You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI PEMAKANAN

PRASEKOLAH IXORA SK PENDAM 2021

1.0 PENGENALAN
1.1 Aktiviti pemakanan di Prasekolah merupakan salah satu daripada aktiviti dalam
Program Rancangan PEmakanan Berkhasiat Prasekolah oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
1.2 Rancangan Pemakanan Berkhasiat di prasekolah disediakan melalui peruntukan
Bantuan Makanan PRasekolah bagi setiap murid prasekolah
1.3 Bantuan Makanan PRasekolah ini adalah berkaitan juga dengan penjagaan kesihatan
murid prasekolah dan diberi sebagai makanan tambahan.
1.4 Menu-menu hidangan makanan berkhasiat juga disediakan sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak serta tahap kesihatan mereka.

2.0 TUJUAN AKTIVITI PEMAKANAN


2.1 Untuk menyediakan makanan yang berkhasiat buat murid prasekolah setiap hari
2.2 Memperkenalkan kepada murid prasekolah makanan-makanan yang berkhasiat buat
mereka dan nutrient yang mereka perlukan untuk tumbesaran dan kesihatan mereka
2.3 Memberi ilmu pengetahuan kepada ibu bapa akan kepentingan penyediaan
makanan berkhasiat untuk anak mereka
2.4 Mendidik anak-anak murid akan sikap tolak ansur, dan bertimbang rasa kepada dan
juga amalan yang perlu mereka amalkan dan ketahui dalam aspek kebersihan diri,
kebersihan makanan dan kebersihan alam-sekitar.

3.0 MENU MAKANAN HARIAN


3.1 Menu makanan harian disediakan Bersama dengan Pembantu Pengurusan Murid.
3.2 Berikut merupakan rancangan menu makanan berkhasiat yang disediakan untuk
murid prasekolah Ixora pada tahun 2021.

3.3 Penyediaan makanan diuruskan sepenuhnya oleh Pembantu Pengurusan Murid.


Bahan-bahan mentahnya disediakan pembekal, dan urusan pembelian diselia oleh Guru
Prasekolah dan penasihat, Guru Besar.

4.0 AKTIVITI PEMAKANAN


4.1 Pemakanan harian – Makanan disediakan oleh Pembantu Pengurusan Murid.
Makanan sedia dihidangkan di dalam pinggan dan cawan. Murid akan mengikut giliran
untuk cuci tangan, ambil makanan mengikut turutan dan bawa ke meja masing-masing.
Kemudian, membaca doa diketuai oleh seorang murid setiap hari dan diikuti oleh semua.
Setelah setelah selesai makan, murid akan bawa pinggan dan gelas ke tempat yang
disediakan.

4.2 Sambutan Hari Jadi (Januari-Mac) – Beberapa orang murid membuat sambutan hari
jadi di sekolah bersama kawan-kawan sekelas. Ibu murid akan berbincang dengan guru
sebelum hari kejadian berkenaan makanan yang mereka boleh sediakan untuk rakan-rakan
sekelas anak mereka selain daripada kek hari jadi. Majlis hari jadi diraikan bersama dengan
gembira.
4.3 Aktiviti PDPR Bersama ibu (Jun) – Tugasan murid Bersama ibu mereka ialah
menyediakan makanan berasaskan telur dan sayur-sayuran. Semua murid seronok
menjalankan aktiviti ini dan menunjukkan bakat kreatif masing-masing Bersama ibu mereka.
Selain itu, mereka diperkenalkan dengan khasiat-khasiat telur dan sayur-sayuran yang
mereka gunakan.

5.0 KEBERKESANAN AKTIVITI


Selain daripada merasa seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, aktiviti pemakanan
ini menjadikan murid lebih peka kepada pemakanan mereka seharian. Mereka juga belajar
adab terhadap makanan, dan belajar mengenai tanggungjwab mereka untuk menjaga
pemakanan mereka. Ibu-ibu juga merasakan penting bagi mereka menjaga pemakanan
anak mereka juga untuk tumbesaran anak yang sihat dan kecerdasan otak anak-anak.

6.0 RUMUSAN
Program sebegini wajar diteruskan dan penglibatan semua pihak daripada sekolah dan ahli
keluarga adalah sangat membantu dalam perkembangan murid prasekolah dari segi rohani,
jasmani, emosi dan akal mereka. Selain dari itu, mewujudkan hubungan dan interaksi yang
baik di antara guru dan ibu bapa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… ………………………………………………
HAJAH KHADIJAH BINTI USAINI MOHAMAD BIN KASSIM
Guru Prasekolah Ixora Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pendam Sekolah Kebangsaan Pendam

You might also like