You are on page 1of 4

SK KUNDOR, 71400 PEDAS,

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
JOM HIDUP SIHAT

TARIKH PELAKSANAAN :
20 HINGGA 29 SEPTEMBER 2021

ANJURAN BERSAMA:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
PANITIA PJPK
1. PENDAHULUAN
Sekolah memainkan peranan penting untuk melahirkan murid dan masyarakat sekolah
yang sihat dan proaktif ke arah mencapai wawasan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan Dasar Kerajaan. Sekolah berpengaruh dalam membimbing dan
memupuk murid-murid dalam pengalaman cara hidup yang sihat. Amalan Jom Hidup
Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang dan senaman yang
konsisten. Bagi merealisasikan matlamat ini, adalah lebih mudah dan berkesan jika
amalan cara hidup yang sihat dipupuk sejak dari sekolah melalui satu program yang
menggunakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif pelaksanaan Program Jom Sihat ialah:
A. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan kepada warga
sekolah.
B. Memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah
C. Mengurangkan kadar obesiti dan terlebih berat dikalangan warga sekolah
D. Menjadikan sekolah lebih berdaya saing dalam aspek 3K

3. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En. Sharizam bin Shamsudin
Guru Besar SK Kundor
Naib Pengerusi : Pn. Normala bt Shariff
GPK Hal Ehwal Murid
Timbalan : En. Norazmi bin Ab Latib
Pengerusi 1 GPK Pentadbiran
Timbalan : Pn. Norizan bt Hassan
Pengerusi1 2 GPK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Munira bt Mohd Hatta
AJK : En. Azmil Fazrul bin Ahmad Puad
Cik Muniratul Ahya bt Mahadi
En. Rizal Hadi bin Rusli
Pn. Rosmawarni bt Mohd Jusoh
Pn. Sopiah bt Kamarudin
Pn. Nuzaimah bt Mohd Noor
Pn. Sumathy a/p Narayanan
Pn. Nur Fadzlina bt Hj. Zamani
En. Mohd Rosli bin Udin
Pn. Rozana bt Mohd Yatim
4. KUMPULAN SASARAN
Program Jom Sihat akan melibatkan semua warga SK Kundor yang terdiri daripada
murid, guru dan juga kakitangan.

5. PROGRAM/ AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Bil Tarikh/ Hari Program/ Aktiviti Tindakan Senarai Tugas
1 20 September Tayangan Video En Azmil Video perasmian
2021 Perasmian Fazrul
2 20 September - Projek Menu Sihat Semua Mendapatkan nama
29 September - Bento Sihat guru kelas pemenang
2021 PraSekolah
- Projek bina model atau
carta virus covid
3 Setiap Hari Senamrobik Semua Memastikan video senamrobik
Rabu guru kelas diberi pada murid
4 2 kali (sebelum Timbang berat badan Semua Mengumpul data murid
dan selepas) guru kelas

6. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan PCG Mata Pelajaran
A. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Anggaran Kos Jumlah
1. Hadiah
A. Menu Sihat 3 orang x 7 kelas x RM 5.00 RM 105.00
B. Carta Virus Covid-19 3 orang x 1 kelas x RM 5.00 RM 15.00
C. Anugerah Kurus, Sihat dan Kekal 5 orang x RM 10.00 RM 50.00
Jumlah RM 170.00

8. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat melahirkan warga sekolah yang sihat dari segi jasmani,
emosi, intelektual dan kesihatan. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan
komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Munira bt Mohd Hatta) (Pn. Normala bt Shariff) (En. Sharizam bin Shamsudin)
Setiausaha Program Jom GPK Hal Ehwal Murid Guru Besar,
Hidup Sihat SK Kundor SK Kundor

You might also like