You are on page 1of 7

LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0

PENDAHULUAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama


kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah
yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada
peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan
dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat
meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan
masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan
perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS
perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif
dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan
rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi
makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan
keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30%
daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan
satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk
memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang
dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk
membantu meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama
kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang
telah dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia
dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan
per kapitaRM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program
ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

MATLAMAT
RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahankepada muridmurid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golonganberpendapatan
rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaikikesihatan sebagai
satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
OBJAKTIF
Antara Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk :

Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada muridmurid yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga.

Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak


langsung.

Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha


sekolah mengelolakan RMT.

Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa


serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar.

Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah,


terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.

Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah,


terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan
dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha
yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

1.5.1

PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN

Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu


usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai
sumber makanan yang seimbang.Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan
menu makanan yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada
murid-murid yang terlibat.Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah
ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 20 menu yang berkhasiat dan sesuai
untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir
daripada 20 menu yangditentukan.

Contoh salah satu menu yang disediakan


JADUAL MENU MAKANAN RMT
HARI

MENU MAKANAN

ISNIN

1.

Bubur nasi

2.

Minuman milo

3.

Buah pisang

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

1.
Mee goreng dengan sayur
dan ayam
2.

Minuman milo

3.

Buah betik

1.

Roti- 2 keping + jem

2.

Minuman milo

3.

Buah - tembikai

1.
Nasi + ayam masak kicap +
sayur
2.

Minuman jus oren

3.

Buah - Epal

1.

Nasi kuning + telur + sayur

2.

Minuman milo

3.

Buah - Oren

Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan


komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid.Zatzat ini penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia
yang tertentu.Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat
dan tenaga.

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat


dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan
untuk mencapai kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum.Pihak sekolah memainkan
peranan dalam melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan
yang sihat antara murid murid
Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat
penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di

pantau oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah.Pemantauan yang dibuat adalah untuk
memastikan kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian
makanan,mementingkan kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan
kebersihan terutama semasa menyediakan dan menghidangkan makanan untuk
mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.
Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah
adalah

Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan

Laporan bulanan

Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan
golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa
kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat
seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang
sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi
kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit
seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan (Edge,
1976).
Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat
makan yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk
adab makan yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan
dengan selesa dan menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan
dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat
diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang baik boleh dibentuk
dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan peranan yang
penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu, guru mesti makan
bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan.
Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh
digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat
makan.

1.6

Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang
terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan
amalan pemakanan.Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga
kebersihan makanan .Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan
terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-

murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit


yang berjangkit.

Selain itu,Program RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif
terhadap berkembangan fizikal dan mental murid.Murid murid mendapat nutrisi
yang seimbang dalam pemakanan mereka dan dapat memberi satu gambaran
bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang yang konsisten dapat membantu
daya tumpuan murid semasa di dalam kelas.Amalan pemakanan yang baik telah
mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan mental
murid.Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman
mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam
pelajaran meraka.
Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni
dalam pemakanan mereka.Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang caracara dan adab makan dengan baik.Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu
bermula daripada membasuh tangan hinggalah keakhirnya.Hal ini akan mempu
memberi kesan mental dan rohani dalam adab-adab pengambilan makanan
murid.Murid akan sentiasa mengamalkan tatacara makan yang sopan.Murid akan
didedahkan dengan cara-cara makan yang betul seperti membaca doa sebelum dan
selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan
sebagainya.
1.7
HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI
SEKOLAH
Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak
yang berkaitan.Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan
setiap semester akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati
makanan yang sama pada setiap hari.Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan
kandungan vitamin dalam makanan yang diambil oleh murid.
Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir
mengambil makanan .Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan
dan malu untuk mengambil makanan pada setiap hari.Guru-guru perlu sentiasa
memberi motivasi kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang
peluang yang diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid yang
memperolehinya.Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan
makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT dan murid perlu merebut
peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu sihat dan
seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang
belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul.
Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat
dan seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada
murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat
dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid

yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada
waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.Demontrasii mencuci
tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat
mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini
akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh
badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan
sebulan sekali.
Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan
pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada
murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya
mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang
sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil
sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru
RMT.Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid
yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini
mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan
murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
1.8

PENUTUP

Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada


murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan
seimbang serta mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan
adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal.
Dengan program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan minda yang
cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan
ditingkatkan dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek
jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS.Selain itu, RMT juga adalah
untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada muridmurid yang berkenaan.

2.0 PROGRAM SUSU SEKOLAH


2.1 PENDAHULUAN
Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk

meningkatkan kesihatan dan pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari


segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum bertambah baik.Program susu sekolah ini
juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan
http://mutiaraminda-mutiaraminda.blogspot.my/2014/12/laporan-programkesihatan-di-sekolah.html

You might also like