royong

Ancaman :
1. Tiada

Penambahbaikan :
1. Penekanan aspek disiplin murid perlu diambil perhatian sebelum murid dibawa ke
masjid.
2. Bilangan murid tidak perlu ramai dibawa untuk gotong - royong kerana kawasan
masjid tidak besar . Pada masa akan datang dianggarkan hanya 50 – 70 orang
murid sahaja boleh mengikuti program ini.
PROGRAM 2
Tema : Keinsafan dan Keberanian
Nama Projek : “ Destinasi Akhir ”
Aktiviti : Membersihkan kawasan perkuburan Kampung Pulai
Melaka
Kumpulan Sasaran : 117 pelajar tahun 6
Tarikh Pelaksanaan : 5 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Tempoh masa : 2 jam

Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Murid-murid mula
bergerak ke Kawasan Perkuburan Kampung Pulai setelah selesai program Bacaan
Yasin dan sembahyang hajat di Surau Sekolah kebangsaan Pulai. Murid-murid hanya
berjalan kaki kerana kedudukan perkuburan tidak jauh daripada kawasan sekolah
hanya 350 meter di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai.

Peralatan untuk bergotong-royong dipinjam dari bilik kemahiran hidup sekolah. Sampai
sahaja di kawasan perkuburan murid-murid diberi taklimat kawasan untuk dibersihkan
dan adab-adab ketika di kawasan perkuburan.

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan kawasan


untuk dibersihkan. Antara tugasan yang dibuat seperti mencabut rumput ,
mengumpulkan ranting-ranting kayu , menebas rumput dan membakar sampah .

Aktiviti tamat pada pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke sekolah murid-murid tahun 6
diminta beratur untuk pergi ke kedai yang terletak di belakang sekolah kerana ada
seorang hamba Allah sudi menaja makan dan minum kepada minum kepada murid-
murid dan guru-guru yang terlibat dalam program ini. Terima kasih daripada pihak
sekolah kepada hamba Allah tersebut. Selepas menjamu selera murid-murid kembali ke
sekolah.
REFLEKSI PROGRAM 2

TARIKH : 5 Oktober 2012


TEMPAT : Tanah Perkuburan Kampung Pulai
MASA : 8.00-10.00

Murid menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan bergotong-royong


membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Pulai. .

Kekuatan :
1. Jumlah Murid mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti gotong-royong .

2. Mendapat kerjasama daripada pihak Lembaga Masjid Kampung .

3. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan setiap tahun pelajar tahun 6 SK Pulai.

Kelemahan :
1. Peralatan yang dibawa tidak banyak , jadi murid terpaksa menggunakan tangan
untuk menjalankan gotong-royong.

2. Kawasan tanah perkuburan sangat besar jadi lain kali guru perlu menyediakan
kawasan tertentu sahaja untuk dibersihkan.

Ancaman :
1. Ancaman daripada binatang berbisa seperti lipan.

2. Ancaman daripada rumput-rumput yang berduri.

Penambahbaikan :
1. Peralatan yang sesuai perlu dibawa bersama sewaktu bergotong-royong.
2. Skop kawasan yang hendak dibersihkan dikecilkan dan dicari kawasan yang
tidak ada ancaman seperti lipan dan rumput berduri.
3. Masa untuk aktiviti perlu ditambah lagi.

REFLEKSI INDIVIDU
GAMBAR-GAMBAR GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN MASJID KG PULAI

GAMBAR-GAMBAR GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNG PULAI

You might also like